Header Ads

Rujukan dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara 2017

Rujukan dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara 2017|Adakah anda calon Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/ A29 tahun 2017? Terlebih dahulu saya ucapkan kepada calon yang layak menduduki peperiksaan online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 dan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29. Dimana exam online ini akan diadakan secara serentak pada 3 Oktober 2017 bermula jam 8.00 malam hingga 9.40 malam. Untuk memastikan sama ada anda dipanggil untuk exam online ini atau pun tidak, anda akan menerima pesanan SMS dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Rujukan dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara 2017

Semakan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/ A29


Jika calon tidak menerima pesanan melalui SMS, anda juga boleh membuat semakan Peperiksaan Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 dan juga Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A19 secara online menerusi pautan ini http://e-semakanbcc.spa.gov.my/pktu/. Masukkan kad pengenalan anda dan klik hantar keputusan akan dipaparkan.

Tarikh Peperiksaan Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/ A29 


Berikut adalah hebahan daripada pihak SPA berkenaan tarikh dan maklumat exam seperti di bawah :

MAKLUMAT TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE

=====================================

PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA GRED 41

Tarikh Peperiksaan : 3 Oktober 2017 (Selasa)
Seksyen A : 8.00 malam - 8.40 malam
Seksyen B : 8.55 malam - 9.40 malam

Format Soalan Peperiksaan Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41


Untuk exam online kali ini, telah dibahagikan kepada dua seksyen iaitu Seksyen A dan Seksyen B seperti di bawah ;

● Seksyen A : PENGETAHUAN AM (50 soalan) - 40 minit
● Seksyen B : DAYA MENYELESAIKAN MASALAH (40 soalan) - 45 minit

Seksyen A - Pengetahuan Am

Ujian ini mengandungi 50 soalan berbentuk aneka pilihan. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkenaan perkara berkaitan dengan air safety, hal ehwal semasa, politik, sosial, sains teknologi, sukan, ekonomi dan lain-lain perkembangan.

CONTOH SOALAN :

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga dikenali sebagai
A. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Petra
B. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail
C. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Azlan Shah
D. Lapangan Terbang Antarabangsa Tengku Ibrahim

Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini bertujuan menguji kebolehan daya menyelesaikan masalah, kecekapan
memahami permasalahan dan menguji kebolehan calon membezakan antara pertalian dan simbol abstrak. Seksyen ini akan diuji di dalam Bahasa Inggeris.

CONTOH SOALAN :

If 16 X 16 X 16 = 8 X 8 X P, then P = ?
A 4
B 8
C 48
D 64

Sudahkah anda bersedia untuk menduduki Peperiksaan Online Pegawai Kawalan Trafik Udara A41/ A29? Jika anda masih belum bersedia untuk menghadapi exam ini, anda perlu dapatkan rujukan peperiksaan online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A4 /A29.


Rujukan dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara 2017


Untuk mendapatkan rujukan lengkap beserta panduan, tips dan contoh soalan boleh rujuk di pautan ini ;

>> Rujukan Soalan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/ A29

Join Group Channel Telegram Pegawai Kawalan 


Jika untuk mendapatkan info lanjut tentang kerjaya dan jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara, boleh join group channel Telegram menerusi link di bawah.

● KLIK → https://t.me/pegawaikawalan2017

DAPATKAN RUJUKAN PEPERIKSAAN KAWALAN TRAFIK UDARA 2017


> Nota berkaitan jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/A29
> Penerangan format terkini Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara
> 60++ Contoh soalan Seksyen A
> 40++ Contoh soalan Seskyen B
> Latih tubi



Baca juga :
Panduan Lengkap Menulis Resume Kerajaan 

Semoga calon-calon Pegawai Kawalan Trafik Udara sesi 2017 lulus dalam peperiksaan online ini. Selamat maju kepada bakal calon peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 dan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29.

Laman web www.lokmanamirul.com tidak berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Department Of Aviation Malaysia (DCA). Apa yang laman www.lokmanamirul.com sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan disediakan bukan BUKU KAJIAN jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi dengan nota-nota persediaan.

1 comment:

  1. Baca ni teringat Pula cerita 2-22 Yang mama baru tgk

    ReplyDelete

Powered by Blogger.