Header Ads

8 Sebab Iklan Google Adsense Tidak Muncul Di Blog

Sebab Iklan Google Adsense Tidak Muncul Di Blog |Pernah blog korang mengalami situasi ini di mana iklan Google Adsense tidak muncul di blog? Pasti korang tertanya-tanya apa punca dan mengapa sebab iklan Adsense anda tidak muncul. Adakah akaun Adsense anda dibanned? Error? Hal ini menjadi masalah biasa dan sering ditanyakan di pelbagai forum khususnya di Google Products Forum yang membahas tentang Google Adsense.

Sebab Iklan Google Adsense Tidak Muncul Di Blog

Okay. Rasanya tergerak hati nak huraikan dalam artikel ini mengenai sebab mengapa iklan Google Adsense tidak muncul di blog anda. Bagi newbie Adsense sudah pasti ia sangat menrisaukan kerana tahu akan iklannya tidak berfungsi dan sudah tentu tidak akan dapat bayaran dalam bentuk USD.

Nak tahu apa sebab IKLAN GOOGLE ADSENSE TIDAK MUNCUL DI BLOG???...

Baca selanjutnya sehingga habis...
..

8 Sebab Iklan Google Adsense Tidak Muncul Di Blog 


1. Akaun Hosted atau Non-Hosted

Sebelum nak terangkan permasalahan ini baik saya jelaskan dahulu apa beza hosted dan non-hosted. Masih lagi yang ramai konfius antara kedua-dua akaun ini. Okay! Akaun Hosted maksudnya akaun yang hanya boleh digunakan pada halaman-halaman atau kepunyaan Google misalnya YouTube dan platform Blogspot sahaja.

Manakala, Non-Hosted pula adalah akaun yang diberi kebenaran oleh Google untuk diletakkan di mana-mana platform contohnya .com, .net, .org, .co.id dan sebagainya. Anda boleh lihat sendiri akaun Adsense anda hosted atau non-hosted dengan melihat dashboard di bahagian atas, jika tertulis kata 'Hosted account' di sebelah alamat email itulah akaun hosted sedangkan yang tak ada tulisan maknanya non-hosted @ full account.

Okay kenapa ia terjadi kepada blog anda? Jika anda memiliki akaun hosted Adsense dan memasang iklan tersebut pada akaun non-hosted (blog yang lain), maka iklan tersebut tidak akan muncul. Hal kerana pemilik akaun hosted hanya boleh memasang pada satu akaun sahaja.

Bagaimana caranya?

Dengan itu anda perlu upgrade akaun adsense daripada hosted kepada non-hosted dengan ada domain sendiri. Selepas itu, maklumkan kepada Google dengan katakan ingin menayangkan iklan di luar laman kepunyaan Google (Blogger dan Youtube).

Artikel berkaitan : Rahsia Lulus Permohonan Google Adsense 2017

2. Unit Iklan Baru

Sekiranya akaun Adsense anda baru pasang unit iklan yang baru di laman web anda. Maksudnya coding iklan yang baru dibuat. Okay anda akan perasan perkataan 'New' maka iklan itu baru dicipta atau baru pasang codingnya di dalam blog anda. Jangan tergesa-gesa kenapa iklan tak muncul dengan coding iklan yang baru, hal kerana Google memerlukan masa paling kurang 15 minit untuk benar-benar iklan itu tampil di blog anda.

3. Authorisation Site

Mungkin anda terlepas pandang sebelum pemasangan iklan di blog iaitu mengaktifkan authorisation (kebenaran) laman web pada akaun Adsense anda. Sebenarnya, inilah perkara yang perlu anda utamakan. Okay. Kebenaran laman web adalah satu ciri-ciri keselamatan yang diberikan oleh Google kepada publisher Google Adsense untuk mengelakkan iklan sembarangan yang ditonton dari website anda.

Untuk mengaktifkan kebenaran laman web ini, anda boleh lihat dashboard Adsense di sebelah kiri dengan pilih 'SETTING' dan seterusnya klik 'MY SITES'. Lihat contoh di bawah.

Contoh akaun Adsense yang telah mengaktifkan authorisation site.

Selepas itu....

Okay. Bagaimana nak paparkan iklan di laman web anda?

Untuk menambahkan URL/Domain anda, anda hanya perlu klik tombol [+] yang terletak di atas sebelah kanan pada halaman authorisation site. Masukkan nama domain anda dan klik 'Add Site'.

Memasukkan nama laman web anda 

Okay anda akan lihat contoh di bawah laman web yang telah ditambah pada authorisation site dan tick [√] berwarna hijau maknanya telah disahkan laman web itu.

Contoh laman web yang telah ditambah dan verified site.


4. Akaun Verification PIN

Bagi yang baru saja memiliki akaun Adsense tapi masih tidak memverifikasi akaun dengan PIN yang telah dihantar ke alamat rumah anda. Maka, iklan Adsense anda tersebut tidak akan muncul kerana perlu verification akaun terlebih dahulu. Selepas itu, iklan Adsense anda baru muncul di halaman website anda.

