Cara Guna Kad Debit Pelajar RM250 Ganti Baucar Buku Mulai 2017

Nak tahu cara guna kad debit pelajar menggantikan sistem Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) mulai tahun 2017. Seperti termaktub dalam pembentangan Bajet 2017, sistem baucar buku dimansuhkan dan kini digantikan dengan debit kad pelajar. Tujuannya untuk memastikan tiada lagi penyalahgunaan baucar buku seperti ular baucar buku dan beli produk atau barang selain alat tulis.

Untuk makluman pelajar, kadar kad debit pelajar untuk beli buku dan alat tulis masih kekal dengan harga RM250.



Cara Guna Kad Debit Pelajar Baucar Buku 1 Malaysia Tahun 2017

1. Pelajar akan diberikan Kad Debit Pelajar bernilai RM250.

2. Kad debit pelajar yang boleh digunakan di mana-mana kedai buku yang terpilih. Penggunaan adalah sama seperti kad debit namun jumlah kad debit pelajar ini terhad untuk jumlah RM250 sahaja.

3. Hanya boleh beli buku, alat tulis, alatan komputer dan akses internet untuk menggunakan kad debit ini.

1 comment... add one now

Unni Anje Unni Anje Oktober 29, 2016
da 3 tahun tinggalkan zaman belajar.. sempat la jgk dpt baucer buku RM200..