Rahsia Mudah Lulus Permohonan Google Adsense

Korang tahu apa itu Google Adsense? Saya yakin pasti setiap blogger mahu memiliki Google Adsense? Ya? Apa istimewanya Adsense sehingga surat khabar online turut menggunakan iklan ini sebagai medium pengiklanan untuk janakan pendapatan. Tapi, apa yang menyukarkan adalah untuk dapatkan akaun Adsense. Ini pasti! So, kali ini Lokman akan kongsikan tips atau rahsia mudah lulus permohonan Google Adsense.

Rahsia Mudah Lulus Permohonan Google Adsense

Apakah Google Adsense sebenarnya?

Google Adsense adalah sebuah program pengiklanan Google yang memberi peluang kepada blogger or website untuk menjana pendapatan melalui iklan-iklan yang diletakkan di ruangan homepage blog kita. Apabila pelawat masuk dan klik iklan anda, maka anda berhak menerima komisyen daripada Adsense. Mudah kan!

Ada ja yang tanya senang ka blogger bahasa Melayu dapatkan akaun Adsense? Selalunya lihat blog bahasa Inggeris ja yang mudah miliki akaun Adsense. Untuk pengetahuan, bahasa Melayu kini telah disokong oleh Adsense, so kalau korang lihat blogger Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu berlambak ja yang dapat akaun Adsense.

Akaun susah nak dapat?

Rahsia Mudah Lulus Permohonan Google Adsense


Okay? Saya akan terangkan dengan detail. Berikut tips-tips mudah lulus permohonan Google Adsense :

1. Jangan letak iklan lain

Sebelum korang nak mohon akaun Adsense, pastikan jangan letak iklan dari pengiklanan yang lain. Dalam tempoh tu, korang puasa jap untuk akaun Nuffnang atau Innity? Sebabnya mungkin iklan tersebut akan memberi saingan. Ambil langkah berhati-hati! Kalau yang ada iklan pop ads tu buang jauh-jauh, pasti akan menggagalkan secara automatik. Ok? Dah faham...

2. Pastikan niche artikel berkualiti

Adakah anda seorang blogger lifestyle? Anda perlu pastikan niche apa yang anda guna di blog. Adakah niche blog anda technology, food, informations, entertainment?

Apa yang saya tahu masa kini, niche-niche yang tersenarai di atas begitu berlambak blogger yang menggunakan bak cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi, jangan katakan anda tak kan dapat. Boleh ja dapat. Ramai juga yang niche sebegitu yang telah mendapat full akaun.

Apa yang saya boleh syorkan masa kini niche travel peluangnya agak tinggi untuk dapatkan akaun Adsense. Saya tak nafikan siapa yang niche pasal travel mesti akan mempunyai akaun full adsense, bukannya HOSTED!

Baca juga : Pertama Kali Cashout Google Adsense

3. Guna Template SEO Responsive

Bab template ni sebenarnya perlu sangat-sangat dititikberatkan, ni bagi pendapat peribadi. Sebabnya? Template yang SEO Responsive better mudah diterima Google Adsense. Korang boleh ja buat pilihan untuk guna template berbayar atau percuma. Masa kini, berlambak ja template percuma yang SEO Responsive. Anda boleh semak di sini Template SEO Friendly Mobile tak?

4. Artikel pastikan panjang!

Okay bahagian ni agak penting jugak! Kadang-kadang saya perasan ada yang buat artikel pendek ja, boleh agak panjang tak lebih 200 patah perkataan. Malah, ada juga yang letak gambar satu artikel berlambak. Apa saya faham, artikel kalau korang nak selamat better lebih daripada 300 patah perkataan yang tu pun dah kira paling minimum...kalau bagus buatlah 1000 patah perkataan. Saya jamin InshaAllah anda akan dapat akaun Adsense.

5. Pastikan ada Disclaimer, Policy, Contact Us?

Sebelum anda ingin memohon akaun Google Adsense, pastikan dekat blog anda ada Disclaimer (penafian), Policy, Contact Us, About Me dan Sitemap. Saya boleh katakan ini sangat penting! Ramai ja blogger yang lepas pandang akan hal ini. Korang nak tahu apa penting sangat? Jawapannya simple korang kena bagi jaminan bahawa blog anda ada privasi dan undang-undang, so pihak Google akan yakin dan anggap anda betoi2 serius.

Kalau korang tak tahu nak buat ayat tentang penafian dan privacy policy, mudah ja korang Google ja. Berlambak blogger yang kongsi ayat mengenai kedua-dua ni. Saya syorkan korang tengok ja di blog tuan Hasrul Hassan.

6. Rajin update artikel

Korang rajin-rajin lah update artikel tiap hari at least 2 atau 3 dalam tempoh pemeriksaan pihak Adsense. Oleh itu, Google akan anggap anda benar-benar serius dalam blogging. Jangan dalam masa permohonan, biar blog korang bersarang pulak! Memang jamin tak kan dapat.

Apa yang boleh saya katakan, tips-tips yang saya kongsikan di atas lebih ke arah permohonan akaun non-hosted adsense. Maknanya, full adsense! Bagi yang ada akaun full pasti tak kan lepaskan peluang, sebabnya korang boleh letak ja mana-mana iklan Adsense di semua platform.

Kalau korang yang pernah cuba tapi masih gagal? Bagi yang belum pernah apply lagi? Dalam perancangan nak apply? Saya sarankan anda boleh aplikasikan tips-tips tersebut sebelum membuat pemohonan akaun Google Adsense. Saya tak beri jaminan 100%, tapi apa yang saya boleh katakan itulah cara yang saya teruskan mencuba untuk dapatkan full akaun sehingga sekarang.

Pautan : Tips Cara Tingkatkan Pendapatan Google Adsense

Kalau nak ceritakan pengalaman memohon adsense memang sangat perit. Tak pa biar saya ja yang lalui. So, saya harap dengan adanya tips ini dapat memudahkan anda untuk lulus akaun Adsense. Jika anda maklumat tambahan boleh anda kongsikan di ruangan komen. Yang baik datang dari Allah, kelemahan datang diri saya sendiri. Semoga anda berjaya!

4 comments.. read them below or add one

Wani Sukarno Wani Sukarno Januari 12, 2017
GOOD TIPS.. tapi kalau yang dah ada akaun adsense tapi nak tukar blogspot ke dot com.. agak2 macam mana tu..
lokman amirul lokman amirul Januari 13, 2017
Klu dh ada akaun hosted adsense di blogspot...kena mohon semula utk dapatkan full (non hosted)...utk yang ni memang susah nk dpt...inshaAllah klu ikut tips ni boleh dpt.
Jie Susanos Jie Susanos Januari 13, 2017
huhu..terbaik artikel ni..info utk jie nk menaikkan incomr adsense ni..
Elih Japahar Elih Japahar Januari 13, 2017
Terbaiklah bro..application sy blum ada jawapan lagi..mungkin policy dan about me tu perlu ditambah lagi