Resepi sup ayam simple dan sedap

Resepi sup ayam simple dan sedap 
Tengah malam ni aku nak kongsi resepi Sup Ayam simple dan sedap okay? Masakan orang bujang ja...Jom belajar buat sup ayam ini mudah je sekejap da boleh siap. Korang lihat di bawah ni.
resep
Bahan Bahan Memasak:
Separuh ayam
2 biji kentang potong empat
Sebiji lobak segar dipotong 4 dipotong besar
1 bunjut sup
1 biji bawang besar dipotong nipis
5 biji bawang putih diketuk-ketuk
2 inci halia racip halus
Air secukupnya
Cara Caranya:
1. Masukkan kesemua bahan tadi kecuali daun sup ke dalam periuk dan panaskan api.
2. Apabila sudah menggelegak, masukkan sedikit garam dan penambah perasa. Kacau sehingga rata.
3. Teruskan memasak sup tersebut menggunakan api sederhana perlahan sehingga ayam dan kentang empuk.
4.  Akhir sekali masukkan daun sup dan kacau rata.
5. Sedia untuk dihidangkan. Boleh juga letak bawang goreng untuk menambah sedap.

Mudah kan? So, bagi macam saya hidup sorang pelajar ipt makan ni paling mudah disediakan dan ringkas. 

1 comment... add one now