Header Ads

Cara Mudah Pilih Kursus Pengajian UPU Di iMASCU

Cara Mudah Pilih Kursus Pengajian UPU Di IMASCU. Bagaimana cara membuat permohonan UPU Online? Baru beberapa hari lalu, pengumuman keputusan SPM 2017 di mana kini sudah pasti pelajar lepasan SPM dalam dilema untuk mencari institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang hendak dipohon. Susahnya nak pilih pengajian di UPU online? Bagi aku yang juga ingin menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk kemasukan bulan September ini turut terpalit untuk memilih bidang yang sesuai berdasarkan keputusan yang diperoleh.

Baca juga :
● UPU 2018/2019 : Permohonan & Tarikh Beli No Pin Unik ID

Image result for Cara Mudah Lepasan SPM Pilih U, Bidang Pengajian
Pilih U di Sistem iMASCU


Untuk pengetahuan anda bagi lepasan SPM, sebenarnya ada lebih dari 20 buah universiti serta beratus-ratus program atau khusus ditawarkan. Ia lebih sukar untuk memadankan keputusan anda. Tahukah anda sebenarnya ada satu sistem yang membantu anda untuk mengenal pasti syarat kelayakan bagi memohon sesuatu bidang di sesebuah universiti. Sistem tersebut adalah sistem IMASCU yang sangat mudah di mana anda hanya perlu isi keputusan SPM atau STPM dan ianya akan automatik bantu anda carikan khusus yang sesuai dan layak berdasarkan keputusan anda.

Cara Mudah Pilih Kursus Pengajian UPU Di IMASCU


1. Masukkan ke laman web http://www.semaksyarat.info/.

2. Seterusnya, masukkan maklumat pelajar seperti NO MYKAD, NAMA, EMAIL, NO TEL, KATEGORI (STPM/ Setaraf atau SPM/Setaraf).

3. Isikan keputusan SPM atau SPTM anda,

4. Klik 'SEMAK'.

5. Pilih universiti yang anda minat.

6. Dapat keputusan bidang yang sesuai dengan kelayakan anda.

Cara Mudah Lepasan SPM Pilih U, Bidang Pengajian
Semak Syarat Bidang Pengajian UPU

Dengan adanya kemudahan sistem IMASCU ini dapat memudahkan lepasan SPM peluangnya akan lebih cerah memasuki ke universiti-universiti di Malaysia. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan urusan untuk adik-adik menyambungkan pelajaran ke menara gading. Kongsikan info ini kepada rakan-rakan kenalan anda di Facebook dan Whatsapp.

5 comments:

  1. info yang sangat berguna...
    takde la nanti minta kos yang kita tak layak kan. sangat berguna web ni...

    ReplyDelete
  2. Banyak universiti yang boleh pelajar pilih buat masa kini. Tapi apa yang penting adalah pelajar perlu tahu kegemaran mereka dan pilih khusus yg mereka nikmati supaya tidak kesal kemudian.

    ReplyDelete
  3. Zaman canggih permohonan secara online berbanding zaman saya mengunakan pos untuk permohonan.

    ReplyDelete
  4. zaman skrg ni mohon online lebih mudah

    ReplyDelete
  5. zaman sudah berubah..online jer skrg ni..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.