Header Ads

Gambar, Harga dan Spesifikasi Perodua Myvi 2018 Baharu

Gambar, Harga dan Spesifikasi Perodua Myvi 2018 Baharu | Baru-baru ini heboh di media sosial tentang rekabentuk model terbaru keluaran Perodua jenis Myvi. Menurut laman Paultan, dikhabarkan Perodua Myvi baru ini akan dilancarkan pada awal tahun Januari 2018. Jika dilihat, kereta model terbaru generasi ketiga ini lebih nampak moden dan futuristik malah ruang dalam interior kereta juga nampak lebih luas. Tapi, ia masih kekalkan ciri kereta compact.


Bagi pandangan aku, Perodua Myvi 2018 baharu ini nampak lebih kemas dari dalaman dan luaran. Malah, model Myvi terbaru ini dilengkapi ciri keselamatan terkini dikenali sebagai Advanced Safety Assist (ASA) melalui kamera khas di cermin depan kereta. Terdapat lima varian ditawarkan harga bermula RM44,300 hingga RM57,000 tak termasuk insurans, dimana ia menggunakan teknologi enjin baharu yang lebih jimat minyak Energy Efficient Vehicles (EEV) dengan kapasiti variasi 1.3 dan 1.5 liter. Jom terjah spesifikasi Perodua Myvi 2018.

Gambar, Harga dan Spesifikasi Perodua Myvi 2018 Baharu 


Berikut adalah maklumat model Myvi baharu (2018) tentang senarai harga, spesifikasi dan gambar Perodua Myvi 2018 Baharu :

Senarai Harga Perodua Myvi 2018


Berikut adalah senarai harga Perodua Myvi 2018 termasuk GST kecuali insurans seperti ;

Varian 1.3 L
(Semenanjung Malaysia)
Myvi 1300 G Manual : RM44,300
Myvi 1300 G Auto : RM46,300
Myvi 1300 X Auto : RM48,300

Varian 1.5 L
(Semenanjung Malaysia)
Myvi 1500 H Auto : RM51,800
Myvi 1500 AV Auto : RM55,300

Gambar, Harga dan Spesifikasi Perodua Myvi 2018 Baharu

Spesifikasi Perodua Myvi 2018


Gambar, Harga dan Spesifikasi Perodua Myvi 2018 Baharu

Semua varian ditawarkan dengan ciri standard seperti lampu depan LED, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), butang penghidup enjin, Kawalan Tarikan (TRC) dan Lampu Isyarat Berhenti Kecemasan.

Warna Perodua Myvi 2018


○ Lava Red (Metallic)
○ Mystical Purple (Metallic)
○ Glittering Silver (Metallic)
○ Ivory White (Solid)
○ Granite Grey (Metallic)
○ Peppermint Green (Metallic)

Gambar, Harga dan Spesifikasi Perodua Myvi 2018 Baharu

Gambar Perodua Myvi 2018


Gambar, Harga dan Spesifikasi Perodua Myvi 2018 Baharu

Gambar, Harga dan Spesifikasi Perodua Myvi 2018 Baharu

Rasanya dengan harga serendah RM44,300 sudah tentu kereta jenama Perodua Myvi baharu ini akan menjadi pilihan pengguna tahun hadapan. Jom buat tempahan Myvi 2018 yang telah dibuka mulai 8 November 2017. Saksikan teaser Perodua Myvi baharu (2018)!

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This is great websites, Thanks a lot for the lovely article. I really appreciate the hard work you put in it. lenovo support

    ReplyDelete

Powered by Blogger.