loading...

Lisa Surihani Kongsi Tips Turun Berat Badan 11kg Selepas Bersalin

8:23:00 PTG 0

Ramai yang terkejut melihat pelakon Lisa Surihani berjaya menurunkan berat badannya secara drastik selepas melahirkan anak pertamanya. Lisa semasa mengandungkan anak perempuannya, Yahaira Leanne jarang memuat naik gambarnya di Instagram. Namun, dia agak berisi selepas bersalin. Tak lama selepas itu, Lisa muncul semula dengan badan langsing sama seperti dirinya sebelum berkahwin. 
Wah! Haa, baca apa rahsia Lisa di bawah ni: 
1. Kawal Hidangan 
Boleh makan apa yang kita nak cuma dalam kuantiti yang sedikit. Dalam satu pinggan setengah adalah sayur, suku karbohidrat, suku lagi protein. Dari cara ni kita boleh belajar dan kawa; 'hunger level'. Kalau makanan kita suka tinggi kalori, ambil dalam kuantiti yang sedikit. 
2. Makan buah sebelum makan
Makan buah sebelum makan nasi. Budaya makan buah selepas nasi adalah salah. 
3. Senaman
Kalau hanya jaga makan tak bersenam, berat badan tak turun banyak. Jadi, Lisa bersenam dan tetap amalkan makanan yang sihat. Berat turun secara drastik. Dari tak pernah bersenam, terus jadikan ia sebagai rutin. 
4. Air
Jika makan dalam kuantiti sedikit, Lisa akan cepat lapar. Tapi Lisa minum air untuk tahu sama ada memang betul lapar atau tidak. Kalau lepas minum masih lapar itu bermakna perut perlukan makanan lagi. Kalau tak, itu hormone trick wanita je. 
5. Supplement
Lisa ambil supplemement vitamin asas seperti multivitamin dan B complex.

Sumber: Astro Gempak 

Sejarah Mana Datangnya Permainan 'Osom' Ni ?

7:51:00 PTG 0

Mana Datangnya Permainan 'Osom' Ni ?

Siapa je yang tak tahu permainan tangan 'Osom' atau batu, gunting dan kertas ni betul tak? Dari zaman kecil sampai sekarang mesti main. Osom ni kita selalu main bila nak tentukan siapa punya giliran, atau pun untuk menentukan sesuatu peranan. 
Tapi permainan ni datang dari mana eh sebabnya satu dunia main?
Sejarah 
Permainan ini berasal dari Asia iaitu China dan kekal hingga beratus-ratus tahun sebelum sampai ke Jepun dan di negara-negara barat. Di Jepun, permainan osom ini dipanggil janken. 
Batu, kertas dan gunting digunakan di US manakala bila sampai sahaja di Malaysia terus jadi 'Osom' hehe

Video Mencuit Hati Bila Gadis Ini Tiru Suara 63 Watak Pokemon

7:28:00 PTG 0

Pokemon Go sememangnya menjadi fenomena kebelakangan. Pelbagai berita yang dikaitkan dengan permainan ini sejak ianya mula dilancarkan. Tetapi yang terbaru, kemunculan seorang gadis di laman sosial mendapat sambutan apabila dia meniru 63 suara karakter pokemon. Dari pikachu sehinggalah Ekans dan ada pelbagai lagi suara yang comel. Tak percaya? tonton video di bawah.



Apa maksud bertunang sebenar? Jom dengar penjelasan Ustaz Azhar Idrus

7:21:00 PTG 0

Kalau mengikut adat Melayu, bertunang perlu disertakan dengan majlis serta cincin sebagai ikatan sah melambangkan pasangan masing-masing sudah buat satu perjanjian untuk berkahwin. Sudah menjadi lumrah kehidupan, orang melayu akan mengadakan majlis bertunang dan akan saling menyarungkan cincin pertunangan, tapi kalau ikut cara islam sebenar , bertunang tak perlu ada majlis dan cincin pun dah dikira sah sebagai tunang orang. Yeke eh? Jom dengar penjelasan ustaz Azhar dekat bawah ni: 



