Header Ads

Pelan Prabayar Terbaik Di Malaysia 2017

Pelan Prabayar Terbaik Di Malaysia 2017|Adakah anda mencari perbandingan pelan prabayar (prepaid) terbaik di Malaysia pada tahun 2017? Jika dilihat masa kini terdapat 4 pelan telco yang selalu bersaing untuk menjadikan pilihan terbaik untuk dilanggan oleh pengguna. Antaranya iaitu Maxis, Digi, Celcom dan UMobile. Keempat-empat ini 'berperang' menawarkan pakej pelan terbaru bagi meraih kepercayaan pengguna termasuklah pelan internet yang akan menjadi keutamaan difokuskan.

Pelan Prabayar Terbaik Di Malaysia 2017

Disini saya akan membandingkan 4 pelan prabayar terbaik tahun 2017 di Malaysia untuk membantu anda membuat penilaian dengan mudah. Bagi aku kesemuanya mempunyai kelebihan masing-masing dari segi pelan internet, kadar panggilan, kadar SMS dan tawaran percuma.

Pelan Prepaid Terbaik Di Malaysia 2017


Pelan 
Hotlink FAST 
Xpax M4gic SIM 
Digi Best 
UMobile Unlimited Power 
Harga 
RM10
RM10
RM8 
RM8.50
Data Percuma 
Percuma 8GB untuk 4G LTE sahaja (1GB Sabtu & 1GB Ahad)
Percuma 10GB Facebook setiap bulan 
Unlimited Social Internet Pack 
Data tanpa had percuma App-Onz 
Internet asas percuma setiap bulan 
Ada 
10GB
500MB 
1GB
Kadar panggilan (min)
RM0.15/30 saat ke semua rangkaian 
RM0.24/30 saat ke semua rangkaian 
RM0.06/30 saat ke semua rangkaian 
RM0.12/30 saat ke semua rangkaian 
Kadar SMS 
RM0.15 untuk semua rangkaian 
RM0.12 untuk semua rangkaian 
RM0.06 untuk semua rangkaian 
RM0.12 untuk semua rangkaian 
Tawaran percuma 
-
● Yonder Music
● Unlimited Call
● Hi-speed Internet
● Carry Forward Unused Internet 
Unlimited Sosial Internet Pack 
10 minit panggilan percuma setiap hari ke nombor U Mobile.



1. Maxis Hotlink FAST


Pelan Prabayar Terbaik Di Malaysia 2017

Melalui pelan terbaru Hotlink iaitu Pelan Hotlink FAST, Hotlink telah meningkatkan kuota data internet, dimana mereka menawarkan Internet 8GB 4G Percuma setiap bulan sepanjang hayat. Tetapi internet ini dibahagikan kepada 2 GB setiap hujung minggu (1GB hari Sabtu dan 1GB untuk hari Ahad).

Anda hanya pastikan akaun anda sentiasa aktif dan kuota data percuma diberikan kepada telefon pintar yang disambungkan talian 4G LTE. Selain itu, pengguna Hotlink FAST juga dapat menikmati free 1,000 minit calls bagi 5 friends anda pada bila-bila masa.

Kelebihan pelan Hotlink FAST, Hotlink bijak memujuk semula hati pengguna dengan memperkenalkan pelan data internet terbaru dengan pilihan pakej harian, mingguan atau bulanan. Bagi pakej harian adalah herharga RM3 untuk 1GB manakala pakej mingguan terdapat tiga pilihanan iaitu RM10 (600MB + Free 7GB Happy Hour), RM7 (300MB) dan RM5 (150MB). Jika dilihat pakej mingguan kurang memuaskan kerana masih data internet menggunakan MB. Tapi bagi pakej bulanan agak munasabah dimana menawarkan RM50 (5GB + 100mins + Free 30GB Happy Hour), RM38 (3GB) manakala RM30 hanya 2GB. Kesemuanya pelan data internet ini di bawah pelan FAST.

2. Celcom Xpax M4gic SIM


Pelan Prabayar Terbaik Di Malaysia 2017

Jika pelan Xpax sebelum ini menawarkan Internet Burung Hantu bagi penggemar layari internet di larut malam. Walaubagaimanapun, bagi pelan terbaru Celcom M4gic SIM tidak lagi ditawarkan internet burung hantu tetapi masih ada kelebihan yang lebih menarik.

New Magic SIM ini masih mengekalkan kelebihan Magic Sim biasa seperti Free Basic Internet, Free Unlimited Yonder Music dan Carry Forward baki internet ke bulan hadapan. Namun, Xpax M4gic SIM teleh memperkenalkan panggilan percuma tanpa had ke semua nombor di bawah pelan prabayar M4gic SIM. Jika dilihat panggilan percuma dari pelan ini daya penarik pengguna untuk beralih kepada Celcom.

Selain unlimited call, pelan data internet dalam bentuk Magic Pack turut diperkenalkan bagi pengguna M4gic SIM yang ditawarkan dalam pakej harian, mingguan dan bulanan. Pelan Magic harian berharga RM8 untuk 1GB manakala pakej mingguan menawarkan internet 1GB pada harga RM18. Pakej bulanan pula boleh didapati pada harga antara RM38 (4GB) hingga RM68 (7GB) dan semua pakej ditawarkan dengan 4G LTE internet.

