Perang data antara telco Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile: Siapa paling bernilai?


BERDASARKAN kajian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 2014, mendapati 71.4 peratus pengguna telefon di negara ini mengakui diri mereka obses dengan gajet tersebut.

Keobsesan ini sudah pasti memerlukan jumlah data yang banyak. Pada tahun 2016, perang data antara telco amat sengit.


Di antara empat telco utama iaitu Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile, mendapati pelan pascabayar U Mobile adalah paling murah dengan memberi nilai terbaik kepada pengguna iaitu pelan Hero P70 U Mobile, Pelan ini memberi 7gb data dengan panggilan tanpa had hanya dengan RM70.

Di tempat kedua, Digi pula menyediakan pelan Smartplan 75 dengan jumlah data yang sama banyak iaitu 7gb serta panggilan tanpa had dengan RM75. Celcom turut menyertai persaingan ini, dengan pelan FiRST Gold yang diperbaharui. Bayaran RM80 sebulan dan pengguna menerima panggilan dan SMS tanpa had, serta 10gb data.

Maxis mungkin yang pertama menawarkan pelan panggilan tanpa had, tetapi ia juga adalah pelan paling mahal untuk dimiliki. Bermula dengan MaxisONE 98, pengguna perlu membayar RM98 untuk panggilan dan SMS tanpa had, dan hanya 5gb data sebulan.


Selain harga yang murah, berapa perkara lain harus diambil kira oleh pengguna. Paling penting adalah liputan rangkaian, sama ada 4G ataupun 3G. Kualiti rangkaian juga boleh menjadi ukuran, sambungan data yang tidak terhenti-henti danpanggilan suara yang jelas.

Celcom memberikan Yonder, strim muzik percuma untuk penggunanya. Digi pula, baru mengumumkan strim video ifl ix, percuma selama 12 bulan. Maxis pula, menawarkan Spotify, strim muzik paling popular tetapi untuk pengguna MaxisONE 128 ke atas sahaja.

U Mobile mungkin paling agresif memberi nilai tambah kepada penggunanya. Selain strim muzik percuma melalui KKBox, pengguna boleh menonton YouTube dan Tonton tanpa caj data, dari jam 2AM sehingga 10AM. Malah, perayauan data 50mb percuma kepada negara terpilih turut menjadi tarikan utama.

Sumber - sinarharian
Gambar - kredit theskop 

1 comment... add one now

Maman Reen Maman Reen September 05, 2016
Kalau liputan rangkaian Umobile meluas macam Celcom, dah lama Reen berpindah ke Umobile. Maxis oh maxis.. Mahal.