Ini Rupanya Kisah Kejadian Lesung Pipit

Ini Rupanya Kisah Kejadian Lesung Pipit

6:57:00 PTG 0

Lekuk kecil atau juga dipanggil lesung pipit pada pipi seseorang dianggap sebagai penambah seri dan pemanis wajah tidak kira lah pada lelaki ataupun perempuan. Tapi apakah rahsia dan bagaimana mereka mempunyai lesung pipit.
Ada masyarakat yang memegang kepercayaan lesung pipit boleh dibentuk dengan menusukkan hujung cili ke pipi bayi. Tetapi ternyata ia hanya karut kerana lesung pipit terjadi akibat variasi pada otot muka.
Lesung pipit boleh berada disebelah pipi atau kedua - dua pipi dan kebiasaannya ia akan kelihatan jelas terutamanya apabila seseorang ketawa, tersenyum dan bercakap.
Terhasilnya lesung pipit pada wajah adalah disebabkan kecacatan pada otot muka (otot yang terhasil pendek). Tindakkan seperti senyum bercakap dan ketawa akan memaksa otot bekerja menyebabkan kulit muka tertarik dan lekukan akan kelihatan.
Jika salah seorang daripada pasangan suami isteri mempunyai lesung pipit,  25-50%  kebarangkalian anak yang bakal lahir akan mewarisi lesung pipit. Jika kedua-dua mereka mempunyai lesung pipit, kebarangkalian tadi akan meningkat kepada 50-100%. Ia merupakan 'kecacatan' yang mudah diturunkan kepada keturunan masing-masing.
Biar Betul? Picit Telinga Macam Ni Boleh Turutkan Berat Badan

Biar Betul? Picit Telinga Macam Ni Boleh Turutkan Berat Badan

3:15:00 PTG 0

Memiliki badan langsing dan cantik sememangnya menjadi impian setiap orang. Namun begitu tidak semua orang dilahirkan dengan anugerah sebegitu. Ada yang sanggup diet dan berlapar untuk memiliki badan yang diinginkan.
Namun begitu, kesan diet akan menjadi buruk jika anda mengamalkan diet yang salah dan tidak mengikut ruji makanan yang berkhasiat. 
Tanpa diketahui ramai, ada teknik selain menahan dan berolahraga berat untuk mendapatkan tubuh badan yang ideal. Teknik itu dipanggil acupressure dan ia dipercayai mampu menurukan berat badan/
Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu meletakan ibu jari anda pada titik berdekatan dengan jaringan berbentuk segitiga di telinga anda. Kemudian buka dan tutup mulut anda untuk temukan titik yang tepat antara rahang dan telinga.
Setelah anda berjaya, tekan titik tersebut selama satu minit atau lebih dan proses tersebut dikiran sebagai program penurunkan badan.
Menurut Scoopwhoop teknik Acupressure dapat membantu mengendalikan nafsu makan dan  melancarkan sistem pencernaan tubuh anda. 
Gabungan teknik ini dengan pengambilan makanan yang sihat, bebas dari lemak serta olahraga yang teratur tentu sahaja mampu membantu anda untuk memiliki tubuh yang ideal.
Selamat mencuba semua!

Sumber Scoopwhoop.
Kenapa Tak Buka Mata Ketika Bersin

Kenapa Tak Buka Mata Ketika Bersin

3:14:00 PTG 0

Bersin pada dasarnya adalah bahasa tubuh untuk mengeluarkan partikel asing dan berbahata dari dalam hidung. Tujuannya adalah untuk mencegah partikel tersebut masuk ke paru -paru dan menyebabkan sakit yang lebih parah.
Partikel asing mungkin adalah virus seperti virus flu, alergi, udara kotor, dan banyak lagi.
Fakta Tentang Bersin.
1. Semasa bersin, kita akan menyemburkan material berbentuk cairan dan lendir dengan kelajuan 150km/jam.
2. Secara semulajadi, kita akan menutup mata ketika bersin. Jika kita memaksa diri untuk membuka mata, ada kemungkinan bola mata akan terkeluar. Kalau tak caya cubalah. ;p
3. Susah untuk mengawal suara ketika sedang bersin.
4. Sesetengah kes bersin adalah disebabkan kita kekenyangan dan perut dalam keadaan penuh. Simpton ini dikenali sebagai“snatiation“.

Cuba Trik Ni Taknak Habuk Melekat Pada Kipas Selama 2 Bulan!

11:52:00 PTG 0

Kipas berhabuk? Mesti korang malas nak cuci kerap kali kan. Jangan risau, kami ada cara mudah untuk korang semua. Guna cara paling senang ni, dalam masa 2 bulan lihat hasilnya yaa. Selamat mencuba! 

Screen-Shot-2016-08-24-at-3-19-57-PM.png

-Basuh kipas terlebih dahulu hingga tiada habuk. Tuangkan pelembut pakaian dalam penutup botol dan jangan campurkan dengan air.

-Celup span ke dalam cecair pelembut dan sapu pada permukaan dan jarring-jaring kipas.

-Biar selama 5 minit , dan korang boleh basuh dengan air. Lap dan pasang seperti biasa kembali.


Habuk tidak akan melekat pada kipas, tak percaya? Sila cuba okay! 
Sumber - OMM 
loading...