Header Ads

Beli Tiket Bas Online Dari Malaysia Ke Singapura

Beli Tiket Bas Online Dari Malaysia Ke Singapura |Bagaimana cara membeli tiket bas online dari Malaysia ke Singapura? Tahu laman web atau portal yang menyediakan pembelian tiket bas online? Caranya sangat mudah kerana terdapat dua laman web yang menawarkan pembelian tiket bas online untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura atau dari Singapura ke Kuala Lumpur.

Beli Tiket Bas Online Dari Malaysia Ke Singapura
Beli Tiket Bas Online

Beli Tiket Bas Online di Singapura dan Malaysia


Anda diberi dua pilihan untuk membeli tiket bas online melalui dua portal ini ;

CatchThatBus.com
Busonlineticket.com

Laman-laman web di atas adalah portal penempahan tiket bas secara online di Malaysia yang dapat memudahkan dan menjimatkan masa anda. Melalui portal ini anda tidak perlu bersusah payah pergi menempah tiket di kaunter yang memakan masa agak lama.

Menukar "Boarding Pass" di Terminal Bersepadu Selatan (TBS)


Jika anda menaiki bas di Terminal Bersepadu Selatan, anda perlu mendapatkan "boarding pass" di kaunter pertukaran terlebih dahulu. Tahu cara nak tukar tiket bas online untuk boarding pass? Ini caranya sebagai contoh anda pilih CatchThatBus.com, apa yang anda perlu buat setelah berjaya menempah secara online di mana-mana portal tempahan tiket bas.

Anda akan terima satu email pengesahan detail tiket yang akan dihantar kepada anda.

Beli Tiket Bas Online Dari Malaysia Ke Singapura
Email Pengesahan Akan Diterima

Anda perlu cetak email ini dan perlu serahkan ke mana-mana kaunter pertukaran "boarding pass" yang terletak di tingkat kaunter-kaunter tiket dan pintu-pintu berlepas. Sila cari Kaunter E, F, G atau H.

Berikut adalah contoh boarding pass yang anda akan terima setelah membuat pertukaran di Kaunter E, F, G dan H.

Beli Tiket Bas Online Dari Malaysia Ke Singapura
Contoh Boarding Pass

Semua maklumat tertera pada boarding pass ini termasuklah pintu berlepas. Anda lihat di atas adalah Gate 18 sebagai pintu berlepas. Selepas itu, anda serahkan boarding pass ini kepada pegawai keselamatan di pintu berlepas untuk ke platform bas.

Tempat-tempat Turun Bas di Singapura


● Singapore Flyer
30 Raffles Ave
Singapore 039803

● Golden Mile Complex
Singapore

● The Plaza
7500A the Plaza at Beach Road B1- 307
Singapore 199591

Bagaimana Cara Membeli Tiket Bas Online


Untuk pengetahuan anda, pembelian tiket bas secara online sangatlah mudah dan cepat. Apa anda perlu buat layari ke portal-portal yang menyediakan tempahan tiket bas secara online.

Sila klik laman panduan membeli tiket bas online yang telah saya sediakan kepada anda untuk memahami proses-proses atau prosedur yang perlu dilakukan.

Semoga informasi ini dapat membantu dan memudahkan anda untuk pergi melancong ke Singapura hanya melalui platform bas dengan membuat tempahan tiket online di sini.

Gambar kredit belitiketbas

No comments

Powered by Blogger.