Header Ads

5 Laman web online tempahan hotel murah di dunia

5 Laman web online tempahan hotel murah di dunia. Menjadi kebiasaan melancong sama ada di dalam atau luar, tapi melancong ke luar negara orang sering menjadi impian untuk insan-insan yang berada di luar sana. Namun yang demikian, melancong memerlukan kos kewangan yang agak tinggi dan masa yang banyak. Melancong bukan setakat hanya memikirkan tentang bajet tiket kapal terbang, belanjawan malah kos penginapan juga perlu diambilkira dan difikirkan.


5 Laman Web Online Tempahan Hotel Murah Di Dunia


Di sini saya ingin kongsikan laman web online yang menawarkan servis perkhidmatan hotel murah yang telah disediakan. Cuma kita saja tak pernah tahu perihal ini. Kebanyakan laman web ini juga menyediakan aplikasi online yang boleh di download di telefon pintar anda. Jom kita ketahui 5 laman web tersebut.

1. TRIVAGO

Trivago salah satu laman web pencarian hotel yang sangat popular di Malaysia. Sering saja lihat iklan Trivago di promosikan di televisyen. Ia lebih memfokuskan 700 ribu hotel dari laman web tempahan hotel seluruh dunia yang lain. Jika anda berminat booking hotel di Trivago, boleh buat tempahan tiket di sini.

Pautan : Cara Booking Hotel Di Trivago

2. BOOKING

Booking.com merupakan antara website online tempahan hotel murah yang terbesar di dunia. Booking adalah syarikat yang agak lama ditubuhkan pada tahun 1996 sebelum ia dikenali di pelusuk dunia. Kini, laman web online ini menawarkan 41 bahasa untuk memudahkan pelanggan atau penggunan menggunakannya.

3. HOTELS

Hotels.com adalah laman web online yang turut menawarkan tempahan hotel secara atas talian. Ia menawarkan dengan pilihan sebanyak ribuan hotel lebih 200 buah negara.

4. AGODA

Agoda.com merupakan antara laman web online terbesar di dunia yang dikatakan menyokong lebih 30 bahasa untuk pelanggan mereka. Agoda juga turut menawarkan aplikasi telefon pintar yang menyokong dalam platform Android, iOS dan Windows Phone.

5. TRIPADVISOR

TripAdvisor merupakan halaman yang lebih mengutamakan kepada review berkaitan pelancongan. Ia juga mempunyai hampir mirip dengan Trivago.com tetapi di TripAdvisor penggunanya lebih aktif dengan memberikan maklum balas atau review mengenai hotel yang telah mereka kunjungi. TripAdvisor bukan hanya setakat memfokuskan kepada carian hotel tempahan malah juga tempat makan sebagai rujukan untuk pelawat.

Dengan perkongsian artikel ini memudahkan pelawat atau pengguna menggunakan laman web online ini untuk memudahkan mereka membuat tempahan dengan kadar segera. Apa yang menariknya, pelawat boleh mendapatkan harga lebih murah dengan menggunakan carian hotel ini. Bagi yang kaki travel tak akan lepas peluang mengaplikasikannya.

No comments

Powered by Blogger.