Header Ads

Syarat Permohonan Pinjaman PTPTN 2017

Syarat Permohonan Pinjaman PTPTN 2017|Anda telah diterima untuk melanjutkan pelajaran ke universiti atau politeknik tahun 2017? Anda ingin memohon pinjaman pendidikan PTPTN? Sebelum membuat permohonan pinjaman PTPTN, pastikan IPT dan kursus yang dipilih adalah berdaftar dengan PTPTN. Bagi anda yang menghadapi kesukaran untuk membayar yuran pengajian atau kos sara hidup anda, rasanya pinjaman PTPTN adalah paling sesuai kerana kadar bunga yang rendah berbanding pinjaman yang lain.

Syarat Permohonan Pinjaman PTPTN 2017

Dengan adanya pinjaman ini, sudah pastinya sangat membantu bagi golongan yang kurang berada untuk melihat anak mereka berjaya ke menara gading. Bagi anda yang ingin memohon pinjaman PTPTN, pastikan memenuhi kriteria atau syarat kelayakan pinjaman PTPTN tahun 2017 seperti di bawah.

Syarat Permohonan Pinjaman PTPTN 


Berikut adalah syarat kelayakan permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN ;

1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon.

3. Mendapat tawaran ke IPTA atau IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh MQA.

4. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada KPM dan berdaftar dengan PTPTN.

5. Baki tempoh pengajian ketika membuat permohonan hendaklah tidak kurang daripada satu tahun.

6. Tiada penaja lain.

7. Telah membuka akaun SSPN-i.

Contoh Pengiraan Kadar Bunga PTPTN 



Okay dah faham syarat kelayakan permohonan pinjaman PTPTN?

Baca juga : Semakan Permohonan PTPTN Secara Online

Bagi anda yang berkelayakan boleh terus memohon pinjaman pendidikan PTPTN untuk pengajian tahun 2017. Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin dapatkan maklumat lanjut boleh hubungi PTPTN HOTLINE di talian 03- 2193 3000.

Semoga perkongsian ini membantu mereka yang ingin memohon pinjaman PTPTN dengan mengetahui terlebih dahulu syarat permohonan pinjaman PTPTN 2017. Anda boleh bookmark page ini. Terima kasih sudi membaca artikel ini.

1 comment:

Powered by Blogger.