Header Ads

Cara Undi Faiz Subri Tersenarai 10 Calon Anugerah Puskas FIFA 2016

Cara Undi Faiz Subri Tersenarai 10 Calon Anugerah Puskas FIFA 2016 | Masih ingat sepakan percuma lencongan yang unik dari tendangan Faiz Subri yang telah jadi viral di sosial media termasuk di luar negara sewaktu beraksi bersama Pulau Pinang ketika menentang Pahang dalam Liga Super Malaysia 2016? Nama pemain tengah Pulau Pinang iaitu Faiz Subri kini tercalon untuk memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 yang telah diumum mulai pada 21 November 2016.

Gol hasil sepakan yang melengkung "knuckleball" dari jarak kira-kira 32 meter telah masuk gawang gol pasukan Pahang sehingga namanya trending di Twitter termasuklah akhbar-akhbar di luar negara. Ini membuatkan pertama kali pemain dari Malaysia mendapat pengiktirafan tersenarai Top 10 FIFA Puskas Award 2016.

Pautan: Faiz Subri Dinobatkan Pemain Terbaik Bulan Februari


Cara Undi Faiz Subri Tersenarai 10 Calon Anugerah Puskas FIFA 2016

Hasil jaringan yang miracle itu dari Faiz Subri telah menaikkan nama negara Malaysia khususnya pasukan Pulau Pinang, di mana Faiz Subri tercalon 10 penjaring gol terbaik dunia dalam Anugerah Puskas FIFA 2016. Beliau bakal berdepan bintang bolasepak dunia iaitu Lionel Messi dan Neymar yang turut dicalonkan.

10 Calon Penjaring Gol Tercantik Dunia Dalam Anugerah Puskas FIFA 2016

Berikut senarai 10 calon penjaring gol tercantik dunia dalam Anugerah Puskas FIFA 2016:

Cara Undi Faiz Subri Tersenarai 10 Calon Anugerah Puskas FIFA 2016

1. Mario Gaspar - Spain

2. Lionel Messi - Argentina

3. Neymar - FC Barcelona

4. Faiz Subri - Pulau Pinang

5. Hlompho Kekana - South Africa

6. Saul Niguez -Spain

7. Hal Robson-Kanu - Wales

8. Daniuska Rodriguez - Venezuela

9. Simon Skrabb - Atvidabergs FF

10. Marlone - Corinthians

Peminat-peminat bola sepak negara boleh mengundi jaringan gol Mohd. Faiz Subri melalui laman web www.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/ yang sedang berlangsung sebelum keputusan terakhir diumumkan pada 2 Disember 2016 untuk tersenarai dalam tiga pencalonan terbaik Anugerah Puskas FIFA.

3 comments:

  1. foyooo messi..ok jum undi [ wlpun x minat bola dan tak tau apa2 }

    ReplyDelete
  2. lupa lak, nak buat entry pasal ni.. mohon copy :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.