Cara Semakan Baki PTPTN Secara Online dan SMS

Cara Semakan Baki PTPTN Secara Online dan SMS |Pernah anda membuat pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)? Kalau anda seorang siswazah atau pelajar mesti tak akan terlepas daripada meminjam pinjaman PTPTN kecuali keluarga yang berharta. Jika anda pernah pinjam, sudahkah anda melunaskan hutang semula? Atau anda telah bayar tapi lupa atau tak ingat berapakah jumlah baki pinjam yang sudah dilunaskan atau belum dibayar.

Anda jangan risau, sebabnya pada masa sekarang PTPTN telah menyediakan servis kemudahan semakan PTPTN secara online dan SMS buat peminjam yang ingin menyemak semula atau mengetahui jumlah baki pinjaman PTPTN dengan mudah dan pantas. Tahu kenapa pentingnya bayar semula PTPTN? Kalau anda tidak membayar pinjaman PTPTN, berkemungkinan nama anda akan disenaraihitamkan "blacklist" oleh mana-mana bank melalui CCRIS.

Cara Semakan Baki PTPTN Secara Online dan SMS

Cara Semak Baki PTPTN Secara Online dan SMS

Semak Secara Online:

1. Anda hanya klik https://epay.ptptn.gov.my/penyata/index.html.

2. Masukkan nombor kad pengenalan, nombor pinjaman PTPTN dan tekan butang "SEMAK".

Semak melalui SMS:

1. Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN

2. Hantarkan ke 15888

Setiap SMS akan dikenakan caj penghantaran sebanyak RM0.15 manakala cas penerimaan dikenakan sebanyak RM0.20.

Cara Semakan Baki PTPTN Secara Online dan SMS

Untuk pengetahuan anda juga, kerajaan telah mengumumkan dalam Bajet 2017 bersetuju untuk memberikan insentif diskaun bayaran sebanyak 15% berkuatkuasa mulai 22 Oktober 2016 sehingga akhir tahun 2017 yang bertujuan agar peminjam bayar balik pinjaman PTPTN.

Untuk makluman lanjut, anda boleh hubungi PTPTN melalui talian hotline 03-20804455 atau layari akaun Twitter rasmi PTPTN di https://twitter.com/twitptptn.

Baca juga: Semakan Status Kawalan Imigresen Ke Luar Negara

Diharapkan artikel ini dapat membantu kepada para peminjam untuk mengetahui cara membuat semakan baki PTPTN dengan mudah dan cepat tanpa menghabiskan masa anda. Mudah-mudahan peminjam buat bayaran semula dengan secepat mungkin agar tidak disenaraihitamkan nama.

2 comments.. read them below or add one

Laura Jacobs Laura Jacobs November 25, 2016
Hello,
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)