Header Ads

12 Hot Niche Buat Duit Online Dengan Google Adsense

12 Hot Niche Buat Duit Online Dengan Google Adsense | Sudah hampir masuk 4 tahun admin giat aktif dalam arena blogging ini. Pelbagai cabaran dan rintangan telah lalui termasuk juga dengan beberapa pencapaian yang telah dikecapi. Bagaimana pula dengan anda? Adakah hanya melalui blogging sahaja anda dapat menjana pendapatan secara pasif? Sebenarnya dalam entri ini admin akan sentuh bab mengenai Google Adsense. Rasanya tak perlu admin cerita kan apa itu Google Adsense. Sebut saja blogger atau webmaster atau marketing rasanya semua tahu mengenai Google Adsense.

12 Hot Niche Buat Duit Online Dengan Google Adsense

Jika ketika dahulu ramai publisher Adsense lebih mementingkan keyword atau kata kunci yang bernilai tinggi misalnya insurans, mortgage, loans, trading dan sebagainya. Kini, rasanya pemilihan niche terhadap satu blog perlu dititikberatkan kerana Google kini lebih mementingkan visitors organic dari enjin carian.

Kenapa pemilihan niche penting untuk buat duit dengan Adsense?

....

Bagi anda yang benar-benar nak buat duit dengan blog melalui pengiklanan Adsense, jawapannya di bawah ini ... Sebab bukan semua blog boleh buat duit.

Jadi sekarang admin akan kongsikan pemilihan hot niche untuk buat duit Google Adsense dengan mudah. Rasanya ramai yang dah kongsi info yang sama tentang hal ini tetapi setiap penyampaian adalah berbeza.

Thats TRUE...?

Hot Niche Buat Duit Online Dengan Google Adsense 


1. Blog Kerjaya

Blog kerjaya atau sinonim dengan jawatan kosong adalah antara blog mudah yang anda boleh bangunkan. Sebenarnya anda perlu peka tentang kerja kosong terkini sama ada kerajaan mahupun swasta. Untuk lebih mudah, anda boleh lihat beberapa blog jawatan kosong yang lain misalnya maukerjaya.my, ohjob.info, gkerjaya.com sebagai panduan untuk anda menulis dalam blog.

Tambahan pula, jika ada page jawatan kosong di FB lebih mudah orang ramai tahu tentang jawatan kosong terkini. Jika ada sharing itu satu bonus bagi anda. Secara tak langsung penyumbang kepada trafik web anda dan income pengiklanan yang ada.

Selain itu, anda juga boleh tambah duit tambahan dengan sertai program affiliate yang turut menawarkan komisen kepada ahli berdaftar di JV Infokerjaya. Jika tibanya hari peperiksaan online SPA atau temuduga, anda boleh guna peluang ini untuk meraih komisen lumayan dari affiliate ini. Dua dalam satu anda menyelam!

Artikel selanjutnya 👉 Jana Duit 4 Angka 4 Hari Dengan Affiliate Kerjaya

2. Blog Teknologi/ Gajet

Teknologi adalah salah satu niche favourite dan sangat meluas digunakan di seantero dunia. Sejajar dengan perkembangan teknologi atau gajet yang kian canggih, sudah tentu maklumat/ informasi mengenai teknologi menjadi perhatian dan menerima trafik sangat tinggi dari enjin carian Google, Bing dan Yahoo.

Tambahan pula, kadar CPC Adsense bagi niche teknologi agak tinggi berbanding yang lain. Bagi anda yang ada minat mengenai gajet, teknologi, elekronik dan seumpamanya, inilah adalah peluang terbaik anda untuk membina website technology. Anda perlu up-to-date tentang techs yang terkini dan boleh beri reviews, pendapat atau tutorial.

Untuk lebih baik, anda boleh bina web technology dengan kandungan bahasa Inggeris. Dengan itu, anda dapat menarik ramai lagi visitor dari pelusuk dunia. Andainya berjaya sudah tentu memberi pulangan yang sangat lumayan kepada publisher Adsense. [Laman beli barang gajet harga murah]

3. Blog Sukan/ Bola

Selain itu blog sukan juga antara niche yang agak popular masa kini kerana sukan antara kerjaya yang lumayan dan menjadi perhatian terutamanya sukan arena bolasepak. Jika kita lihat di Malaysia, sukan yang diberi keutamaan dan popular adalah bolasepak, badminton, hoki dan futsal.

Sudah tentu bagi yang berminat arena sukan akan mencari informasi terkini mengenai sukan kegemaran mereka atau juga pasukan bolasepak berkait dengan jadual perlawanan, scoreboards, rumours dan sebagainya.

