Apa Fungsi PIN Adsense dan Cara Verifikasi PIN Google AdSense

Assalamualaikum pembuka bicara....

Hari ni aku nak kongsi sedikit mengenai adsense tutorial. Sebenarnya, ada yang bertanya pada saya apa fungsi PIN Google Adsense dan bagaimana nak verifikasikan alamat di Google Adsense. Ok? Aku akan menjawab satu persatu. Aku bukanlah pakar mengenai adsense, tapi ada sedikit ilmu pengetahuan dan pengalaman tentang ilmu adsense. Buktinya lihat di sini....


Persoalan apa itu PIN Adsense?

PIN Google Adsense adalah nombor pengenalan peribadi yang disingkat kepada PIN dikeluarkan dan diberikan dari pihak Google Adsense kepada anda jika menjadi Publisher Google Adsense. Jika penghasilan dalam akaun Adsense anda sudah mencapai US$10, maka Google akan mengirim Personal Idenfication Number (PIN) berupa kod angka rahsia kepada alamat rumah anda.

Pengalaman saya setelah mencapai $10, selama 4 minggu saya menunggu akhirnya baru PIN tersebut sampai ke alamat rumah di Kulim. Ia bergantung jugak kepada tempat yang anda tinggal. Hasil penelitian saya, kalau di negara ASEAN ni lebih kurang 3 ke 4 minggu nombor PIN Google Adsense akan sampai ke alamat masing-masing.

Nak tahu apa tujuan kod PIN Adsense yang dikirimkan kepada anda, baca selanjutnya....

Untuk pengetahuan anda , kod PIN Adsense tujuannya adalah untuk memverifikasi alamat anda yang ada di dalam akaun Adsense. So, jangan tipu-tipu pulak alamat anda, takut tersilap antar ke alamat rumah lain.


Setelah anda menerima PIN Adsense, maka silakan isi PIN anda untuk verifikasi alamat, ini caranya;

1. Log in ke akaun Adsense anda dengan USERNAME dan PASSWORD.

2. Pilih 'My Account' dan klikkan 'Payment History'.

3. Kemudian, klik link 'Please enter your PIN'.

4. Masukkan PIN yang anda sudah terima tertera 6 digit nombor.

5. Finish!

Jika sudah melakukan verifikasi PIN Adsense tersebut, maka anda layak menerima bayaran dari Google Adsense kalau akaun anda mencapai US$100 untuk dikeluarkan. Semoga berjaya! Terima kasih yang sudi membaca entri ini yang tak sehebat mana.

0 comment... add one now