10 Sebab Akaun Google Adsense Kena Banned

10 Sebab Akaun Google Adsense Kena Banned |Hari ini aku nak sentuh sedikit bab mengenai Google Adsense. Dah agak lama aku tak kongsikan mengenai info ini. Tergerak hati aku nak kongsikan tentang punca atau sebab akaun adsense anda dibanned. Ini antara pengalaman paling pahit bagi sesiapa sahaja yang akaunnya telah disabled atau dibanned oleh Google Adsense. Bagi aku buat masa sekarang masih mengamalkan cara yang bersih bukannya "BLACKHAT" yang selalunya para publisher suka menggunakan taktik kotor itu.

10 Sebab Akaun Google Adsense Kena Banned
Google Adsense Banned

Bagi aku Google Adsense adalah lubuk menjana pendapatan yang paling orang minat dan sudah pasti anda mahu memiliki akaunnya. Setakat ini, Adsense adalah antara advertiser terbaik yang korang perlu mohon untuk dapatkan akaun itu. Bukannya mudah korang nak dapatkan akaun adsense tersebut. Memakan masa berbulan-bulan juga untuk mengetahui keputusan sama ada akaun adsense approved atau tidak. Tapi jika diterima ini antara pengalaman paling manis para blogger atau website untuk jana pendapatan yang lumayan hanya melalui Google Adsense. Bagi yang newbie (pemula) pasti tertanya-tanya apa itu Google Adsense?

Apa Google Adsense


Google Adsense adalah program Pay Per Click (PPC) yang paling popular yang digunakan dalam kalangan bisnes online, blogger dan website di seluruh dunia. Apa yang menariknya adalah anda dibayar dalam USD Dollar bukannya RM, Rupiah atau Dong. Dikatakan jika anda mendapat klik dari Kanada, Amerika Syarikat atau Jerman berkemungkinan satu klik sahaja sudah mencecah USD10. Anda boleh lihat sendiri bukti di sini yang saya pernah dapat. [KLIK INI]

10 Sebab Akaun Google Adsense Kena Banned
Buat Duit Dengan Google Adsense

Dengan mudah cerita Google Adsense adalah cara mudah dan cepat bagi pemilik blog/website untuk menghasilkan wang dari internet. Caranya anda hanya perlu memasang code iklan di laman web anda, dan hanya menunggu jika pengunjung yang datang melawat dan mengklik iklan anda automatik akan mendapat komisyen dari Google. Rasanya dah panjang lebar aku perincikan. Di bawah berikut 10 sebab akaun Adsense kena banned.

10 Sebab


1. Invalid Click / Impression

Masalah ini berlaku disebabkan dua sebab iaitu anda mengklik iklan laman web sendiri atau juga orang yang mengkhianati anda.

Dalam kes yang pertama ni, bagi newbie blogger masih tak tahu atau beranggapan bahawa Google tidak akan tahu jika anda klik Google Adsense sendiri untuk dapat earning. Ini adalah tanggapan yang SALAH dan TIDAK WAJAR! Hal ini kerana Google mempunyai teknologi yang canggih akan melihat pattern cara klik yang diperolehi termasuk kekerapan klik itu berlaku dengan cara trace lokasi klik (IP dan geolocation) dan sumber trafik. Kalau tak percaya cuba korang klik iklan laman web sendiri, sudah pasti akan terus dibanned!

Untuk kes kedua ni, klik yang didapati daripada orang lain termasuklah klik boom adalah di luar kawalan anda. Untuk ini agak sukar untuk dikawal kerana anda seharusnya tidak reveal site kita yang mengandungi adsense kepada orang yang kita kurang percayai.

2. Mengubah Adsense Code

Ini adalah bahagian yang paling penting anda perlu tahu, di mana anda dilarang untuk mengubah adsense code yang sedia ada. Anda dilarang untuk edit code anda untuk mendapatkan earning dengan cara yang salah. Jika Google didapati anda salah, automatik akan dikenakan banned.

Baca juga: Rahsia Lulus Permohonan Google Adsense

3. Duplicate Konten atau CopyPaste!

Ini memang masalah utama bagi para blogger. Saya pasti anda tak terlepas mengcopy ayat blog orang lain ke laman web anda. Sama ada 100% atau 50% sahaja kandungan anda salin ayat adalah SALAH! Hal ini kerana Google boleh dapat tahu sekiranya pemilik blog asal membuat aduan ada blog yang duplicate kandungan asal, automatik akaun adsense anda di banned. Oleh sebab itu, rata-rata blogger yang memasang DMCA PROTECTION untuk mengenalpasti dan mengetahui blog yang mengcopy kandungan blog asal.

