Aktiviti Menarik dan Harga Tiket di Legoland Malaysia

Korang pernah pergi bercuti di Legoland Malaysia? Aktiviti apa yang menarik di sana? Best ker... mahal ke tak harga tiketnya... tahu di mana lokasi Legoland Malaysia? Kalau yang belum pernah pergi ke Legoland Malaysia Resort di Johor, buat persiapan untuk bawa anak-anak anda ketika cuti sekolah ini. Lebih-lebih lagi ada promosi potongan harga, sudah pasti anda tak akan lepas peluang ini.

Aktiviti Menarik dan Harga Tiket di Legoland Malaysia

Maklumat Lokasi Legoland Malaysia
~ Lokasi : Iskandar Puteri, Johor, Malaysia

Harga Tiket Legoland

Water Park + Theme Park
●Dewasa (12-59) : RM225
●Kanak-kanak : RM180

ThemePark
●Dewasa : RM180
●Kanak-kanak (3-11) : RM145

Water Park
●Dewasa : 122
●Kanak-kanak : 101

Tips tambahan:

1. Umur 60 ke atas atau warga emas harga sama seperti kanak-kanak.
2. Kanak-kanak bawah 3 tahun harga tiket percuma tapi dikenakan RM11 jika masuk dalam Water Park dan diberikan dua swimming diapers.

* Harga yang dinyatakan tertakluk kepada perubahan.

Tarikan Aktiviti Legoland Malaysia Resort

Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik telah disediakan di Legoland Johor, terbahagi kepada dua iaitu Legoland Theme Park dan Legoland Water Park;

1. Legoland Theme Park

● Miniland - Bangunan mercu tanda yang dibina dengan Lego Bricks.
● Lego Kingdoms - Sebuah kota yang mempunyai permainan menarik seperti roller-coaster, pertunjukan dan lain-lain.
● Lego City - Berbagai-bagai permainan menarik yang disediakan untuk kanak-kanak.

And many more....

Aktiviti Menarik dan Harga Tiket di Legoland Malaysia

2. Legoland Water Park

● DUPLO® Splash Safari - Permainan air untuk kanak-kanak di bawah usia 5 tahun.
● Twin Chasers - Gelongsor air berkembar yang sangat mengujakan pengunjung.
● Build-A-Raft River - Membina rakit menggunakan Lego Bricks dan melepaskannya di Lazy River.

And many more...

Aktiviti Menarik dan Harga Tiket di Legoland Malaysia

Menarik kan... banyak aktiviti yang anda boleh lakukan khususnya untuk kanak-kanak. Golongan dewasa lebih cenderung kepada permainan roller coaster dan gelongsor air manakala kanak-kanak lebih kepada permainan Lego.

Semoga cuti persekolahan ini akan lebih bermakna kalau anda bawa anak-anak ke Legoland Malaysia di Johor. Anda boleh tempah saja hotel berdekatan yang ada di Legoland. Peringatan! Harga tiket Legoland lebih murah jika anda menempah lebih awal atau mengambil pakej lebih dari sehari. Jika anda mahu maklumat lanjut tentang harga tiket, boleh layari booking tiket Legoland online.

2 comments.. read them below or add one