Baucer BB1M boleh guna beli buku online di Bookcafe

Beli Buku Online di Bookcafe Guna BB1M 2016
Membuat Pesanan Online

1. Buat pesanan buku di Bookcafe.com.my seperti biasa. (Rujuk sini)
2. Pilih Baucar Buku 1Malaysia 2016 sebagai kaedah pembayaran.
3. Klik Submit My Order seperti biasa.
4. Buka & semak email anda.
5. Bookcafe akan emailkan invoice pembelian yang mengandungi NOMBOR ORDER. Gunakan nombor order ini sebagai rujukan apabila berurusan dengan Bookcafe.

Menyediakan Dokumen yang Diperlukan

1. Dokumen yang perlu disediakan adalah:
- Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad)
- Salinan Kad Pelajar 
Salinan kad pelajar - Kad matriks atau apa-apa bukti yang menunjukkan pemilik baucar buku ini adalah pelajar sah di institusi baucar buku ini dikeluarkan.

2. Baucar buku mestilah diisi dengan lengkap iaitu mengandungi:
- Nama Pelajar (Depan)
- No. Kad Pengenalan (Depan)
- N0. Telefon (HP) (Depan)
- Cop Rasmi Sekolah/Kolej/Universiti (Belakang)
Kami tidak akan memproses sebarang pesanan yang dibuat menggunakan baucar buku yang tidak diisi dengan lengkap. Kami akan memulangkan baucar buku ini dengan kos penghantarannya ditanggung oleh pelanggan.

3. Tuliskan NOMBOR ORDER pada salinan dokumen yang dihantar untuk rujukan kami.

Menghantar Baucar kepada Bookcafe

1. Nilai baucar buku yang perlu dihantar mestilah sama atau lebihdaripada jumlah yang perlu dibayar seperti yang dicatat dalam invoice pembelian.

Contoh 1: Invoice bernilai RM100.00
- Jumlah baucar buku yang perlu dihantar ialah 2 keping (2 x RM50 = RM100)

Contoh 2: Invoice bernilai RM149.00
- Jumlah baucar buku yang perlu dihantar ialah 3 keping (3 x RM150 = RM150)
# Sekiranya nilai baucar buku melebihi nilai invoice, Bookcafe TIDAK akan memulangkan bakinya kepada pelanggan. Pelanggan digalakkan merancang nilai pembelian supaya genap dengan nilai baucar buku.
# Sekiranya nilai baucar buku kurang dari nilai invoice, kami TIDAK akan memproses pesanan pelanggan. 
2. Gunakan Pos Berdaftar (contohnya Pos Express atau Pos Laju) sahaja.
3. Simpan tracking number penghantaran anda untuk rujukan akan datang. Kami tidak bertanggungjawab terhadap baucar buku yang tidak sampai kepada kami.
4. Hantarkan ke alamat kami di:
PTS Bookcafe Sdn. Bhd.
No 12, Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves, 
Selangor, MALAYSIA.

No : 03-61850718

Status Pesanan, Pemprosesan & Penghantaran Buku

1. Sebaik sahaja pihak kami menerima baucar buku yang dihantar, kami akan mengemaskini status pesanan kepada Pembayaran Diterima. Satu email akan dihantar ke email pelanggan untuk memaklumkan perkara ini.
2. Selepas status pesanan bertukar ke Pembayaran Diterima, kami akan mengambil masa dari 1 ke 3 hari bekerja untuk memproses dan menghantar buku kepada pelanggan.
3. Apabila pesanan telah dihantar, satu lagi email akan dihantar kepada pelanggan memaklumkan pesanan tersebut telah dihantar berserta dengan No Tracking Pos Laju / ABX Express.

SELF PICK UP

1. Order buku melalui website Bookcafe.com.my
2. Ambil sendiri di alamat berikut:
PTS Media Group,
No. 12, Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves,
Selangor, MALAYSIA.
3. Datang untuk ambil order SAHAJA (Sebarang penambahan order pada hari kejadian tidak akan dilayan).
4. Pastikan DOKUMEN YANG DIPERLUKAN DIBAWA BERSAMA (Kegagalan menyediakan dokumen yang diperlukan akan menyebabkan order anda tidak dapat diambil).
5. SEKIRANYA ADA baki bayaran, sila lakukan secara Online Transfer/Bank-in emelkan bukti bayaran dan kepilkan sekali bukti bayaran tersebut bersama dokumen yang diperlukan (KAMI TIDAK MENERIMA SEBARANG TUNAI/CASH).
6. Maklumkan kepada kami TARIKH DAN WAKTU order diambil. (Makluman boleh dilakukan melalui emel, whatsapp ataupun telefon).
7. Beritahu kami SEHARI SEBELUM anda datang untuk kami proses & sediakan buku yang diorder.
8. Pengambilan hanya boleh dibuat pada HARI BEKERJA sahaja (selepas menerima emel ORDER SUDAH DIPROSES). Tiada pengambilan yang dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum. 
Isnin - Jumaat: 9.00 pagi - 5.30 petang
Rehat: 1.00 petang - 2.00 petang
(Hari bekerja sahaja, tidak termasuk hari cuti umum)
9. Datang ke alamat di atas, jumpa dengan pegawai khidmat pelanggan kami & maklumkankan nombor order untuk mengambil order anda.

Terma & Syarat Penggunaan BB1M di Bookcafe

1. Pelanggan merupakan pelajar iaitu pemilik sah kepada BB1M yang dikeluarkan oleh institusi yang sah. Baucar dari pihak ketiga tidak akan diterima.
2. Hanya baucar yang tulen, sah, dan diisi dengan lengkap sahaja diterima.
3. Penghantaran baucar bersama dengan tambahan duit kertas atau syiling sama sekali dilarang. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakkan terhadap baucar atau duit yang disebabkan oleh penghantaran atau kecuaian pihak penghantaran.
4. Pelanggan digalakkan untuk mencatat no siri baucar yang dihantar kepada Bookcafe untuk rujukan akan datang.
5. Sebarang kos pemulangan baucar yang disebabkan oleh kesilapan pelanggan (seperti tidak diisi dengan lengkap atau terlebih hantar) akan ditanggung oleh pelanggan.
6. Tempoh sah pembelian menggunakan BB1M ialah dari 1 Januari sehingga 30 Jun 2016.
7. Bukti penghantaran (BB1M) tidak dikira sebagai bukti penerimaan (oleh pihak Bookcafe). Rekodkan tracking no penghantaran BB1M anda untuk rujukan & tindakan susulan.
8. Hanya pemilik baucar BB1M yang sama sahaja dalam satu resit pembelian.
9. Menggabungkan beberapa pemilik baucar dalam 1 pesanan adalah tidak dibenarkan.
10. Sekiranya anda berpakat beramai-ramai untuk menghantar baucar buku dalam satu penghantaran untuk menjimatkan kos, kami menerimanya. NAMUN, pastikan setiap seorang pemilik baucar membuat order masing-masing.

0 comment... add one now