Header Ads

10 Filem Animasi Terbaik Dalam Dunia

10 Filem Animasi Terbaik Dalam Dunia. Filem animasi merupakan salah satu genre yang sangat diminati oleh para peminat filem dalam dunia perfileman.Filem animasi merupakan rangkaian animasi gambar dari hasil buatan di komputer sama ada dalam bentuk 3-D(animasi) atau animasi 2-D(kartun).Banyak syarikat produksi terkenal dengan filem animasi seperti Pixar Animation Studios,Walt Disney Pictures,Dream Works dan banyak yang lain lagi.Berikut adalah filem animasi terbaik sepanjang masa 2017:

10 Filem Animasi Terbaik Dalam Dunia 


1)Toy Story Series



The Toy Story series merupakan sebuah filem animasi siri yang menggunakan teknologi CGI.Toy Story sangat berjaya dalam dunia perfileman sehingga telah melakukan 3 siri iaitu Toy Story(1995),Toy Story 2(1999) dan Toy Story 3(2010).Filem kartun ini telah diproduksi oleh Pixar Animation Studios dan distribuksi oleh Walt Disney Pictures.Dalam ketiga-tiga filem Toy Story series tersebut,keseluruhan bajet adalah $320 juta dan memperolehi keseluruhan keuntungan di dunia melebihi $1.9 bilion.


2)Ice Age Series



The Ice Age adalah sebuah filem animasi yang diproduksi oleh Blue Sky Studios yang mengambil setting pada zaman ais pada zaman paleolitik.Filem ini dianggap berjaya kerana filem ini dihasilkan sehingga empat siri iaitu Ice Age(2002),Ice Age:The Meltdown(2006),Ice Age:Dawn of the Dinasours(2009) dan Ice Age:Continental Drift(2012).Filem ini agak kelakar kerana ada watak yang sangat lucu kerana terlalu mengejar kacang dalam apa jua keadaan sekalipun.Filem ini berjaya memperolehi keuntungan seluruh dunia dalam keempat-empat filem itu dengan anggaran $2,802,576,893.


3)Ratatouille



Ratatouille merupakan sebuah filem animasi komputer yang dilancarkan pada tahun 2007.Filem ini dihasilkan oleh Pixar dan diedar oleh Walt Disney Pictures.Filem ini mengenai seekor tikus yang bernama Remy yang ingin menjadi chef restoran terkenal di Paris.Kemudian,dia berjumpa dengan Languini,seorang budak yang baru bekerja di situ,bersama-sama mengubah nasib mereka berdua di bandar romantik itu.Filem ini diarahkan oleh Brad Bird yang mengambil alih dari Jan Pinkava pada tahun 2005.Ratatouille adalah nama sebuah makanan Perancis.


4)Madagascar Series



Filem Madagascar merupakan filem animasi yang mempunyai 3 siri iaitu yang pertama dilancarkan pada tahun 2005,dikuti Madagascar:Escape 2 Africa pada tahun 2008 dan Madagascar:Europe's Most Wanted yang ketiga pada tahun 2012.Filem ini mendapat sambutan yang positif kerana ceritanya iaitu empat ekor binatang dari Central Park Zoo yang mengalami tragedi yang malang dan masih hidup di sebuah pulau yang terletak di Madagascar.


5)Finding Nemo



Finding Nemo ialah satu filem animasi yang meraih penghargaan Anugerah Akademi yang diarahkan oleh Andrew Stanton.Filem ini mengisahkan tentang ikan nemo(Marlin) mencari anak angkatnya yang hilang melalui kawasan pelabuhan Sydney bersama dengan regal tang yang bernama Dory. Filem ini sangat popular di seratau dunia kerana jalan ceritanya yang menarik dengan anggaran keuntungan sebanyak $936,743,261.


6)Despicable Me



Despicable Me ialah filem animasi komedi jenayah 3D dari Universal Pictures dan Ilumination Entertaiment yang dilancarkan pada tahun 2010.Despicable Me yang kali pertama ini meraih perolehan keuntungan sebanyak $543,113,985 di seluruh dunia dan Despicable Me 2 meraih keuntungan lebih banyak dari yang filem pertamanya iaitu anggaran berjumlah $964,761,265.Filem ini diarahkan oleh Pierre Coffin dan Chris Renaud.Filem ini agak menarik kerana kelucuan tiga orang budak yang sangat sayang kepada seorang lelaki jahat yang dibantu oleh minion dan professor untuk melakukan pelbagai jenayah.


7)Kung Fu Panda

15 Film Animasi Terbaik Sepanjang Masa

Kung Fu Panda adalah filem animasi komedi wuxia yang diproduksi oleh Dreamworks Animation dan distribuksi oleh Paramount Pictures.Filem Kung Fu Panda yang pertama dilancarkan pada tahun 2008 dan filemnya yang kedua pada tahun 2011.Filem ini bakal ditayangkan untuk kali ketiga pada tahun 2015.Cerita ini mengisahkan tentang Po yang ingin menjadi kungfu master yang mengisahkan tentang haiwan yang boleh bercakap di China.


8)Shrek



Shrek merupakan filem animasi siri yang sangat popular di serantau dunia.Filem Shrek berjaya melancarkan lima siri iaitu Shrek pertama dilancarkan pada tahun 2001,Shrek 2(2004),Shrek The Third(2007),Shrek Forever After(2010) dan Shrek Puss in Boots(2011).Filem ini berjaya sehingga cerita ini ada dalam bentuk yang lain seperti buku komik,permainan video dan banyak lagi.


9)The Lion King



The Lion King adalah filem animasi yang dihasilkan oleh Walt Disney yang telah dilancarkan pada tahun 1994.Filem ini juga merupakan salah satu filem animasi yang paling berjaya.Filem ini meraih pulangan yang lumayan dengan anggaran berjumlah $987,483,777 di seluruh dunia.Filem ini mengisahkan tentang Simba yamg merupakan singa yang masih muda berjaya mencari ayahnya Mufasa yang merupakan raja selepas bapa saudara Simba yang bernama Scars terlibat dengan pembunuhan Mufasa..


10)Cars

Cars 2006.jpg

Cars merupakan filem animasi yang mempunyai dua siri iaitu kali pertama dilancarkan pada tahun 2006 dan Cars 2 dilancarkan pada tahun 2011.Filem ini diarahkan oleh John Lasseter dan diproduksi oleh Pixar Animation Studios.Filem ini mengenai populasi dunia oleh pengangkutan anthropomorphic dan kenderaan yang lain.Filem ini dianggap berjaya kerana memperolehi keuntungan yang lumayan di seluruh dunia.

No comments

Powered by Blogger.