Buat duit cara mudah daftar iklan Mobicow

Assalamualaikum...

Sebenarnya dah lama aku peram nak tulis pasal iklan Mobicow, tapi asyik lebih gemar kepada isu terkini sebab tu aku rasa bila-bila nanti aku tulis. Hari ni aku rasanya rajin nak citer tentang ni. Sebelum aku join iklan Mobicow, dah ada tiga aku join tuk dalam blog aku. Kalau korang sedar dalam blog aku ada GOOGLE ADSENSE, NUFFNANG dan terbaru ADNOW.


Banyak kali jugak aku fikir nak iklankan Mobicow, lagipun aku jarang dengar blogger2 yang lain daftar iklan ni. Aku dapat pandangan beberapa blogger termasuklah aku tanya pada tuan milik Sentiasapanas. Bukan apa nak tahu okey ka dak??? Macam Adsense ka atau lain??? Persoalan tu selalu bermain difikiran aku.

Sebenarnya aku dah daftar 2 minggu yang lalu...dapat juga aku iklan Mobicow ni. ALHAMDULILLAH!!! Dalam entri aku sebenar mahu citer cara nak daftar Mobicow, tapi sebelum aku ingin teruskan agenda aku...citer la sikit apa itu Mobicow???

Mobicow merupakan media pengiklanan yang khasnya untuk pengguna telefon pintar. Ia merupakan satu program yang membayar publisher berdasarkan eCPM. Secara ringkasnya model eCPM akan membayar publisher bagi setiap 1000 impression. Kadar eCPM adalah antara US$0.29 hingga US$10 bergantung kepada lokasi.


Bagaimana cara daftar Mobicow?

1. First, korang bukak laman web Mobicow
2. Kemudian korang boleh register dengan klik sign up di bahagian bawah sekali 
3. Isikan nama, password, pengesahan password dan alamat emel sebenar anda 
4. Tunggu pengesahan atau semak email anda untuk kepastian. Kalau tak silap tempoh masa diperlukan dalam 1 jam.
5. Selepas itu, bukak emel tersebut dan copy paste link pengesahan yang disertakan dalam emel tersebut ke address bar pelayan internet anda. Tekan ENTER.
6. Sesudah itu bolehlah log in. Masukkan username dan kata laluan anda di ruang yang tersedia.
7. Isikan maklumat diperlukan seperti nama, alamat, no telefon dan alamat emel untuk pembayaran melalui paypal.
8. Pendaftaran anda sudah selesai.





0 comment... add one now