4. Content Violation

Terdapat beberapa jenis kategori dan kandungan, di mana akaun adsense korang akan dikenakan banned serta merta. Anda tidak dibenarkan sama sekali memaparkan iklan adsense di laman web yang mengandungi ciri-ciri seperti di bawah ;
● P0rn0grafi atau luc4h
● konten h4cking
● konten jual alk0h0l
● konten jual d4d4h
● konten jud1
● konten jual senj4ta api

Oleh itu, kandungan atau tajuk artikel anda sepatutnya dielakkan daripada penggunaan perkataan (mature content) sebagai contoh 'b0gel', 's3ks', 'jim4k' dan banyak lagi. Jika tajuk artikel ada perkataan tersebut automatik akan dikenakan amaran dan lebih malang kena banned!

5. Jangan Pandai Menyuruh Rakan-rakan Anda Klik Iklan Laman Web Anda

Ini adalah satu kesalahan besar yang selalunya publisher adsense suka buat dengan menyuruh rakan anda klik iklan laman web. Anda rasa pihak adsense tidak tahu cara yang korang gunakan. Mereka boleh trace klik yang datang dari lokasi yang sama walaupun IP yang berbeza. Di tambah pula sumber trafik yang meragukan penyebab akaun adsense anda akan dibanned.

6. Memasang Iklan Pop Up

Sebagai publisher, anda seharusnya elakkan daripada memasang iklan jenis pop up seperti Popads, Propeller Ads, Mobicow dan banyak lagi. Iklan ini dianggap melanggar TOS Google Adsense kerana visitor terpaksa mengiklik iklan tersebut menyebabkan anda tidak dibawa ke page yang anda ingin lihat.

7. "Auto-Generated" Blog

Bagi kes yang menggunakan software auto blog sememangnya Google Adsense tak teragak-agak untuk banned akaun dia terus. Auto blog bermaksud mengcopy atau duplicate blog orang lain terus update ke blog pengcopy tersebut. Maknanya dia tidak perlu bersusah payah tulis hanya tunggu 'MANGSA' blog yang dia copy direct auto post. Ini cara yang paling KEJAM dalam dunia blogging.

10 Sebab Akaun Google Adsense Kena Banned
Autoblogging Content

8. Tidak Mematuhi Webmaster Guidelines

Banyak sekali publisher yang mendapat penalti atau violation kerana tidak mematuhi syarat dan kriteria peraturan Webmaster Guidelines. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peraturan ini [KLIK SINI].

9. Mendorong Untuk Lakukan Klik

Inilah antara penyebab yang publisher tidak perasan akaunnya telah dibanned. Anda dilarang sesekali untuk mendorong orang untuk lakukan klik contohnya "KLIK IKLAN INI", "PLEASE CLICK HERE!" dan banyak lagi. Seharusnya anda hanya perlu tulis "SPONSOR BY" atau "GOOGLE ADS". Ini sahaja perkataan yang korang boleh tulis!

10. Menggunakan Skrip Untuk Membuat Klik Pada Iklan

Ini antara kesalahan paling besar kerana menggunakan skrip untuk membuat orang klik pada iklan. Maknanya, jika anda masuk ke blog laman web tersebut automatik pemilik blog itu akan mendapat earning tanpa memerlukan klik iklan.

Setakat itu saja perkongsian artikel ini mengenai sebab akaun adsense blog anda dibanned. Jika anda mematuhi segala maklumat yang saya kongsikan di atas ini, InshaAllah akaun anda terus selamat daripada dibanned dari Google. Bayangkan jika akaun anda dibanned. Bukan senang pula korang kena buat rayuan dan mungkin masa yang lama untuk diterima semula. Lebih malang jika anda perlu dapatkan akaun adsense di website yang lain.

Diharapkan informasi ini dapat membuka mata anda bagi publisher adsense untuk tidak mencuba untuk melanggar peraturan Google Adsense yang telah ditetapkan. Apa yang saya kongsikan di atas ini adalah untuk motivate diri sendiri juga. SAYANGILAH ADSENSE ANDA SEPERTI NYAWA ANDA!!!..Jika anda ada maklumat tambahan sila beri komen di bawah ini. Sapa2 sudi kongsikan info ini kepada rakan kenalan anda di Facebook, Telegram dan Whatsapp.

3 comments.. read them below or add one

Seorang Syed Seorang Syed February 27, 2017
Dah la nak kena approve tu payah kan. Kena ban pula memang tak best la. Senang cerita, berblogging la ikut garis panduan yang betul :)
Mrs. A Mrs. A February 28, 2017
Moral of the story jangan tipu-tipu ya [-(
zik zik February 28, 2017
banyak TOS yang kita kena ikut.. kena banned terus tak jugak, ada yang dia bagi warning untuk kita perbetulkan..