Header Ads

10 Filem Perang Yang Terbaik Setakat Masa Kini

10 Filem Perang Yang Terbaik. Tahukah anda?Kebanyakan filem genre perang dari Hollywood memang kebanyakannya popular dan jalan cerita yang menarik. Tetapi filem perang dari negara yang lain juga turut berada di pentasnya yang tersendiri seperti Jepun, Russia, Jerman dan lain-lain lagi. Berikut adalah 10 filem perang yang terbaik setakat pada masa kini 2017:

10 Filem Perang Yang Terbaik Masa Kini 2017


1)Pearl Harbour(2001)

Pearl harbor movie poster.jpg

Pearl Harbour adalah sebuah filem epik perang yang diarahkan oleh Michael Bay dan diproduksi oleh Jerry Bruckheimer.Filem ini mendapat kutipan sebanyak  $449,220,945 di seluruh dunia yang menggambarkan cerita tentang serangan Jepun di Pearl Harbour yang menyebabkan perang dunia kedua tercetus.Filem ini dibintangi oleh Ben Afflect,Josh Hartnett,Kate Beckinsale,Cuba Gooding dan ramai lagi.Filem ini juga mengisahkan tentang cinta tiga segi yang membabitkan tiga pelakon utama ini di mana kedua-dua lelaki minat terhadap seorang wanita ini.Filem ini agak menarik juga kerana jalan cerita yang baik dan mengagumkan.


2) Black Hawk Down(2001)

Black hawk down ver1.jpg

Black Hawk Down merupakan sebuah filem epik perang Amerika yang diarahkan oleh Ridley Scott.Filem ini diadaptasi dari tahun 1999 dalam sebuah buku yang sama daripada Mark Bowden berdasarkan sebuah artikel siri dalam The Philadelphia Inquirer yang menceritakan mengenai kejadian yang berlaku dalam peperangan Mogadishu di Somalia yang hancur akibat peperangan antara suku bertahun-tahun.Filem ini juga menunjukkan bantuan dari negara luar seperti Pakistan termasuklah Malaysia membantu dalam peperangan ini.Filem ini juga mendapat kritikan yang positif dari Amerika Syarikat,tetapi mendapat kritikan yang hebat dari Somalia kerana terdapat fakta yang benar disembunyikan.


3)Tora!Tora!Tora(1970)

ToraToraTora1970.png

Tora!Tora!Tora ialah filem keluaran tahun 1970 yang merupakan dramatisasi dari serangan Jepun ke Pearl Harbour dan rangkaian kesalahan besar Amerika Syarikat yang memperburuk keefektifannya.Maksud Tora ialah harimau yang mempunyai spesifikasinya maksud tentang "lightning attack".Walaupun filem ini sudah lama dikeluarkan,namun polt cerita ini agak menarik.


4)Downfall(2004)

Der Untergang - Poster.jpg

Downfall dalam bahasa Jerman adalah Der Untergang merupakan sebuah filem perang Jerman yang diarahkan oleh Oliver Hirschbiegel(direktor Jerman) yang menggambarkan sepuluh hari terakhir Adolf Hitler dan Jerman Nazi pada tahun 1945.Filem ini berdasarkan buku Inside Hitler's Bunker karya sejarahwan Joachim Fest;Until the Final Hour memoir dari Traudl Junge salah satu sekretaris Hitler dan banyak lagi.


5)The Thin Red Line(1998)

A list of stars appearing in the film stretches down the poster over an image of soldiers wearing M1 helmets huddled closely among long grass. Near the bottom of the poster is the film's title, and the tagline, 'Every man fights his own war'. The film's credits and release date are listed below.

The Thin Red Line merupakan sebuah filem perang yang dikeluarkan oleh Amerika pada tahun 1998.Filem ini diarahkan oleh Terrence Malick berdasarkan novel daripada James Jones menceritakan tentang Battle of Mount Austen,pada bahagian Guadalcanal di Pacific Theater ketika Perang Dunia Kedua.


6)Enemy At The Gate(2001)

Enemy at the gates ver2.jpg

Enemy at the Gates adalah sebuah filem perang yang diarahkan oleh Jean-Jacques Annaud pada tahun 2001 dan diadaptasi dari sebuah buku yang ditulis oleh William Craig yang menceritakan kejadian dan peristiwa sekitar Perang Dunia Kedua.Seorang penembak tepat bernama Vasily Zaitsev dari kubu Uni Soviet melawan rival Jermannya,Mayor Heinz Thorvald pada Pertempuran Stalingrad 1942.


7)We Were Soldiers(2002)

Weweresoldiers poster.jpg

We Were Soldiers adalah sebuah filem perang yang dramatik tentang Battle of Ia Drang pada 14 November 1965.Filem ini diarahkan oleh Randall Wallace dan dibintangi oleh Mel Gibson.Filem ini berdasarkan dalam buku We Were Soldiers Once...And Young daripada Lieutenant General (Ret.) Hal Moore dan reporter daripada Joseph L.Galloway,kedua-dua mereka terlibat dalam peperangan ini.


8)Behind Enemy Lines(2001)



Behind Enemy Lines adalah filem perang yang diarahkan oleh John Moore yang dibintangi oleh Owen Wilson dan Gene Hackman.Filem ini penuh dengan ketegangan dimana seorang pilot navy yang pesawatnya ditembak jatuh di garis musuh selama perang Bosnia dan dia seorang diri berusaha untuk kembali selamat ke pangkalan dengan pelbagai cara di dalam daerah pengganas.


9)Red Cliff(2009)

Redcliffposter.jpg

Red Cliff juga dikenali sebagai The Battle of Red Cliff adalah sebuah filem perang China berdasarkan Battle of Red Cliffs(208-209AD) dan peristiwa berlaku semasa zaman Three Kingdoms di negara China purbakala.Filem ini diarahkan oleh pengarah filem terkemuka, John Woo dan dibintangi oleh Tony Leung,Takeshi Kaneshiro,Zhang Fengyi dan lain-lain lagi.Dengan bajet jangkaan sebanyak US$80 juta,The Battle of Red Cliff merupakan filem yang paling mahal yang dikeluarkan oleh Asia sehingga kini.Sesiapa yang tidak pernah menonton filem ini agak rugi kerana jalan cerita dan plot filem ini agak menarik dan faturistik.


10)Braveheart(1995)

Braveheart imp.jpg

Braveheart merupakan sebuah filem perang aksi bersejarah yang diterbitkan pada tahun 1995 yang telah memenangi Anugerah Akademi.Filem ini diarahkan oleh Mel Gibson yang juga membintangi filem ini sebagai pelakon utama.Ia telah ditulis untuk difilemkan dan dinovelkan oleh Randall Wallace.Filem ini mendapat keuntungan yang lumayan dari seluruh dunia dengan anggaran sebanyak lebih daripada US$200 juta.

No comments

Powered by Blogger.