Header Ads

Review Filem Dunkirk: Perang Epik Terbaik Arahan Nolan!

Review Filem Dunkirk: Epik Perang Dunia Kedua Terbaik |Okay hari ni aku berkesempatan bersama rakan-rakan untuk tonton filem berjudul Dunkirk di GSC Sunway Carnival. Mana tidaknya aku memang beriya-iya ingin tahu jalan penceritaan filem bergenre perang ini dari karya pengarah hebat Hollywood, Christopher Nolan. Anda tahu tak, kebanyakan filem Christopher Nolan memerlukan penghayatan yang tinggi sepertimana filem Interstellar, Inception dan The Dark Knight. Dengan kali ini genre agak berbeza, rasanya filem Dunkirk ini perlu dihayati setiap detik penceritaan kerana ia berkait rapat kisah sebenar tentang sejarah Perang Dunia Kedua antara Tentera Bersatu vs Nazi Jerman. Menarik ke filem perang ni? Baca selanjutnya....

Review Filem Dunkirk: Epik Perang Dunia Kedua Terbaik

Sinopsis Filem Dunkirk 2017


Sebelum tu biarlah aku mukadimah sedikit tentang sinopsis filem Dunkirk. Mesti anda ingin tahu tentang sejarah Perang Dunia Ke-2 ini dahulu? Filem Dunkirk mengisahkan peperangan membabitkan antara Pasukan Tentera Berikat dengan Tentera Nazi Jerman, dimana tentera Berikat telah dihentam teruk oleh tentera Nazi sehinggalah mereka terpaksa berundur ke sebuah tempat yang dikenali sebagai Dunkirk.

Review Filem Dunkirk: Perang Epik Terbaik Arahan Nolan!

Bagi mengelakkan kemusnahan besar terjadi, pihak Tentera Berikat telah merancang satu operasi besar-besaran untuk menyelamatkan 400,000 tentera yang terperangkap di tempat itu dari ditawan oleh tentera Nazi. Adakah tentera-tentera British, Perancis, Belanda dan termasuklah sekutunya berjaya diselamatkan daripada dibunuh oleh tentera Nazi?


Review Filem Dunkirk


Bagi aku pertama kali menonton filem perang sebegini agak janggal kerana plot penceritaan dari Christopher Nolan memaparkan 3 sisi 'views' yang berbeza dalam filem Dunkirk ini, dimana di darat (jeti), udara dan laut. Sebenarnya, ketiga-tiga pandangan ini berkait rapat apa yang telah terjadi dalam pertempuran di Dunkirk. Jika dilihat babak di atas udara mengisahkan seorang pilot bernama Furrier lakonan Tom Hardy yang berjuang bermati-matian untuk menyelamatkan tentera Bersekutu dari dibedil bom pesawat pengebom sehinggalah kehabisan minyak jet tempurnya.

Review Filem Dunkirk: Epik Perang Dunia Kedua Terbaik Arahan Nolan!
Babak Tom Hardy di Dalam Jet Spitfire 

Di lautan, mengisahkan tentang pengemudi kapal layar yang sanggup bergadai nyawa untuk ke tempat pertempuran bernama Dunkirk, dimana seorang ayah bersama anaknya berjaya menyelamatkan seberapa ramai tentera Berikat dari serangan tentera Nazi. Dari pandangan darat pula lebih ke arah pengisahan di jeti, menunjukkan jumlah besar tentera Berikat yang menanti ketibaan kapal untuk menyelamatkan diri mereka dari peperangan ini.

Review Filem Dunkirk: Epik Perang Dunia Kedua Terbaik Arahan Nolan!
Sekumpulan Tentera di Jeti 

Dari segi babak aksi agak menarik kerana filem Dunkirk tidak memerlukan banyak peluru , letupan dan darah untuk menghasilkan filem ini. Ia lebih menggambarkan suasana tegang dikalangan tentera yang ingin melarikan diri daripada dibedil bom dari pesawat. Bagi aku babak suspen dan thrill filem ini sangat menjadi, tambahan pulak dengan soundtracks sangat mantap untuk menggambarkan suasana suspens. Sekali sekala terkejut jugak aku kerana soundtrack letupan sangat tepat dan memang terbaiklah. Anda boleh lihat sendiri tentera yang terdesak untuk melarikan diri dan menyelamatkan tentera yang terperangkap.

Dari segi karakter dan lakonan aktor, Nolan tidak memerlukan pelakon yang popular atau rupa yang kacak untuk melakonkan filem ini. Tetapi bakat yang ada setiap pelakon tersebut sepanjang filem ini ternyata berjaya membawakan karakter mereka begitu baik sekali. Jika dilihat filem ini dialog agak kurang sedikit berbanding filem-filem lain karya Nolan, anda boleh lihat lakonan Tom Hardy sebagai pilot jet pejuang yang kurang berdialog dan tidak menunjukkan muka sepanjang filem ini sehingga lah babak akhir baru menampilkan wajahnya, tetapi prestasi lakonannya sama seperti karakter Bane dalam trilogi Dark Knight.

Selain itu, lakonan Fionn Whitehead sebagai Tommy, tentera muda British dianggap berjaya kerana setiap babak yang ditampilkan oleh beliau sangat menjadi walaupun ini filem pertama kalinya. Beliau menampilkan riak wajah yang begitu terdesak menyelamatkan diri sehinggalah beliau berjaya pulang dengan selamat bersama-sama rakan tentera yang lain.

Review Filem Dunkirk: Epik Perang Dunia Kedua Terbaik Arahan Nolan!
Fionn Whitehead 

Secara keseluruhan yang boleh aku simpulkan filem ini harus dipuji dan dianggap salah satu filem yang perfect dari segi karakter pelakon, plot penceritaan, aksi, thrill dan kesan visual termasuklah soundtrack sudah cukup memuaskan hati penonton. Bagi pendapat aku filem ini bukannya semata-mata aksi suasana perang tetapi kepada menyelami perasaan tentera-tentera yang begitu terdesak melarikan diri.

>> Baca juga : Review Filem War For Planet Of The Apes

Rating Filem Dunkirk : 8/10

6 comments:

  1. Saya suka cerita macam ni, thanks review....

    ReplyDelete
  2. menarik jugak filem perang ni.. tunggu ada dalam kodi la tengok kut online.. hihihihi

    ReplyDelete
  3. Nolan master of story telling

    ReplyDelete
  4. Saya belum nonton ni filem.

    ReplyDelete
  5. Filem sejarah memang menarik. Baru saya tahu nama Christopher Nolan ini. Thanks for sharing. Mesti tengok ni. Nak cari juga filem - filem beliau yang lain.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.