Header Ads

10 Negara Paling Miskin Di Dunia Pada Masa Kini

Kebanyakan negara yang miskin terletak di benua Afrika.Kemiskinan negara tersebut mungkin disebabkan ekonomi negara itu yang mundur,bahan keperluan yang tidak mencukupi atau disebabkan peperangan yang berlaku.Terdapat beberapa negara yang paling miskin di dunia berdasarkan pendapatan perkapita negara tersebut.

1)Republik Demokratik Congo-US$394,25
Flag of the Democratic Republic of the Congo.svg
Republik Demokratik Congo yang dulu dikenali sebagai Zaire merupakan negara yang paling miskin di dunia dengan pendapatan perkapita US$394,25 yang terletak di benua Afrika.Negara ini merupakan negara yang kedua terbesar di Afrika yang masih dilanda kekejaman disebabkan kawalan sumber mineral negara tersebut dan negara yang paling banyak angka kematian disebabkan kebuluran dan pelbagai penyakit berjangkit walaupun negara itu mempunyai potensi dalam bidang pertanian.

2)Zimbabwe-US$589,46

Zimbabwe yang dikenali Republik Zimbabwe adalah negara yang kedua termiskin di dunia dengan pendapatan perkapita US$589,46 yang terletak di benua Afrika dikelilingi oleh negara Zambia,Mozambique,Afrika Selatan dan Botswana.Kemiskinan negara ini disebabkan punca daripada pentadbiran sekarang dibelenggu dengan ekonomi yang tak terurus,hiperinflasi dan penyalahgunaan kuasa serta pelanggaran hak asasi manusia.Pada tahun 2008,Zimbabwe mempunyai kadar inflasi tertinggi di dunia yang mencapai 2.2 juta peratus.

3)Burundi-US$648,58
Flag of Burundi.svg
Burundi merupakan negara daratan di dalam kawasan Tasik Besar Afrika Timur bersempadankan Rwanda ke selatan dan Republik Demokratik Congo ke barat.Negara ini memperolehi pendapatan perkapita US$648,58 yang merupakan negara yang ketiga termiskin di dunia.Negara ini mempunyai populasi yang padat lebih kurang 8,700,000 dengan hidup menderita akibat peperangan yang berpanjangan dan kontaminasi AIDS secara meluas.

4)Liberia-US$716,04

Liberia ialah sebuah negara di Afrika Barat memiliki pendapatan perkapita US$716,04 per tahun.Negara ini banyak terlibat dengan perang saudara yang menyebabkan kegawatan ekonomi negara dan banyak nyawa manusia yang terkorban.Bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi negara itu dan lebih 30 bahasa asli turut dituturkan.

5)Eritrea-US$792,13
frames
Eritrea ialah sebuah negara di bahagian utara Afrika Timur.Negara bangsa moden Eritrea mencapai kemerdekaan daripada Ethiopia selepas berperang selama tiga puluh tahun dari tahun 1961 hingga 1991.Negara ini tidak mempunyai bahasa rasmi tetapi menggunakan tiga bahasa kerja iaitu bahasa Tigrinya,bahasa Arab dan bahasa Inggeris.Eritrea memiliki pendapatan perkapita US$792,13 per tahun.

6)Republik Afrika Tengah-US$827,93

Republik Afrika Tengah dahulunya dikenali koloni Perancis Ubangi-Shari  mencapai kemerdekaan pada tahun 1960.Negara ini memiliki pendapatan perkapita US$827,93 per tahun disebabkan konflik bersenjata di negara tersebut.

7)Niger-US$853,43
Flag of Niger.svg
Republik Niger adalah sebuah negara yang tiada pinggir pantai atau lautan di bahagian barat Afrika mempunyai pendapatan perkapita sebanyak US$853,43 per tahun.Negara ini tidak mempunyai kelengkapan yang lengkap seperti kemudahan insfrastruktur,kesihatan dan masalah pendidikan yang masih rendah.

8)Malawi-US$893,84
Flag of Malawi.svg
Malawi adalah sebuah negara yang tiada lautan d bahagian selatan Afrika dengan pendapatan perkapita sebanyak US$893,84 per tahun.Negara ini mempunyai angka kematian bayi yang tinggi dan penyebaran virus HIV di daerah ini yang sangat tinggi.

9)Madagascar-US$972,07

Madagascar secara rasmi dipanggil sebagai Republik Madagascar ialah sebuah negara pulau di Lautan Hindi yang berhampiran dengan pantai timur Afrika.Bahasa utama yang dituturkan di Madagascar ialah bahasa Malagasi.Negara ini memperolehi pendapatan perkapita sebanyak US$972,07 per tahun.Hampir 90% masyarakat Madagascar hidup dengan penghasilan di bawah US$2 per hari.

10)Afghanistan-US$1,072.19

Afghanistan secara rasmi Republik Islam Afghanistan adalah daratan negara yang membentuk sebahagian Asia Selatan,Asia Tengah dan sedikit Asia Barat.Negara ini sering saja ada peperangan yang menyebabkan banyak nyawa manusia yang terkorban.Banyak penduduk Afghanistan mencari suaka ke negara lain.Negara ini memiliki pendapatan perkapita sebanyak US$1,072,19 pertahun kerana ekonomi negara itu amat terjejas oleh pengolakan politik dan inflasi masih merupakan masalah besar.Negara miskin ini hanya bergantung kepada pertanian dan penternakan serta kini ekonominya bergantung besar kepada bantuan asing.

No comments

Powered by Blogger.