Header Ads

Semakan Keputusan UPU Lepasan STPM/Setaraf Sesi 2018/2019

Semakan Keputusan UPU Lepasan STPM/Setaraf Sesi 2018/2019|Anda pemohon UPU ke IPTA/ Politeknik tahun 2017? Bagi pemohon lepasan STPM atau setaraf Diploma, anda boleh membuat semakan keputusan permohonan UPU mulai 3 Ogos 2017 ini. Tak terkecuali jugak saya salah seorang pemohon yang akan melanjutkan pengajian untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Awam. Jika mengikut CGPA saya ketika pengajian Diploma, rasanya layak untuk menempatkan diri di universiti-universiti tempatan walaupun tahu persaingan para calon terlalu tinggi.

Semakan Keputusan UPU Lepasan STPM/Setaraf Sesi 2017/2018

Okay ni saya serahkan kepada ketentuan Ilahi. Tahukah cara semak keputusan UPU? Bagi anda yang nak semak keputusan UPU 2018/2019, anda diberi pilihan untuk menyemak keputusan UPU secara online atau menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Disini saya kongsikan cara semak keputusan UPU Lepasan STPM/ Setaraf 2017/2018.

Semakan Keputusan UPU Lepasan STPM/Setaraf Sesi 2018/2019


Semakan Keputusan UPU Online

Pemohon boleh menyemak tawaran kemasukan ke IPTA menerusi portal rasmi UPU klik DISINI. Keputusan permohonan dibuka pada 12.00 tengah hari 3 Ogos 2017.

● Semakan Keputusan UPU SMS

Taip UPU<jarak>RESULT<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar ke 15888

Anda lulus permohonan UPU bagi sesi akademik 2017/2018? Bagi calon gagal anda boleh kemukakan rayuan UPU mengikut seperti maklumat di bawah ini.

Semakan Keputusan UPU Lepasan STPM/Setaraf Sesi 2017/2018


Permohonan Rayuan UPU Bagi Lepasan STPM/Setaraf Sesi 2017/2018


Untuk makluman anda permohonan rayuan UPU online bagi lepasan STPM/Setaraf kemasukan ke universiti awam sesi akademik 2017/2018 adalah pada ;

● Tarikh buka permohonan
3 Ogos 2017 (Khamis)
12.00 tengah hari

● Tarikh tutup permohonan
7 Ogos 2017 (Isnin)
11.59 malam

Permohonan rayuan UPU hanya dibuka 5 hari sahaja, dimana anda boleh terus memohon rayuan UPU secara online di website http://upu.mohe.gov.my.

Semakan Keputusan UPU Lepasan STPM/Setaraf Sesi 2017/2018

Artikel berkaitan :
● Cara Mudah Pilih Kursus Pengajian UPU Di iMASCU

Mudah kan cara menyemak keputusan UPU dan cara membuat rayuan UPU sesi ambilan 2017/2018? Semoga saya mendapat keputusan terbaik untuk lanjutan pengajian peringkat Ijazah. Bagi pemohon lain semoga anda mendapat tempat kemasukan ke universiti di Malaysia. Dengan adanya perkongsian ini memudahkan anda untuk membuat semakan keputusan UPU sesi 2017/2018. Selamat maju jaya.

1 comment:

  1. Teringat masa time akak apply upu dulu....kenangan manis

    ReplyDelete

Powered by Blogger.