Header Ads

Gol sepakan percuma lencong Faiz Subri seakan-akan tendangan Roberto Carlos



Jaringan gol cantik oleh pemain Pulau Pinang menjadi bualan media bola sepak seluruh dunia. Laman sesawang terkenal seperti Daily Mirror, SB Nation, 101goals antara yang menyiarkan video mengenai jaringan gol pemain berusia 28 tahun itu.

Ada yang membandingkan sepakan percuma itu dengan jaringan dibuat Roberto Carlos pada tahun 1996 bersama Brazil. Netizen turut rancak memperkatakan gol itu dilaman sosial.

Lebih membanggakan apabila laman media sukan dunia bersetuju gol Faiz Subri layak dinobat sebagai pemenang Anugerah Puskas 2016.

Mirror UK berkata bahawa gol Subri seperti menentang hukum fizik dan tidak logik sama sekali. Pulau Pinang dihadiahkan sepakan percuma pada minit 62 dan disempurnakan Subri dari jarak 35 meter.



No comments

Powered by Blogger.