Header Ads

Cara Tempah Hotel di Trivago Secara Online

Cara Tempah Hotel di Trivago Secara Online |Anda tengah cari hotel ideal untuk penginapan malam anda? Hotel yang mana terbaik dan murah untuk pilihan anda? Saya syorkan kali ini kepada anda laman web Trivago adalah pencari hotel dan perbandingan harga ideal di Malaysia. Jika anda lihat terdapat carian hotel lain untuk membuat tempahan seperti Hotels.com, Agoda.com, Booking.com, Expedia dan sebagainya. Apa kata anda tempah hotel di Trivago?

Cara Tempah Hotel di Trivago Secara Online

Kenapa anda patut memilih Trivago?

Untuk pengetahuan anda, Trivago merupakan carian hotel murah terbesar di dunia yang membenarkan pengguna membandingkan harga lebih 1 juta hotel. Apa yang menariknya, anda boleh membuat tempahan hanya secara online dan boleh dapatkan maklumat hotel sama ada di Singapura, Jepun, dan sebagainya.

Sangat mudah? Hanya masukkan destinasi tujuan dan tarikh perjalanan yang anda inginkan, dan biarkan enjin carian Trivago membandingkan harga penginapan untuk anda. Untuk dapatkan maklumat terperinci cara menempah hotel di Trivago, baca selanjutnya.

Cara Tempah Hotel Trivago Secara Online


1. Membuka laman web Trivago

Jika anda ingin membuat tempahan hotel di Trivago, terlebih dahulu pergi ke laman web Trivago.com.my. Anda boleh buat pilihan sama ada menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Pilih lokasi anda yang ingin ditempah.

Cara Tempah Hotel di Trivago Secara Online

2. Mencari hotel penginapan anda

Anda masukkan maklumat berkait seperti lokasi, tarikh menginap daftar masuk dan daftar keluar, termasuk jenis bilik (bilik bujang, bilik kembar, bilik keluarga dan pelbagai bilik). Sebagai contoh saya masukkan nama tempat Melaka. Selepas itu, klik 'search'.

Cara Tempah Hotel di Trivago Secara Online

3. Menempah hotel pilihan anda

Selesai buat pilihan lokasi penginapan hotel itu, akan keluar paparan ini. Di bahagian ini, anda akan lihat senarai hotel yang ditawarkan dan boleh buat pilihan mengikut populariti, harga dan jarak (misalnya dari pantai).

Untuk melihat lebih terperinci, anda boleh klik bahagian tapisan (filter) dan boleh letakkan harga yang anda rasa berpatutan termasuk juga mempertimbangkan review dan rating (kategori bintang) hotel tersebut.

Cara Tempah Hotel di Trivago Secara Online

Cara Tempah Hotel di Trivago Secara Online

4. Membuat bayaran tempahan

Selepas selesai membuat pilihan hotel dan berpuas hati untuk jadikan hotel penginapan malam. Untuk membuat bayaran, korang perlu klik 'Book' atau 'Reserve'. Anda juga diberi untuk membuat pilihan penginapan tambahan seperti sarapan pagi, lunch dan dinner.

Kemudian, barulah anda diberi pilihan untuk membuat bayaran sama ada bayar deposit dahulu, bayaran penuh atau bayar di kaunter bergantung pada sesetengah hotel.

Cara Tempah Hotel di Trivago Secara Online

Cara Tempah Hotel di Trivago Secara Online

Cara Tempah Hotel di Trivago Secara Online

5. Selepas masukkan cara pembayaran, hantar dan sudah selesai untuk pendaftaran hotel pilihan anda. Mudahkan? Tak sampai 5 minit anda dah buat tempahan yang anda mahu jadikan destinasi penginapan malam anda.

Baca juga : Cara Booking Hotel di Agoda Dengan Mudah

Diharapkan segala informasi ini mengenai cara menempah hotel di Trivago dapat membantu anda untuk membuat pilihan terbaik. Ingat Trivago salah satu tempahan hotel online terbaik di Malaysia! Kongsikan ilmu bermanfaat ini.

1 comment:

  1. Memang mudah sekarang kan.. nak tempah hotel pakai apps je.. nak uber pakai apps je.. dengar sekarang kereta pun boleh beli online..

    Memang canggih :-)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.