Resepi Nasi Ayam Paling Mudah dan Sedap!

Hari ni Lokman beralih ke arah sharing resepi masakan yang agak lama tak dikongsikan kepada anda. Ada la beberapa kerat resepi makanan yang pernah dikongsikan dalam blog ini.

Ini dia satu resepi masakan yang sangat disukai ramai oleh rakyat Malaysia iaitu resepi nasi ayam yang sedap dan mantap. Paling simple je nak buat.... Nak tahu apa rahsia resepinya....baca bagi hadam sampai habis! Saya maksud sedikit tips resepi masakan nasi ayam ini dari ibunda saya.

Resepi Nasi Ayam Paling Mudah dan Sedap!

CARA BUAT NASI AYAM YANG SEDAP DAN MUDAH

Bahan-bahan:

Cara memasak ayam :

→ Direbus
● Satu ekor ayam (dipotong 8)
● Dua ulas bawang putih , ditumbuk sehingga halus
● 2cm halia, ditumbuk halus
● 1 kiub ayam

Diperap
● Satu sudu besar kicap pekat
● Satu sudu besar sos tiram
● 1cm halia ditumbuk halus
● 2 Ulas bawang putih, ditumbuk halus
● Satu sudu besar kicap cair

Bahan untuk nasi 
● 3 cawan beras
● 4 cawan air rebusan ayam
● 1cm halia besar ditumbuk halus
● 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
● Sedikit garam
● 1 batang serai ketuk
● 1 kayu manis
● Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Cara membuat kuah kicap
● Air rebusan ayam
● Kicap manis cap kipas udang

Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih lepas itu angkat.

Cara membuat sos cili 
● 500gm cili merah
● 100gm halia
● 20ml minyak atau lemak ayam
● 10ml jus limau nipis
● Garam secukup rasa
● Gula secukupnya

Cara membuat kuah sup
● Garam
● Serbuk ayam
● Rempah sup bujut
● Daun bawang untuk tabur
● Bawang putih goreng untuk tabur

Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan serbuk ayam dan garam secukup rasa. Letakkan potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.

1 comment... add one now

Unni Anje Unni Anje November 05, 2016
Bila la ada masa nak buat ni.. harap beli je la.. huhuhuhu