>> Info lanjut di sini : Fungsi PIN Adsense dan Cara Verifikasinya

5. Akaun Masih Direview

Bagi anda yang ingin memiliki akaun Adsense seharusnya perkara utama yang perlu dibuat adalah mendaftar permohonan sebagai publisher Adsense. Dalam peringkat pertama ini, Google Adsense akan melakukan review terhadap blog anda selepas mengisi segala butiran yang lengkap dalam akaun permohonan anda.

Jika lulus, anda akan diminta mencipta unit iklan dan meletakkan script iklan Adsense itu di blog anda. Pada masa ini anda perlu tahu iklan yang ditempatkan akan tampil putih atau istilah 'blank' dan ini maknanya blog anda masih direview.

Contoh akaun Adsense telah berjaya direview.

Untuk mengetahui adakah anda diapproved sepenuhnya oleh Google Adsense?

Caranya anda boleh semak di email dan ia mengesahkan sama ada anda berjaya permohonan Adsense atau pun tidak. Kalau permohonan anda berjaya, ia akan memaparkan seperti di bawah.

Contoh Permohonan Adsense Berjaya.

Untuk permasalahan kedua ini sama juga seperti di atas. Bagi anda yang ada akaun hosted Adsense tapi baru sahaja upgradekan kepada non-hosted, maka iklan anda tidak akan tampil di blog kerana akaun anda telah direview semula untuk mendapatkan akaun penuh ini. Maka, anda akan perasan di ruangan iklan turut blank.

6. Code Iklan Tidak Lengkap

Hal ini terjadi kenapa iklan Adsense anda tidak berfungsi adalah kerana code iklan yang anda copy tidak lengkap sepenuhnya. Maknanya, mungkin anda tertinggal sebaris ayat coding atau tidak copy habis. Oleh itu, pastikan code iklan di-copy lengkap dan seterusnya iklan akan muncul di blog.

7. Menginstall Plugin Adblocker

Iklan Adsense anda tidak akan muncul sekiranya anda memasang plugin extention Adblocker di browser komputer anda. Bagi pendapat saya ia sangat baik dipasang bagi yang mempunyai akaun Adsense hal kerana untuk mengelakkan anda terklik iklan sendiri pada website anda. Maka tidaklah akaun anda dibanned!

8. Akaun Adsense Di-banned!

Iklan Google Adsense anda tidak akan tampil di blog sekiranya akaun Adsense anda telah dibanned oleh Google. Bagaimana cara nak tahu akaun telah dibanned? Anda boleh semak melalui disini. Jika dibanned maknanya akaun adsense di website tersebut automatik jadi blank dan anda tidak akan mendapat sebarang bayaran.

Untuk masalah ini agak sukar untuk membuat permohonan kali kedua kerana ia mungkin makan masa yang lama kerana Google telah copkan website anda itu telah dibanned akaun Adsense. Anda masih boleh membuat permohonan rayuan mengikut cara disediakan disini.

Baca juga : Sebab Akaun Google Adsense Dibanned?

Sudah faham.....?

Kenapa dan sebab iklan Google Adsense anda tidak tampil di blog anda....!

Diharapkan segala perjelasan informasi ini dapat membantu anda untuk memahami segala yang terkandung dalam artikel ini. Bagi yang masih keliru boleh beri komen diruangan yang disediakan di bawah. Semoga ia bermanfaat kepada anda. Sedikit sebanyak saya dapat membantu.

12 comments:

  1. Banyak juga sebab dan syarat2 adsense ni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya memang byk RULE adsense ni...tpi klu dpt akaun memang sgt berbaloi.

      Delete
  2. Iklan adsense kat blog saya, mmg dah x berfungsi..x faham amenda ntah adsense suh buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab apa akak..n adsense suruh apa?

      Delete
  3. Alhamdulillah terima kasih..semakin memahami...

    ReplyDelete
  4. Info yg sgt berguna.. thanks sharing Lokman..๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  5. Thanks bro kerana berkongsi! banyak perkara baru yang saya belajar pasal adsense ni. maklumlah newbie kan hehe

    ReplyDelete
  6. Hehehe kita punya adsengggg dan lama senggggggg hahahaha.. ilang terus dari radar lokman oiii dah kena banned dah edsenggg akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak cuba appeal adsense ...boleh lagi ..lokman pernh kongsi bagaimana nak buat rayuan.

      Delete
  7. coding nak kena tukar lain sket , dululah masa blog bm tak boleh nak masuk adsense

    ReplyDelete
  8. Masalah Bonde, Bonde ada cuba buat iklan dekat dalam entri tak kuar-kuar macam mana tu... dah banyak kali try stress hu hu hu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.