Apa itu enjin carian dan bagaimana ia berfungsi?

~Assalamualaikum~

Masih ada blogger tertanya-tanya apa itu enjin carian dan apa kegunaannya? Kadang2 mereka tidak memgambil tahu tentang hal ini. Bagaimana enjin carian ini bekerja? Saya akan jawab semua persoalan ini.

Saya bagi contoh mudah korang taip nama "Lokman Amirul" di carian Google, akan terus keluar blog lokmanamirul.com di laman pertama search engine (SERP). Maknanya nama laman web lokmanamirul.com mesra enjin carian.

Apa itu enjin carian (search engine)?


Dengan kata lebih mudah, enjin carian adalah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dari kata kunci (keyword) atau frasa.

Contoh apabila anda menaip kata kunci "Aiman Tino" di Google, enjin carian akan mencari kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat dalam indeks pangkalan data. Apabila keyword Aiman Tino dijumpai, maka laman web yang berkaitan dengannya akan dipaparkan kepada anda.

Cuba anda lihat di bawah, terkeluar kata kunci "Aiman Tino Biodata" , "Aiman Tino Profile" , "Aiman Tino Facebook". Apabila anda klik Aiman Tino biodata akan terpapar entri Biodata ringkas siapakah Aiman Tino lagu Ku Rela Dibenci blog saya terdapat di page pertama SERP pada kedudukan yang ke-5.

Perlu diingatkan tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja manakala sesetengah lagi hanya mengindeks isi kandungan sahaja.

Bagaimanakah enjin carian bekerja?


Korang mesti terfikir? Enjin carian ni adakah kerja dari angkara manusia atau pun robot. Jawapannya adalah hasil kerja robot. Macam mana ia bekerja? Okay saya akan ceritakan.... enjin carian bekerja dengan menghantar spider (robot crawler) macam spy untuk masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau spidering.

Spider itu akan mengumpul semua perkataan dan frasa yang terdapat di dalam laman web tersebut di mana perkataan-perkataan ini akan diindekskan ke dalam pangkalan data. Kaedah ini dikenali sebagai indexing.

Apabila seseorang masuk ke dalam mesin enjin carian dan memasukkan kata kunci tertentu, enjin pencari akan memadankan soalan carian pengguna dengan perkataan yang terdapat di dalam pangkalan data. Apabila pasangan yang sama atau pun hampir sama dijumpai, maka keputusan akan dipaparkan kepada pengguna.

Contoh enjin carian?


Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak enjin carian di internet. Tapi, dikatakan enjin carian yang paling popular di dunia sekarang adalah Google. Selain itu, Yahoo, Bing, MSN, ASK, Baidu dan banyak lagi.

Moga-moga anda semua faham apa saya jelaskan mengenai entri ini. Kalau ada sebarang kemusyikilan boleh beri komen di ruangan disediakan.

0 comment... add one now