Header Ads

Cara Memohon Kad Debit KAD1SM 2017 Online

Cara Memohon Kad Debit KAD1SM 2017 Online |Bila tarikh pemberian kad debit diskaun siswa berjumlah RM250 kepada pelajar IPT tahun 2017? Bagaimana cara memohon kad debit pelajar KAD1SM 2017? Sudah sedia maklum dalam Bajet 2017 bahawa Kad Debit Diskaun Siswa 1 Malaysia (KAD1SM Debit) telah menggantikan baucer buku 1 Malaysia mulai tahun 2017. Sehubungan itu, pelajar tidak akan lagi menggunakan baucer buku untuk mengelakkan sebarang penipuan daripada pihak ketiga.

Cara Memohon Kad Debit KAD1SM 2017 Online
Contoh Kad Debit Diskaun Siswa 1 Malaysia

Untuk pengetahuan kepada pelajar IPTA dan IPTS, anda boleh mendapatkan kad debit pelajar KAD1SM dengan memohon secara online menerusi Bank Rakyat mulai 16 Februari 2017 ini. Diingatkan, pelajar akan menerima KAD1SM bernilai RM250 sahaja.

Cara Memohon Kad Debit KAD1SM 2017 Online
Contoh Barang Dibeli Dari Kad Debit KAD1SM

Cara Daftar Kad Debit Pelajar KAD1SM 2017 Online 


Berikut adalah dikongsikan cara permohonan online KAD1SM Debit di Bank Rakyat :

1. Sila daftar di pautan yang disediakan seperti berikut :
Klik 👉 http://www.bankrakyat.com.my/bppt

2. Isikan segala maklumat peribadi anda dengan lengkap pada ketiga-tiga bahagian. Selepas isi, baca syarat-syarat dan tick semua kotak tersebut.

3. Selesai mendaftar, anda hanya tunggu email dari Bank Rakyat yang akan memaklumkan mengenai pengambilan KAD1SM tersebut di cawangan berdekatan.

Baca juga: Cara Guna Kad Debit Pelajar RM250

Dokumen Perlu Dibawa Pengambilan KAD1SM Debit


Sila pastikan dokumen berikut tersedia semasa hadir ke cawangan pilihan anda untuk pengambilan KAD1SM Debit.

● Umur di bawah 18 tahun :
- MyKad ( Asal & 1 Salinan )
- Kad Pelajar ( Asal & 1 Salinan )
- Surat kebenaran daripada ibu bapa
- 1 Salinan MyKad ibu / bapa / penjaga
- Sijil kelahiran ( Asal & 1 Salinan )

● Umur 18 tahun dan ke atas
- MyKad ( Asal & 1 Salinan )
- Kad Pelajar ( Asal & 1 Salinan )

Jika anda ingin mendapatkan keterangan dan maklumat lanjut, sila layari ke laman web tertera : https://www.irakyat.com.my/index.php/personal/cards-i/debit-kads1m

Cara Memohon Kad Debit KAD1SM 2017 Online
Memo Permohonan Kad Debit Diskaun Siswa 1 Malaysia

Semoga informasi ini dapat membantu anda untuk memohon KAD1SM Debit secara online Bank Rakyat. Manfaat lah pemberian RM250 ini untuk kegunaan anda. Selamat mendaftar! Kongsikan kepada rakan kenalan anda di Facebook dan group Whatsapp.

1 comment:

  1. Alahhh dah tak belajar tak boleh memohon dah lah. sobs ni buat rasa nak belajar balik ni haha.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.