3. Digi BEST


Pelan Prabayar Terbaik Di Malaysia 2017

Digi BEST adalah pelan terbaru prabayar Digi dimana masih mengekalkan internet percuma unlimited untuk sosial di Facebook dan Twitter. Sama seperti pelan Digi sebelum ini iaitu pelan Digi Smart. Kadar panggilan dan sistem pesanan ringkas (SMS) untuk bagi 10 nombor Digi dan 10 semua rangkaian adalah 6 sen untuk 30 per saat call dan 6 sen/ SMS.

Namun itu, Digi turut memperkenalkan Digi Prepaid LIVE yang memberi kelebihan plan internet kepada yang pengguna kaki movie dan stream muzik. Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pelan Digi Prepaid LIVE di sini!

4. UMobile Unlimited Power


Pelan Prabayar Terbaik Di Malaysia 2017

Digi Best mungkin merupakan pelan prabayar terbaik dan paling berpatutan jika dilihat jadual di atas, tetapi pelan UMobile Unlimited Power juga mempunyai kelebihan. Harganya adalah RM8.50 dengan kredit sebanyak RM5. Pelan Unlimited Power ini data tanpa had percuma App-Onz dengan tambah nilai sekali minima RM10 untuk diaktifkan.

Selain itu, turut ditawarkan 10 minit panggilan percuma kesemua nombor U Mobile dan internet percuma 1GB setiap bulan. Anda juga mempunyai pilihan melanggan pelan UMI30 yang menawarkan 7.5GB internet kelajuan tinggi 4G LTE, 2.5GB strim data dengan App-Onz dan 30 minit panggilan percuma ke semua rangkaian.

Sudah dapat bandingkan pelan prabayar terbaik anda untuk dilanggani? Yang mana satu pelan internet terbaik tahun 2017?

Bagi anda yang ingin mendaftar telco Webe, boleh daftar menerusi link ini 👉 Cara Daftar Webe Pakej Internet Unlimited

Jika anda ingin mendapat tahu pelan internet yang terbaik dari pelan prabayar, bandinglah pelan internet di sini juga!

19 comments:

  1. ada banyak pilihan sila buat pilihanyang bijak hihi

    ReplyDelete
  2. akak guna maxis sampai loni.. tak top up 3 bulan pun xpe.. hihihihi..

    ReplyDelete
  3. Magic Sim? Skrg dah tukar lain pelan kan? hari itu baru dpt topup dua kali ganda data...
    rasa bukan magic sim ni kannn???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah zaman lama bang... ni skrg No Kelantong dah!! walla zaman pun dua kali ganda...

      Delete
    2. walaupun data berganda tapi internet connection lambat juga tak guna dn promosi ni ade masa yg terhad, oleh tu berganda data macam tak guna.

      Delete
    3. aku mmg sll pakai utk lewat mlm, mmg bagus la dpt dpt data berganda, tak payah asyik beli data.

      Delete
  4. Apa tu Walla? aku dari magic sim guna sampai skrg, x buat apa2 pertukarran... hanya guna biasa shj...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walla tu blh dengar lagu atau video... hanya bayar rm7 seminggu dah dpt 20gb data guna...
      biasa jika suka wayang dan lagu blh ambil package ni la... rm7 shj dpt dah 20gb... mana dpt cari...

      Delete
    2. itu sbb ada promosi ni data berganda kan? klau biasa hanya dpt 10gb je, skrg dah blh dpt 20gb. tapi promosi sampai akhir bln ni je.

      Delete
  5. kenapa skrg byk prepaid pelan ade promosi, i tak suka guna prepaid pelan sbb nak reload kredit tiap-tiap kali, sgt bazir masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. postpaid pun kena bayar tiap2 bulan... aku guna prepaid online topup shj... senang dan blh kawal kredit ku... bila guna hanya topup rm7 dpt 20gb dua kali ganda data dah...

      Delete
    2. itulah pasal, mcm i masa hari biasa tak pakai data byk sgt hanya beli utk data harian je, skrg pun sama dpt 2 kali ganda utk add on harian. tunggu ada cuti pjg baru beli data mingguan.

      Delete
    3. ya u blh timbang sbb prmosi ni bukan tiap-tiap hari ade dn i rasa blh pakai sbb add on punya harga rendah tapi data byk, u blh menikmati data utk menonton video atau apa-apa yg u suka tanpa merisaukan data tak cukup.

      Delete
    4. you cakap betul, prepaid baik sebab blh tunggu sampai ada promosi baru topup guna...
      jika x ada guna biasa pun ok... postpaid kena bayar dan guna habis jika bukan rasa bazirnya...

      Delete
    5. semua pandai dan guna bijak nya... skrg dah blh sampai 20gb, mungkin satu hari prepaid dpt tanpa had lagi best... xpax promosi yg paling berbaloi aku rasa promosi kali ini...

      Delete
    6. tapi skrg xpax ade 20GB punya data juga merupakan suatu perkara yg baik, ini disebabkan i hanya perlu bayar rm7 tapi blh dapat data yg berganda, sgt berbaloi.

      Delete
  6. I rasa prepaid lebih baik dgn postpaid sbb skrg byk promosi utk prepaid dn dgn guna prepaid i blh jimat wang dn tau berapa kredit sudh guna.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.