Header Ads

Adnow Alternatif Iklan Selain Google Adsense

Bagaimana menjana income lebih melalui iklan di blog selain Google Adsense? Bagi mereka yang belum mendapat permohonan akaun Adsense, mesti ingin tahu alternatif lain untuk mereka janakan duit. Biasanya korang hanya pernah dengar Revenuehits, H12, Share8 dan banyak lagi. Kali ini, saya akan kongsikan Adnow alternatif iklan selain Google Adsense.

Adnow Alternatif Iklan Selain Google Adsense

Apa itu Adnow?


Adnow merupakan salah satu pengiklanan dari London sebagai alternatif Google Adsense bagi mereka yang masih belum berjaya mendapat akaun tersebut. Adnow menampilkan iklan jenis 'Native Media Ads' di mana iklannya berbentuk gambar, audio atau sama seperti artikel berkaitan atau popular post. Anda diberi pilihan sama ada mahu letakkan iklan ini di bawah artikel atau di bahagian sidebar.

Bagaimana daftar?


Bagi yang ingin daftar boleh klik gambar di bawah ini!

Adnow Alternatif Iklan Selain Google Adsense

Baca juga : Cara Daftar Adnow Iklan Native Media Ads

Bagaimana pembayarannya?


Jika akaun anda telah mencapai USD20, maka anda layak untuk mengeluarkan duit tersebut melalui paypal. Berbeza kan Adsense yang boleh cashout dengan kadar minimum USD100. Secara jujur Adsense buah hati saya sehingga sekarang.

Bagaimana duit akan hasil? Untuk pengetahuan anda, Adnow ni sebiji seperti Adsense, di mana anda akan dibayar apabila pelawat masuk blog dan klik iklan tersebut. Lebih mudah faham Pay Per Click (PPC).

Ini buktinya jumlah yang saya hasilkan dari Adnow!

Adnow Alternatif Iklan Selain Google Adsense

Apa kelebihan dan kelemahan iklan Adnow?


Kelebihan ;
● Pendaftaran adalah mudah.
● Dapat berkombinasi dengan Adsense, Nuffnang dan Innity.
● Minimum kadar pengeluaran $20.
● Sesuai untuk publisher Malaysia dan juga Indonesia.
● Mudah diterima permohonan dalam masa 24 jam.

Contoh iklan Adnow!

Adnow Alternatif Iklan Selain Google Adsense


Kelemahan;
● Kadar nilai Adnow masih rendah daripada Google Adsense
● Iklan yang muncul sangat terhad.
● Kadang-kadang iklan keluar tidak sesuai niche
● Pembayaran pertama agak lama dikeluarkan kerana ada proses review.

Pautan : Cara Buat Duit Dengan Iklan Mobicow

Diharapkan artikel ini dapat membantu anda lebih-lebih lagi kepada yang masih gagal mendapat akaun Adsense, boleh daftar pengiklanan Adnow ini. Jika anda ingin berdaftar, boleh klik link ini. Semoga dapat membantu anda janakan duit untuk tampung pendapatan harian anda.

3 comments:

  1. Banyak alternatif tambah side income dgn blog ni ye..sy dah try tapi tak sesuai dgn keinginan sy..hehe..rasanya, bro pun tau apa maksud sy..tapi kalau tk kisah, teruskan saja dgn iklan ni..:)

    ReplyDelete
  2. Double wow banyaknya dapat...

    ReplyDelete
  3. Teman try daftar dan dah letak banner.. tapi...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.