12 Hot Niche Buat Duit Online Dengan Google Adsense

Bagi pendapat admin, di Malaysia agak kekurangan blog sukan berbanding di negara Eropah atau Amerika kerana kita lebih beri keutamaan kepada sukan bolasepak. Sebagai contohnya satu laman bolasepak terkenal di Malaysia iaitu SemuanyaBola antara medium media sukan yang memberi informasi terkini tentang bolasepak di Eropah dan amnya Malaysia.

Laman web SemuanyaBola antara publisher Adsense yang berjaya dan meraih ribuan USD hanya melalui trafik dari media sosial di Facebook, Twitter dan so on. Bagi anda yang ada minat dunia sukan, silakan menceburi bidang ini. [Laman beli barang sukan bolasepak]

4. Blog Kesihatan

Anda mahu sihat? Jawapannya sudah pasti ! Tetapi jika kesihatan sudah terjejas pastinya anda ingin mencari jawapan dan penyebab penyakit yang sedang alami. Sebelum anda hadir berjumpa dengan doktor, terlebih dahulu rasanya anda akan mencari informasi di Google. Benar?

Niche kesihatan adalah antara niche yang berpotensi tinggi dan menerima trafik agak tinggi. Hal kerana ramai pelawat yang akan mencari informasi tentang tips kesihatan, cara diet, pengubatan terbaik dan lain-lain lagi.

Di Malaysia banyak blog yang menceritakan tentang kesihatan tapi tak ramai yang hanya menfokuskan terhadap niche kesihatan sahaja. Malah, ada juga yang menggunakan web sebagai medium memasarkan produk sama ada produk sendiri atau pun hanya sebagai agen. Sebagai contohnya, promosi produk Shaklee. Amat rugilah jika anda tidak meletakkan iklan Adsense.

5. Blog Hiburan

Di Malaysia blog berbentuk berita hiburan atau gosip artis sangat popular dan menerima trafik paling tinggi cariannya. Hal kerana rakyat Malaysia suka dan ingin tahu tentang gosip artis terkini, drama HOT dan juga hiburan lain.

Anda boleh lihat sendiri banyak web blog hiburan yang menerima trafik sangat tinggi dan menghasilkan pendapatan sehingga puluhan ribu setiap bulan. Antaranya laman hiburan yang popular iaitu BeautifulNara, AmazingNara, OhBulan, Budiey dan RotiKaya yang hanya menumpukan tentang berita hiburan sahaja.

12 Hot Niche Buat Duit Online Dengan Google Adsense

Kesemuanya laman web tersebut memasang iklan Adsense sebagai medium pengiklanan mereka. Lumayan kan  ....! Oleh sebab itulah banyak blog hiburan menipu yang turut mengambil peluang sebegini dengan menfitnah artis atau memalsukan informasi walaupun mereka dapat meraih pulangan lumayan. Ini terpulang diri anda sendiri. Mahu cari duit halal atau menfitnah orang? Fikir-fikirlah sendiri ...

6. Blog Buat Duit Online

Anda ada masalah dengan duit? Rasanya ramai kini yang mencari peluang buat duit dengan secara online. Ada yang ingin menambah jana pendapatan online menerusi affiliate, blogging, marketing dan juga dropship.

Bagi anda yang pertama kali nak jana pendapatan dengan online sudah tentunya akan mencari jawapannya di Google. Ini peluang terbaik anda yang ada ilmu bab marketing online untuk menulis tentang info ini. Antaranya yang popular cara buat duit dengan affiliate!

Artikel menarik 👉 Cara Buat Duit Online Dengan Smartphone 

7. Blog Travel

Bagi anda yang kaki melancong ini peluang terbaik anda untuk abadikan kenangan anda dengan penulisan di dalam blog. Secara tak langsung anda dapat berikan manfaat dan kemudahan kepada pembaca yang lain turut berminat dengan lokasi travel tersebut.

Jikalau anda sudah menjadi terkenal sebagai blogger travel sudah tentu memberi kelebihan kepada blog anda. Lebih-lebih lagi anda ada iklan Google Adsense secara tak langsung jadi penyumbang dana anda. Ini tak termasuk lagi dengan penajaan dari syarikat tertentu termasuk juga penginapan percuma dari hasil review anda.

8. Blog Automotif/ Pemotoran

Blog automotif atau permotoran adalah salah satu niche blog yang boleh diberi perhatian masa kini. Hal kerana ada saja setiap bulan kereta atau motorsikal baharu yang akan dikeluarkan oleh sesebuah syarikat. Ini memberikan kelebihan bagi anda yang mempunyai kelebihan menulis tentang dunia automotif sama ada di luar negara dan amnya Malaysia.

