Header Ads

SAPS Ibu Bapa Semakan Online Keputusan Peperiksaan Pelajar

SAPS Ibu Bapa Semakan Online Keputusan Peperiksaan | Korang tahu apakah itu SAPS Ibu Bapa? Pernah kah anak-anak anda cerita mengenai SAPS Ibu Bapa ini. Kalau nak tahu lebih lanjut baca artikel ini sampai habis.

Dalam era yang serba moden ini, keruntuhan akhlak remaja termasuk juga akademik anak-anak kita berpunca daripada sikap ibu bapa yang mengambil enteng tentang perihal pendidikan anak mereka. Kadang-kadang terlalu sibuk dengan urusan bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka dalam pengurusan masa dengan anak-anak.

SAPS Ibu Bapa Semakan Online Keputusan Peperiksaan Pelajar

Pernah terfikir bagaimana untuk memastikan anak-anak anda sentiasa cemerlang dalam akademik pelajaran dan masa depan mereka? Adakah anda ibu bapa yang pernah memantau atau hadir semak perkembangan akademik anak-anak di sekolah. Kalau masa penghalang anda untuk pergi cek di sekolah, kini anda perlu tahu bahawa boleh menyemak keputusan peperiksaan anak-anak di laman web online.

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan satu sistem aplikasi secara atas talian (online) bagi memudahkan atau membolehkan ibu bapa menyemak keputusan anak-anak mereka. Sistem ini adalah sistem SAPS Ibu Bapa yang direka bagi membolehkan keputusan peperiksaan atau ujian diakses dengan mudah untuk pelajar sekolah rendah iaitu darjah 1 hingga 6 dan sekolah menengah tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

SAPS Ibu Bapa Semakan Online Keputusan Peperiksaan Pelajar
Contoh keputusan peperiksaan melalui sistem SAPS Ibu Bapa.

Sebelum adanya sistem Semak Keputusan SAPS Ibu Bapa ini, ibu bapa perlu hadir ke sekolah anak-anak mereka untuk memeriksa keputusan aka setiap kali habis musim peperiksaan. Malah akan makan lebih masa, jika ibu bapa perlu bertemu guru untuk untuk mengetahui perkembangan akademik anak mereka.

Sistem SAPS ini juga turut dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada perkataan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dan NKRA iaitu National Key Result Area. Sistem ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan negara.

Cara mudah untuk memeriksa keputusan peperiksaan anak anda secara online, sila klik di sini SAPS Ibu Bapa untuk semak keputusan peperiksaan. Paling mudah anda digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi laman tidak dapat diakses.

Kenapa anda perlu akses menggunakan laman web ini kerana ia sangat cepatkan masa daripada anda layari dari website official yang akan menyukarkan proses semakan kerana server yang tidak dapat menampung pengguna yang turut layari dalam masa yang sama.

SAPS Ibu Bapa Semakan Online Keputusan Peperiksaan Pelajar
Lega kalau anak anda dapat keputusan sebegini.

Sebenarnya SAPS Semakan Ibu Bapa boleh diakses secara online, dan keputusan-keputusan peperiksaan yang boleh ibu bapa dapatkan daripada sistem ini iaitu dari pelajar darjah satu sehingga tingkatan lima. Malah, keputusan peperiksaan yang besar seperti UPSR, PT3 dan SPM juga akan dikemaskini ke dalam sistem SAPS NKRA ini.

Dengan adanya sistem ini, telah memudahkan dan meringankan bebanan ibu bapa untuk menyemak peperiksaan anak mereka. So, ibu bapa tidaklah akan ditipu lagi oleh anak-anak mereka seperti anak tipu tandatangan buku rekod, anak sorok keputusan peperiksaan dan lain-lain lagi.

Jika anda rasa artikel ini memberi manfaat kepada semua, boleh kongsikan di laman sosial untuk memudahkan ibu bapa tahu akan perihal sistem SAPS ini. Semoga ia dapat membantu anda.

1 comment:

  1. Bagus artikel ini. Zaman skrg ni semua dihujung jari, mudah, cuma nak dengan tak nak je.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.