Contoh Surat Berhenti Kerja Mudah Dan Terbaik Dalam Bahasa Malaysia

Kali ini penulis ingin berkongsi dengan anda cara bagaimana untuk menulis surat rasmi berhenti kerja yang mudah dan ringkas serta terbaik. Contoh surat rasmi berhenti kerja atau notis perletakan jawatan dalam bahasa Malaysia dikongsi dalam artikel ini.

Anda berhasrat berhenti kerja (resign letter) dan memerlukan surat berhenti kerja yang mudah, ringkas dan padat. Ada juga yang tidak tahu untuk menulis surat berhenti kerja. Berikut adalah panduan untuk anda, contoh surat rasmi notis berhenti kerja dalam bahasa Malaysia yang merangkumi notis perletakan jawatan sama ada 24 jam atau pun sebulan dan sebagainya.


Contoh surat berhenti kerja mudah dan ringkas dalam bahasa Malaysia

CONTON 1 (PERLETAKAN JAWATAN)

Muhammad Bin Ghazali,
Akauntan eksekutif,
Seri Flower Hotel,
09012 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman
                                                    1 JUN 2016


Tuan,

PERLETAKAN JAWATAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Saya Muhammad bin Ghazali bertugas sebagai Eksekutif Akaun di Seri Flower Hotel ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang notis perletakan jawatan saya selama sebulan bermula 1 Jun 2016.

3.   Untuk makluman pihak tuan, perletakan jawatan ini disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yamg baru.

4.   Saya ingin juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak syarikat kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan pihak tuan.

5. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat memberi pertimbangan sewajarnya dan segala kerjasama di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

.............................
(MUHAMMAD BIN GHAZALI)
Eksekutif Akaun,
Seri Flower Hotel.


CONTOH 2 (NOTIS BERHENTI KERJA)

MANSOR BIN SHAFIE
NO 37, JALAN PERMAI
PERMAI INDAH,
09672 SIK,
KEDAH DARUL AMAN

TSO SDN BHD,
LOT 6, JALAN UBI BATANG,
09000 KULIM,
KEDAH DARUL AMAN

9 JULAI 2016


Tuan,

PERKARA : NOTIS BERHENTI KERJA

Merujuk kepada perkara di atas, saya Mansor bin Shafie ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya akan meletakkan jawatan di syarikat bermula 9 Ogos 2016.

2.  Saya berbuat demikian kerana ingin menyambung pelajaran di universiti tempatan.

3.  Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini dan segala jasa baik serta kerjasama dari pihak tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

...........................
(MANSOR BIN SHAFIE)
NO. K/P : ......................

Semoga contoh surat berhenti kerja yang mudah dan ringkas mengikut format yang betul ini boleh dijadikan panduan buat anda semua dalam mengarang surat kiriman rasmi.

2 comments.. read them below or add one

ayunie ramli ayunie ramli November 07, 2016
aa, senang kan. tk payah nk pnjg sgt. ni cliche je lebih.