3 Pomade Terbaik Malaysia Untuk Gaya Rambut Pompadour

Pernah pakai pomade bagi lelaki? Tahu pomade terdapat dua jenis iaitu water-based and oil-based. Yang mana satu pomade pilihan anda untuk menggayakan rambut anda?

Untuk pengetahuan anda, munculnya trend atau gaya rambut jenis pompadour telah memberi inpirasi dan membuka peluang kepada syarikat luar sana menjadikan pomade sebagai medan komersial masa kini. Tahu apa gaya rambut pompadour?

3 Pomade Terbaik Malaysia Untuk Gaya Rambut Pompadour

3 Pomade Terbaik Malaysia Untuk Gaya Rambut Pompadour

Rambut 'pompadour' yang merupakan gaya rambut Raja Rock & Roll 1950-an dan 1960-an iaitu Elvis Presley. Masa kini, style rambut ini telah jadi pilihan buat selebriti di Hollywood seperti Justin Timberlake, Shawn Mendes menggayakan rambut pompadour.

Untuk artikel kali ini, saya ingin kongsikan kepada anda 3 jenis pomade buatan Malaysia yang terbaik jadi pilihan saya mengikut kesesuaian rambut yang lurus dan sederhana panjang.

1. Jadioc Pomade

3 Pomade Terbaik Malaysia Untuk Gaya Rambut Pompadour

Jadioc pomade adalah pilihan pertama saya buat masa kini. Kenapa jadioc jadi pilihan? Antaranya jadioc pomade akan kelihatan rambut berkilat, segar dan sesuai untuk dibawa solat. Ia jenis water-based iaitu tidak berminyak dan mudah dicuci. Saya yakin rambut yang kerinting atau tebal mampu menggayakan rambut dengan menggunakan jadioc pomade.

2. Hipster Pomade

3 Pomade Terbaik Malaysia Untuk Gaya Rambut Pompadour

Hipster Pomade adalah jenis oil-based pomade buatan Malaysia yang agak sesuai bagi rambut yang lurus kekal kelihatan basah dari pagi hingga malam. Terdapat tiga pilihan bau pomade itu antaranya seperti apple, vanilla dan mix berries yang wangi. Tak caya try anda pakai...serius sangat wangi!

3. Skull Republic Pomade 

3 Pomade Terbaik Malaysia Untuk Gaya Rambut Pompadour

Skull pomade labelnya kelihatan agak ganas, di mana ia jenis waterbased heavy hold pomade. Skull Republic pomade sesuai yang jenis ingin menggayakan rambut pampadour atau undercut.

Semoga informasi ini memberi anda pilihan untuk memilih yang mana satu terbaik untuk anda.


1 comment... add one now

Unni Anje Unni Anje November 06, 2016
Banyak da org jual macam.. dulu ingt gula2.. ingt time kecik2 gula2 tmpat tin mcm ni..hahahah