Permohonan Lesen Memandu Vokasional (GDL , PSV , Konduktor)

Mempunyai lesen D (kereta) bukan bererti anda boleh memandu semua jenis kenderaan atau kereta. Kenderaan van dan lori kepunyaan syarikat tidak boleh dipandu jika anda tidak mempunyai lesen vokasional seperti GDL, PSV dan Konduktor.

Permohonan Lesen Memandu Vokasional (GDL , PSV , Konduktor)

Lesen Memandu Vokasional adalah lesen memandu khas untuk pemandu kenderaan komersial seperti van muatan berat dan lori dan kenderaan perkhidmatan awam seperti bas, teksi dan van penumpang.

Permohonan Lesen Memandu Vokasional (GDL, PSV dan Konduktor)

Berikut cara permohonan untuk mendapatkan lesen vokasional  (GDL, PSV dan Konduktor) boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ Negeri dan Cawangan sahaja:

Kelayakan bagi permohonan Lesen Vokasional

● Telah lulus pemeriksaan perubatan sebagaimana diisyaratkan
● Telah menghadiri kelas teori dan latihan amali sebagaimana diisyaratkan
● Lulus ujian teori dan amali sebagaimana diisyaratkan

Dokumen yang diperlukan

● Mykad/Pasport asal atau salinan Mykad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil
● Pengenalan diri asal wakil
● Lesen Memandu Kompeten (CDL) asal
● Borang JPJL8A
● Borang JPJL12
● Sijil JPJL2C
● 1 Gambar warna berlatar putih berukuran 25mm x 32mm
● Bayaran RM20.00

Semoga informasi ini memberi pengetahuan kepada yang ingin memohon lesen memandu Vokasional seperti GDL, PSV dan Konduktor. Nak dapat info lebih lanjut layari www.jpj.gov.my.

1 comment... add one now

Unni Anje Unni Anje Oktober 31, 2016
lesen biasa pun Unni xde lagi :(