Header Ads

Cara Daftar Paypal Melalui Kad Debit ATM Maybank

Cara Daftar Paypal Melalui Kad Debit ATM Maybank | Anda nak tahu cara daftar akaun Paypal secara mudah melalui Kad Debit ATM Maybank? Apa itu PayPal? PayPal merupakan online banking dan online debit card. Dengan Paypal anda boleh berbelanja, asalkan ada duit didalamnya. Lagi satu kelebihan Paypal ini, kewujudannya telah diiktiraf oleh bank Negara, digunakan dengan meluas serata dunia, dan satu organisasi yang kukuh serta diiktiraf oleh banyak bank-bank di dunia ini. Kiranya sangat mudah digunakan di mana sahaja!

Cara Daftar Paypal Melalui Kad Debit ATM Maybank

Kelebihan Paypal?


● Kelebihan Paypal adalah anda tidak perlu mendedahkan maklumat kredit/debit kad yang kita miliki kepada orang lain kecuali kepada Paypal sahaja. Ia amat mudah untuk membuat segala urusan kewangan didalam dan diluar negara.
● Kemudahan untuk menghantar duit atau membuat pembayaran tanpa perlu mendedahkan maklumat kredit atau debit kad kita.
● Mudah juga untuk menerima pembayaran kerana hanya menggunakan email address sebagai akaun login.

Yang paling menarik, jika kita ingin withdraw duit dari Paypal ke akaun bank kita, ia hanya mengambil masa dalam 3 atau 4 hari sahaja. Sangat cepat dan senang. Tambahan lagi, pendaftaran untuk membuka akaun PayPal adalah percuma!

Cara Daftar Paypal Melalui Kad Debit ATM Maybank


1. Masukkan ke laman web Paypal. Kemudian, klik sign up, pilih negara dan klik ‘get started’di bahagian ‘premier’.
2. Isi borang dengan maklumat yang betul.
3. Setelah isi form, klik ‘agreed and get started’.  Isi ‘security code’ dalam kotak
4. Tunggu email untuk activate akaun Paypal. Ini untuk pastikan email anda adalah sah. Kemudian korang klik ‘continue’ yang kat Pay with my Credit / Debit Card . Lebih senang jika anda ada Kad Debit ATM Maybank. Dulu gambar Cherry, sekarang mungkin gambar pemain bola :-).
maybank-visa-debit-card
5. Masukkan no kad Maybank ATM debit card anda. CSC..ambil no (3 angka) dekat belakang kad ATM Debit tu.
6. Sekarang tunggu untuk Card ATM Debit untuk di verified. Selalu nya akan ambil masa 2 hari. Bila berjaya, dalam akaun akan ada di tolak sebanyak RM10 , tapi RM10 ni akan dipulangkan semula nanti.
7. Cara nak confirmkan debit kad, log in akaun PayPal kemudian klik ‘confirm debit card’ dan masukkan 4 angka rahsia. Dari mana nak dapatkan 4 angka rahsia tu?? Ok, 4 angka tu boleh dapatkan di statement Maybank. Buka lah Maybank2u, dari situ boleh dapat Code berkenaan. Cara daftar dan guna Maybank2u online boleh baca di SINI.
8. Log in dulu Maybank2u. Lepas tu, klik‘accounts and banking’ kat tab menu. Dan seterusnya klik ‘ saving account’. Then terus keDebit Card History . Code nyer adalah selepas perkataan ‘SALE PP XXXX‘. 9. Kemudian masukkan angka tu kat bahagian kotak untuk confirm debit kad di akaun Paypal tadi, terus save dan selesai! 

Proses pendaftarannya agak cerewet sedikit kerana perlukan kod pengesahan tetapi sesiapa yang menggunakan online banking seperti Maybank2u, CIMB-click, e-Eon etc, ia amat mudah kerana kod tersebut ada didalam credit history.

Semoga informasi tentang Cara Daftar Paypal Melalui Kad Debit ATM Maybank dapat memudahkan anda membuka akaun PayPal.

1 comment:

  1. Pening.. pening.. nntilah mama go through pelan2

    ReplyDelete

Powered by Blogger.