Semakan Status Kawalan Imigresen Ke Luar Negara

Adakah pernah anda merancang untuk bercuti ke luar negara? Sebelum itu pastikan nama anda tidak disenarai hitam (blacklist) yang dikeluarkan oleh PTPTN, LHDN, PDRM dan perintah mahkamah. Individu yang diisytiharkan bankrap atau muflis dan tidak membayar pinjaman pendidikan adalah yang paling ramai disenarai hitam.

Untuk pengetahuan anda, Jabatan Imigresen Malaysia telah menyediakan kemudahan kepada warganegara Malaysia yang ingin menyemak status senarai hitam Imigresen dan PTPTN secara online atau semakan status kawalan imigresen untuk perjalanan ke luar negara.

Semakan Status Kawalan Imigresen Ke Luar Negara

Cara Semakan Status Senarai Hitam Imigresen Secara Online

Berikut cara membuat semakan senarai hitam 'blacklist' imigresen secara online, boleh buka aplikasi ini di bawah.

Layari ke laman web 👉 Semakan Blacklist Online

Masukkan 'No Kad Pengenalan' dan tekan butang 'Semak'.

Jika keputusan semakan anda memaparkan 'Tiada halangan', maknanya tidak dihalang daripada meninggalkan negara ini.

Semakan Status Kawalan Imigresen Ke Luar Negara

Semoga sistem aplikasi yang disediakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia telah membuatkan rakyat Malaysia mudah membuat semakan status senarai hitam imigresen ke luar negara menerusi secara online.

Baca juga :
SAPS Ibu Bapa Semakan Online Keputusan Peperiksaan Pelajar
Kadar Insentif Diskaun Bayaran Pinjaman PTPTN 2016-2017

Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia

2 comments.. read them below or add one

Unni Anje Unni Anje November 09, 2016
wah!!nice info thks lokman