Header Ads

Panduan Beli No Pin UPU 2018 di BSN

Panduan beli no pin UPU 2018 di BSN ok? Nombor Pin Unik ID UPU boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN). Berikut adalah cara membeli Nombor Pin Unik ID UPU untuk permohonan Kemasukan Ke IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi sesi akademik 2018/2019.

Panduan Beli No Pin UPU 2018 di BSN

Untuk makluman tarikh buka dan tutup, sila rujuk Laman Web BSN di Pembelian PIN BSN. Tarikh pembelian No. Pin UPU sesi 2018/2019 adalah pada 5 Februari 2018 dan tarikh tutup 10 April 2018. Pemohon boleh merujuk cara membuat Permohonan UPU 2018/2019 di Permohonan UPU 2018.

Cara Beli Nombor Pin Unik ID UPU 2018/2019 Di BSN


Berikut dikongsikan adalah 3 cara atau langkah untuk anda membeli Pin Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) :-

1. Kaunter BSN

Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Bank BSN berdekatan rumah anda dengan membawa kad pengenalan dan duit untuk jumlah bayaran yang akan dikenakan.

Nombor pin Unik ID UPU di BSN bagi sesi akademik 2017/2018 telah dikenakan bayaran sebanyak RM15.64 dan boleh dibeli pada tarikh permohonan UPU DIBUKA.

Panduan Beli No Pin UPU 2017 di BSN

2. ATM ( Automated Teller Machine )
 
1. Masukkan Kad  dan No Pin
2. Pilih Urusan – ‘Beli Pin’
3. Klik Jenis Permohonan – ‘IPTA’
4. Pilih Jenis Program IPTA – contohnya  ‘SPM’ atau “STPM”
5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan /My Kad
6. 'YA’ untuk meneruskan urusan
7. Semak Maklumat
8. Klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan
9. Resit Dicetak

* Simpan resit yang dicetak untuk rujukan masa depan

3. SMS Banking

Pemohon perlu mendaftar dulu untuk menggunakan perkhidmatan SMS Banking. Anda boleh mendaftar di Kaunter, CDM (Cash Deposit Machine ) atau ATM.

Berikut langkah atau cara Untuk mendaftar di ATM atau CDM :-

1. Masukkan Kad MATRIX BSN dan Pilih Bahasa
2. Masukkan No. Pin dan Pilih Urusan Lain
3. Pilih Perbankan SMS dan Pilih Pendaftaran
4. Masukkan No. Telefon Bimbit
5. Urusan Telah Berjaya dan slip akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC.
6. SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi.
7. Selepas berjaya mendaftar, anda boleh membeli No Unik UPU melalui sms.

SMS ke 36898  dengan menaip  PIN<jarak>M-PIN<jarak>ORG<jarak>KP

contoh : PIN 012345 SPM 970729025011

Artikel berkaitan :
● UPU 2018/2019 : Permohonan & Tarikh Beli No Pin Unik ID
● Cara Mudah Pilih Kursus Pengajian UPU Di iMASCU

Semoga panduan ini mengenai cara pembelian no PIN Unik ID UPU dapat membantu pemohon untuk membuat permohonan kemasukan ke UA, Politeknik dan ILKA bagi sesi 2017/2018.

No comments

Powered by Blogger.