Digi Smart Prepaid nikmati 8GB kuota internet percuma hujung minggu

digi prepaid
Digi kini secara rasminya telah mula menawarkan 8GB kuota internet percuma yang boleh digunakan pada hujung dan tawaran ini adalah untuk seumur hidup.
Digi menjadi syarikat kedua untuk menawarkan pelan prabayar dengan 8GB kuota internet percuma hujung minggu iaitu selepas Maxis menaiktaraf pelan Hotlink FAST mereka hujung bulan lalu.
Kuota internet hujung minggu percuma ini boleh dinikmati melalui rangkaian 4G LTE oleh pelanggan prabayar Digi Smart Prepaid, Smart SE , Smart VP, Smart P2P , Smart MNP dan Smart Bundle.
Seperti pelan Hotlink FAST, pelanggan prabayar Digi yang layak akan menerima 2GB kuota internet setiap hujung minggu namun anda harus menebus kuota internet percuma ini dengan mendail *888*6# ( penebusan mungkin perlu dilakukan sekali sebulan)
Kuota internet ini boleh dinikmati dari pukul 12 pagi sabtu sehingga 11.59 malam hari seterusnya dan selepas kehabisan kuota ini , internet anda akan kembali kepada kelajuan asas iaitu 64kbps atau akan ditolak dari pelan internet anda.
Selain itu, Digi juga telah memperkenalkan pelan internet prabayar yang lebih bernilai dan ianya turut hadir dengan pilihan untuk menebus kuota internet percuma tanpa had dari pukul 1-7 pagi, pelayaran Facebook (500MB) , pelayaran YouTube (500MB) atau tambahan 500MB pada pelan internet bulanan anda.
maklumat penuh pelan internet baru ini boleh anda lihat pada gambar yang kami sertakan di bawah

{ 8 comments.. read them below or add one }

Amber Amber Oktober 19, 2016
8gb ke ? ada telco pesaing bg 10gb pula , mana satu best ?
Cashie Ng Cashie Ng Oktober 21, 2016
10gb tu cuma dpt 333mb tiap2 hari shj
digi bagi 8gb weekend data lagi best la
2gb satu hari
Nelson Lai Nelson Lai November 25, 2016
saya nak tanya,8GB cukup ke tak? xpax 10GB, yg mane ni bagus?
lokman amirul lokman amirul November 25, 2016
Better rasanya digi...of course kerana ia boleh digunakan anytime berbanding xpax turbo hnya midnight ja..10gb hnya bleh gunakan tiap hari 333mb shj. Memang serius rugi.
Asuna lai Asuna lai November 29, 2016
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Chen Sao Xian Chen Sao Xian Disember 01, 2016
Tapi Xpax punya bagus la murah sangat kalao topup pun ada 10 % discount , kalau tak salah la hahaha
zalidah shah zalidah shah Disember 02, 2016
skrg xpax turbo ade beri 10GB data percuma pada pukul 1am hingga 7am, org yd belum tidur pada amsa tu blh guna sbb 10GB blh ambil utk menonton drama, sgt berbaloi
Amirah Roslan Amirah Roslan Disember 02, 2016
8Gb tu tak cukup, lagipun hujung minggu jer bukan hari2 boleh guna..Xpax bagi 10 Gb hari2 boleh guna walaupun start lewat malam. Lagipun memang plan X-Pax lagi murah