Salah satu blog automotif terkenal iaitu Paultan.org yang banyak kongsikan tentang review kereta, spesifikasi kenderaan, cara penjagaan, promosi kenderaan dan banyak lagi. Portal web ini menerima trafik ratusan ribu setiap bulan dan juga memasang iklan Adsense.

Artikel berkaitan 👉 Gambar, Harga dan Spesifikasi Perodua Myvi 2018 Baharu

9. Blog Berita

Blog berita adalah antara niche pilihan yang boleh dibangunkan kerana ia berbentuk artikel viral. Anda bagaikan press online yang menerbitkan semula dari web surat khabar dengan mengolah ayat semula ke dalam blog. Tak dinafikan blog niche sebegini menerima trafik sangat tinggi lebih-lebih lagi artikel itu jadi viral.

Sebagai contohnya laman yang terkenal antaranya Siakapkeli, OhBulan, Mynewshub dan Siraplimau yang menggunakan niche berita viral dan menggunakan media sosial sebagai trafik utama mereka. Anda akan perasan blog Siakapkeli banyak yang mengambil sumber dari akhbar online seperti Berita Harian, Harian Metro, Bernama dan sebagainya.

Dengan menggunakan kuasa page yang telah mencecah 6 juta followers, sudah tentu artikel yang dikongsikan itu akan meletop dan mendapat perkongsian sangat tinggi. Kesemuanya web ini ada iklan Adsense dan berjaya meraih ribuan Ringgit setiap bulan!

10. Blog Pendidikan

Blog pendidikan adalah salah satu niche yang terbaik untuk anda mulakan menulis di blog. Hal kerana blog niche ini menerima trafik agak tinggi setiap bulan. Ada saja pelajar atau guru yang ingin dapatkan maklumat pelajaran hanya search di Google.

Sebagai contohnya, anda boleh kongsikan tentang informasi pendidikan seperti jadual waktu peperiksaan, contoh soalan, tips, permohonan, biasiswa, dan banyak lagi. Apabila tibanya hari peperiksaan sudah pasti blog anda akan menerima trafik sangat tinggi.

11. Blog Resepi

Tak dinafikan blog resepi adalah antara niche yang popular dan meletop. Ada saja visitors yang akan mencari menu atau resepi pilihan mereka untuk dijamahkan seisi keluarga. Rata-rata blog niche resepi akan menerima trafik organik sangat tinggi sehingga ada yang telah mencecah ratusan juta page views.

Ini terbukti dari dua web resepi iaitu myresepi.com dan kongsiresepi.com yang telah diambilalih saham sebanyak 70% oleh syarikat pengiklanan online, RevAsia Sdn Bhd. Bayangkan blog Malaysia ini dibeli pada harga RM2.65 juta termasuk sekali dengan Siraplimau.com. Kesemuanya menggunakan medium pengiklanan dari Google Adsense. Memang berbaloi!

12. Blog Informasi

Ini antara niche yang mudah dibangunkan oleh sesiapa sahaja yang minat menulis. Blog informasi sangat evergreen kerana menerima permintaan dan carian setiap masa. Ini kerana blog informasi anda boleh kongsikan apa-apa saja informasi yang berguna untuk disampaikan kepada orang ramai.

Sebagai contohnya anda boleh ceritakan tentang bisnes, fashion, kesihatan, resepi, pendidikan dan macam-macam lagi. Maknanya anda boleh kongsikan apa-apa saja yang bermanfaat dan memberi pengetahuan orang ramai.

Sebenarnya banyak lagi hot niche yang boleh dikongsikan buat anda semua. Tetapi ini pun sudah cukup panjang dan anda boleh aplikasikan niche tersebut dalam blog baharu. Ini hasil pengalaman dan pemerhatian admin. Sudah jelas?

Jadi bagaimana anda ..?

Semoga perkongsian ini dapat menyelesaikan masalah bagi publisher Adsense yang ingin mendapatkan income lumayan dari pengiklanan ini. Terima kasih yang sudi membaca info ini.

Baca juga :
● Cara Meningkatkan CPC Google Adsense Dengan Mudah
● Apa Itu Click Bombing dan Cara Mengelak Google Adsense Dari Invalid Click

4 comments:

  1. kena tambah lagi niche.. blog akak infomasi , resepi,berita,sukan danh ada hihihihi

    ReplyDelete
  2. Information terbaik. kena tambahkan banyak ilmu blogging ni.

    ReplyDelete
  3. You made various nice points there. I did a search on the theme and found nearly all people will go along with with your blog. 구글상위노출

    ReplyDelete
  4. Just admiring your work and wondering how you managed this blog so well. It’s so remarkable that I can't afford to not go through this valuable information whenever I surf the internet! Niche Related Blog Comment

    ReplyDelete

Powered by Blogger.