Kadar Insentif Diskaun Bayaran Pinjaman PTPTN 2016/ 2017

Kadar Insentif Diskaun Bayaran Pinjaman PTPTN 2016/ 2017 | Berkuatkuasa mulai dari 22 Oktober 2016 hingga Disember 2017, kerajaan telah bersetuju dalam pembentangan Bajet 2017 untuk memberikan insentif berbentuk diskaun dari 10% hingga 15% kepada peminjam PTPTN yang masih mempunyai hutang pinjaman pelajaran yang tertunggak baki pinjaman PTPTN.

Kadar Insentif Diskaun Bayaran Pinjaman PTPTN 2016/ 2017

Secara dasarnya, tujuan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menggalakkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik secara penuh, separuh atau pun melalui potongan gaji. Ini dek kerana ramai peminjam PTPTN tidak melunaskan semula bayaran PTPTN dengan kadar segera selepas mereka tamat pengajian dan mendapat kerja tetap.

Kadar Insentif Diskaun Bayaran Pinjaman PTPTN 2016/ 2017

Diskaun PTPTN Bayaran Balik Dari 22 Oktober 2016 Hingga Disember 2017

Berikut senarai insentif Diskaun PTPTN Bayaran Balik yang dibentangkan dalam Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 adalah seperti ;

- 15% atas baki hutang bagi penyelesaian penuh
- 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
- 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik

Baca juga: Semakan Baki PTPTN Secara Online dan SMS

Semoga pemberian insentif diskaun bayaran balik PTPTN ini dapat membantu kepada peminjam PTPTN meringankan beban mereka untuk membuat pembayaran kadar segera dan mengikut jadual.

3 comments.. read them below or add one

ayunie ramli ayunie ramli Oktober 30, 2016
Mih mih .. Bile nk lgsai ni..
Unni Anje Unni Anje Oktober 30, 2016
Mohon copy paste kat blog Unni... TY lokman..