Header Ads

Syarat Permohonan Pinjaman MARA Terkini 2017

Syarat Permohonan Pinjaman MARA Terkini 2017|Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran sudah tentu sebelum pergi ke tempat pengajian terpilih perlu memikir dulu tentang institusi dan kos yang perlu ditanggung sepanjang pengajian. Setiap bidang yang dipilih mestilah berkaitan dengan minat dan kelayakan yang kita ingin ceburi. Contoh paling dekat adalah aku sendiri yang minat dalam bidang kejuruteraan awam. Lihat ini juga : SYARAT PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN

Syarat Permohonan Pinjaman MARA Terkini 2017

Bagi aku selain kos pengajian, kos sara diri juga adalah satu faktor yang perlu diambilkira. Hal kerana kita memerlukan wang yang mencukupi untuk menyara hidup di institusi pengajian tinggi. Mujurlah kini kerajaan telah menyediakan pelbagai platform untuk pinjaman pembiayaan pelajaran. Pada masa ini, terdapat dua pemberian pinjaman iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Kebanyakan IPTA menyediakan pinjaman PTPTN sebagai platform untuk pembayaran yuran pengajian. Namun pinjaman MARA lebih kepada IPTS dan institusi di bawah MARA seperti contoh UniKL, KolejMara dan Polytech. Artikel ini aku akan lebih fokuskan tentang pinjaman pembiayaan MARA. Disini aku kongsikan syarat-syarat permohonan pinjaman MARA yang setiap pemohon perlu ketahui sebelum membuat pinjaman.

Syarat Permohonan Pinjaman MARA


Berikut adalah syarat kelayakan pinjaman MARA terkini bagi tahun 2017. Syarat ini terbahagi kepada dua iaitu syarat AM dan syarat akademik ;

Syarat Kelayakan AM


1. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berketurunan Melayu / Bumiputera Sabah / Sarawak dan warganegara Malaysia.
2. Memenuhi syarat kelayakan bagi permohonan pengajian dengan merujuk untuk syarat kelayakan akademik.
3. Pemohon belum mempunyai kelayakan akademik setaraf dengan pengajian yang dipohon.
4. Pemohon belum mendapat lagi bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
5. Ibu / Bapa / Penjaga pelajar bebas daripada senarai hitam atau tindakan undang-undang MARA.
6. Pemohon mestilah lulus dalam matapelajaran bahasa Melayu di peringkat SPM.

Syarat Kelayakan Akademik


Berikut adalah merujuk kepada program pengajian peringkat Diploma sahaja ;

Bagi lepasan SPM/ Sijil/ SKM/ STPM/ STAM ;

SPM
● 4 kredit termasuk Matematik dan Sains bagi program teknikal.

Sijil
● Lulus institusi pendidikan MARA : CGPA >2.00

STPM
● CGPA >2.50

STAM
● Lulus

Syarat Kelayakan Pendapatan 


√ Pendapatan bercukai ibubapa tahunan jenis bantuan RM80,000.00 tidak layak.

Inilah antara syarat-syarat kelayakan pinjaman MARA mengikut ketetapan semasa dan tertakluk kepada perubahan yang ditentukan oleh MARA. Jika anda ingin dapatkan biasiswa pendidikan yang lain, anda boleh rujukan menerusi laman web ini KLIKSINI.

Dengan ada informasi Syarat Permohonan Pinjaman MARA Terkini 2017, semoga dapat membantu mereka yang ingin membuat pinjaman MARA untuk lanjutan pengajian anda dengan mudah.

4 comments:

  1. terima kasih untuk info ini

    ReplyDelete
  2. best pinjaman dengan MARA.. tak tertekan macam PTPTN..

    ReplyDelete
  3. Halo,
    Ini adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa Puan Anita Jones, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% kepada individu, firma dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (anitajones154@gmail.com)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.