Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku Slot Akasia TV3

Nantikan tayangan drama terbaru dalam Slot Akasia TV3 iaitu Drama 7 Hari Mencintaiku yang diadaptasi dari sebuah novel karya asal oleh Siti Rosmizah. Drama ini bakal dilakonkan oleh watak utama iaitu Shukri Yahya sebagai Khuzairi dan Siti Saleha sebagai Mia Ardiana, di mana turut dibantu oleh Faye Khusairi, Wan Sharmila dan ramai lagi.

Drama bersiri 7 Hari Mencintaiku yang berjadual bermula pada 7 November 2016 ini akan bersiaran selama 28 episod yang diarahkan oleh Jamal Khan. Jangan lepas peluang saksikan drama ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 6.58 di TV3.

Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku Slot Akasia TV3

Senarai Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku

1. Shukri Yahya sebagai Khuzairi
2. Siti Saleha sebagai Mia Ardiana
3. Faye Khusairi sebagai Syakila
4. Ungku Hariz sebagai khalil
5. Wan Sharmila sebagai Sofi
6. Shazwan Zulkifly sebagai Helmi
7. Zila Bakarin sebagai Datin Hayati

dan ramai lagi...

Baca jugaBiodata Siti Saleha Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku

Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku Slot Akasia TV3

Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku

Kisah ini bermula Khuzairi (Shukri Yahya) yang mencintai Mia Ardiana (Siti Saleha) yang sombong membuatkan dia malu untuk meluahkan perasaannya. Masa berlalu, Mia kini seorang peguam dan tunangan kepada sepupu sendiri yang bernama Khalil.

Oleh kerana hutang papa Khalil, mereka dijodohkan. Namun pada hari pernikahan, Khalil tidak kunjung tiba. Demi menutup malu, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi yang selama ini dia beranggapan lelaki itu mamat kampung dan berfikiran kolot.

Tatkala, Mia sedar akan kesilapannya dia mendapat perkhabaran yamg suaminya bakal berkahwin dengan Syakila(Faye Khusairi). Mia nekad memikat hati suaminya dalam 7 hari dengan bantuan bapa mertua dan sepupunya Sofie. Adakah Mia berjaya memikat hati suaminya kembali, anda saksikan drama 7 Hari Mencintaiku di TV3 pada jam 6.58 petang.

Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku Slot Akasia TV3

3 comments.. read them below or add one

Unni Anje Unni Anje November 06, 2016
macam best pulak.. tapi xda tv.. haahahaha
ayunie ramli ayunie ramli November 06, 2016
Khuzairi lg namenya --' tp tkpelah, sbb mek suka shukri yahya :)
husna zahidi husna zahidi November 06, 2016
husna ada novel dya! rasa macam nak baca balik je.. huhuhu..