Header Ads

Jana Duit 4 Angka 4 Hari Dengan Affiliate

Jana Duit 4 Angka 4 Hari Dengan Affiliate| Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog lokmanamirul. Okay, pertama kali saya nak ucapkan tahniah kepada para affiliate yang lain yang turut berjuang habis-habisan dalam mempromosikan produk fizikal berbentuk ebook dari timinfokerjaya. Mereka-mereka semua memang yang terbaik. Saya kembali ke tajuk asal. Apa mengena dengan tajuk "Jana Duit 4 Angka 4 Hari Dengan Affiliate"!

Jana Duit 4 Angka 4 Hari Dengan Affiliate

Nampak macam menarik ja.... 4 angka hanya 4 hari? Betul ke..?

...

Syukur Alhamdullilah buat pertama kali dalam dunia affiliate, saya dapat mengaut keuntungan 4 angka hanya dalam masa 4 hari menerusi platform affiliate. Walaupun saya anggap masih baru lagi dalam marketing affiliate tapi pencapaian ini telah menjadi satu penanda aras buat saya.

Tapi sebelum saya nak terangkan lebih lanjut, anda tahu apakah itu affiliate? Lagipun, rasanya di luar sana masih keliru, tercari-cari dan mungkin juga yang ragu-ragu untuk memulakan affiliate. 

...

Untuk pengetahuan anda, affiliate adalah salah satu bidang marketing online yang dapat memberi pulangan ribuan-ribuan ringgit kepada ahli affiliate tanpa ada miliki produk sendiri. Faham maksud saya? Kiranya anda tidak perlu modal dan produk sendiri untuk memulakan affiliate. Apa yang anda perlu buat adalah cari platform yang menyediakan affiliate dan daftar disitu. Lagipun ada pendaftaran adalah PERCUMA!

Jana Duit 4 Angka 4 Hari Dengan Affiliate
Konsep Affiliate Marketing 

Antaranya program affiliate yang disediakan di Malaysia iaitu Tim Infokerjaya, Involveasia, Klikjer, Lazada Malaysia, Bookcafe dan banyak lagi. Jika anda ingin cuba program affiliate luar negara misalnya Amazon, Commision Junction, Clickbank dan banyak lagi pun dapat memberi pulangan lebih baik kerana nilai berbentuk USD.

Info lanjut : Cara Daftar Akaun InvolveAsia Affiliate 

Berbalik ke tajuk asal mudahkah nak jana duit dengan affiliate? Saya kata tak mudah tak susah, semuanya anda kena lalui sendiri 'try and error'. Anda boleh tanya sendiri otai-otai affiliate atau marketing online, bagaimana mereka rentasi sepanjang karier mereka. Kalau lain tak bukan timba sebanyak mungkin ilmu dan cuba buat.

Saya sendiri pun pernah mencuba beberapa affiliate sama ada produk fizikal atau pun ebook semuanya memberi gambaran positif kepada saya. Antaranya platform klikjer, involveasia, software tuan Wazeen, affiliate Tuan Shamsuriyadi termasuklah tim infokerjaya yang telah saya jana komisen kesemuanya.

Jana Duit 4 Angka 4 Hari Dengan Affiliate 


Ini adalah bukti saya dapat jana duit 4 angka 4 hari dengan affiliate Infokerjaya.

Jana Duit 4 Angka 4 Hari Dengan Affiliate
Jana Duit 4 Angka 4 Hari 

Untuk ebook LHDN baru-baru ini, saya dapat promosi ebook dengan nilai jualan sejumlah RM7500, dimana jumlah komisen saya dapat RM3,750. Lebih manis saya dapat menduduki top 10 buat kali pertama sertai infokerjaya. Ini hasil kerja saya hanya 4 hari promosi. Banyakkan!! Tapi 24 jam jugak di hadapan komputer dan telefon.

Belajar Buat Duit Dengan Affiliate 


Pelbagai cara anda boleh gunakan untuk promote produk sama ada produk orang atau milik sendiri, antara caranya adalah melalui FB ads, email, AdWords Google, SEO, blog dan banyak lagi. Kesemuanya cara ini mempunyai kelebihan bergantung keupayaan kita sendiri. Rata-rata otai affiliate menggunakan cara-cara sebegini.

Apa yang lebih penting keupayaan anda untuk promosikan produk dengan ayat yang memukau dan terusnya menawan hati pelanggan. Anda boleh rujuk ayat-ayat copywriting hebat disini.

Baca juga :

Semoga artikel ini memberi inspirasi kepada anda untuk memulakan jana duit dengan affiliate. Sedikit sebanyak membantu anda.

6 comments:

  1. Alhamdulillah tahniah ya...moga terus maju dalam bidang yang diceburi....

    ReplyDelete
  2. Tahniah dgn pencapaian tu. Jana pendapatan dgn affiliate pun masyuk tu

    ReplyDelete
  3. hebat! bukan senang sebenarnya nak dapat sales macam tu! hebat sekali lagi! :)

    www.mrejoy.com

    ReplyDelete
  4. wah..tahniah lokman..memberi inspirasi kat kami semua
    nak terjah semua tips di atas

    ReplyDelete
  5. Masih mencuba untuk beraffiliate ni :D

    ReplyDelete
  6. Memang hebat..bukan senang nak dapat macam tu..step kedua adalah untuk konsistenkan pendapatan maacm tu setiap bulan :-)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.