VISITOR or READER? Siapa Pembaca Blog Anda!

Assalamualaikum...pengomen tegar atau pembaca blog ini! Salam kunjung kepada anda di blog berinformasi. Apa yang anda cari ini... kalau sudi baca selanjutnya.

VISITOR OR READERS?

Hari ni saya nak kritik sedikit tentang blog. Bunyi macam serius saja. Hahaha!!! Pernah korang terfikir, siapakah pelawat blog anda? Adakah reader or visitor or scammer????
Adakah reader dari kalangan Blogger, Orang Luar, atau Stalker?

VISITOR or READER? Siapa Pembaca Blog Anda!

šŸ‘‰ Pengomen Tegar
šŸ‘‰ Pembaca Setia
šŸ‘‰ Pembaca Stalker
šŸ‘‰ Pembaca Cari Topik
šŸ‘‰ Pengejar Follower

Dalam senarai yang saya listkan, yang mana satu status anda sekarang? Okay saya akan huraikan satu demi satu kesemuanya itu.

1. Pengomen Tegar

Untuk golongan ini kadang-kadang boleh klasifikasikan mereka pembaca yang setia. Rata-rata golongan ni hanya geng blogger. Sebab kenapa? Pengomen tegar sebenarnya mereka ini golongan ingin menonjolkan diri atau kata sopan ingin bertanya dan memberi pendapat. Dengan lebih mudah mereka mahu untuk berkenalan dan ingin blog si fulan jejak semula ke blog mereka. Dari situ kedua-duanya dapat kebaikan backlinks dan trafik blog juga akan meningkat. So, jangan jadi silent reader yang hanya singgah dan tidak tinggalkan sebarang komen. Golongan ini SOMBONG!

2. Pembaca Setia

Buat golongan ini pula, mereka sentiasa ingin menanti kemaskini dari si penulis blog itu. Walaupun topik macam tak ada apa pun, mereka tetap kunjung dan baca. Golongan pembaca setia ni sepatutnya kena appreciate sebabnya mereka ini akan memberi kekuatan kita untuk menulis aka penyumbang trafik blog anda.

VISITOR or READER? Siapa Pembaca Blog Anda!

3. Pembaca Stalker

Golongan pembaca atau penghobi stalker ni paling RARE! Mereka ini dianggap pembaca setia juga, sebabnya kalau tak update pun mereka tetap kunjung blog kita. Tapi, risau juga takot2 pembaca stalker ni peminat si fulan blog itu. HEHEHE!!!

VISITOR or READER? Siapa Pembaca Blog Anda!

4. Pembaca Cari Topik

Golongan ini lebih ke arah pelawat. Maknanya orang luar atau lebih mudah bukannya dari golongan blogger. Mereka ini akan menaip di search engine, contohnya topik yang mereka cari seperti HARGA TIKET LEGOLAND MALAYSIA, so kalau entri berkaitan anda berada di page pertama Google secara directly mereka akan singgah dan baca blog anda. Golongan ini sangat membantu trafik kita, sebab itu korang patut karang ayat yang tiptop dan useful. Golongan ini saya kredit paling banyak melawat blog lokmanamirul.com.

VISITOR or READER? Siapa Pembaca Blog Anda!

5. Pengejar Follower

Golongan ini sepatutnya tak jauh-jauh. Apa yang saya pernah lihat, hanya tinggalkan jejak di kotak Shoutbox. Mereka akan tinggalkan jejak dengan kata "saya dah follow awak, follow saya balik". Nampak sopan, tapi sebenarnya KURANG AJAQ! Golongan ini artikel yang anda publish pun tak pandang, serius ni saya pasti, dengan kata lebih kasar hanya cari publisiti nak kejar follower. Kalau follower ramai pun kalau entri sampah tak ada gunanya. Hahaha....

Semoga perkongsian yang tak seberapa ini dapat membuka hati anda menilai diri yang mana satu anda masa kini. Adakah hanya visitor atau pun pembaca. Tepuk dada tanya ...

3 comments.. read them below or add one

Reen Johari Reen Johari November 04, 2016
Sokong bab ramai followers tapi entry.. Adoi. Kadang tu malas nak layan. Reen nak tanya awak sikit.. Boleh? Awak ada buat auto iklan ke?

Contohnya.. Dah beberapa kali Reen singgah blog awak guna hp, bila nak scroll.. Automatic open new page. 1 page yang dh dibuka klua iklan.. Untuk new page klua topic yg sy nak baca..
Unni Anje Unni Anje November 04, 2016
unni tak reti singgh cbox or shouxbox.. hihihihi.. btw Unni suke blog lokman sebab bnyk infomasi2 yang unni tak tau langsung!! hihihi
anajingga anajingga November 05, 2016
ikutkan blog AJ kebanyakkan dari organik trafik, namun Alhamdulillah sahabat blogger juga sudi singgah setiap hari bersilih ganti :)