Header Ads

10 Filem Horror Paling Menyeramkan Dan Mengerikan Di Dunia

10 Filem Horror Paling Menyeramkan Dan Mengerikan Di Dunia. Salah satu genre filem yang paling digemari belakangan ini iaitu filem horror.Filem horror sangat popular kerana menyajikan ketegangan dan menakutkan yang luar biasa sepanjang filem tersebut.Filem horror Hollywood sememangkan mendapat tempat seluruh dunia,tetapi filem horror dari Jepun dan Thailand tidak perlu diketepikan juga.Berikut antara 10 filem horror terbaik dan menyeramkan di dunia:


10 Filem Horror Paling Menyeramkan Dan Mengerikan Di Dunia


1)The Exorcist(1971)




Filem The Exorcist adalah sebuah filem horror Amerika yang diadaptasi dari novel tahun 1971 dengan judul yang sama karya William Peter Blatty.Filem ini menceritakan tentang seorang gadis kecil yang kerasukan setan dan usaha nekad ibunya yang cuba menyembuhkan puterinya lewat eksorsisme(ritual pengusiran setan) yang dilakukan oleh dua orang imam Katolik.Filem ini dianggap menjadi salah satu filem horror paling menguntungkan sepanjang masa dengan memperoleh penghasilan sebanyak $441,071,011 di seluruh dunia.


2)The Amityville Horror


Film Horor Terbaik dan Terseram di dunia


Filem The Amityville Horror adalah sebuah kisah nyata dari buku yang ditulis oleh Jay Anson pada tahun 1977.Filem ini bercerita tentang kehidupan realiti pengalaman keluarga Lutz yang baru membeli rumah di 112 Ocean Avenue,Amityville,New York yang menempati rumah bekas pembantaian satu keluarga sebelum itu.Selepas sebuah keluarga itu berpindah di rumah itu banyak kejadian yang ganjil dan menakutkan di situ.


3)The Grudge

Film Horor Terbaik dan Terseram di dunia


Filem The Grudge adalah filem yang disutradarai oleh Takashi Shimizu dan ditulis oleh Stephan Susco.Filem ini merupakan filem horror Amerika pada tahun 2004 yang diadaptasi dari filem Ju-on:The Grudge.Filem ini mengisahkan tentang mengenai kutukan rumah berhantu bagi sesiapa sahaja yang memasukinya.Filem ini banyak babak yang menyeramkan dan suspen.Kini,filem The Grudge series mencapai The Grudge 3(2009).


4)The Conjuring


Film Horor Terbaik dan Terseram di dunia


Filem The Conjuring merupakan sebuah filem horror yang diarahkan oleh James Wan pada tahun 2013.Filem ini baru ditayangkan tahun lepas dengan anggaran perolehan sebanyak $318,000,141.Filem ini dibintangi Vera Farmiga dan Patrick Wilson sebagai Ed dan Lorraine Warren,adalah berdasarkan kisah benar.Filem ini mengisahkan tentang penyiasatan paranormal untuk membantu keluarga Perron yang mengalami peristiwa-peristiwa mistik di rumah mereka di Harrisville,Rhode Island pada tahun 1971.Mereka harus mengusir roh jahat yang ada di rumah tersebut.


5)The Ring




The Ring(2002) merupakan filem horror Amerika yang cukup popular yang di-remake dari filem horror Jepun yang berjudul Ringu.Filem ini diadaptasi dari novel karya Koji Suzuki.Filem ini mengisahkan tentang sebuah video yang terkutuk,maka setiap orang yang menonton video tersebut akan meninggal dengan cara misteri dalam masa 7 hari.Salah satu adegan yang popular di mana hantu perempuan keluar dari televisyen.


6)Evil Dead


EvilDead2013Poster.jpg


Evil Dead(2013) merupakan sebuah filem horror Amerika yang diarahkan oleh Fede Alvarez.Filem ini dibintangi oleh Jane Levy,Shiloh Fernandez,Lou Taylor Pucci dan ramai lagi yang membarisi filem ini.Filem ini sungguh mengerikan dengan banyak babak suspen.


7)Mama


Mama 2012 poster.jpg


Mama merupakan sebuah filem horror Spanish-Canadian yang diarahkan oleh Andres Muschietti pada tahun 2013.Filem ini mengisahkan mengenai dua orang budak perempuan yang ditinggalkan sang mama dan mulai berhubungan dengan dunia mistik.Filem ini banyak mendapat kritikan positif dan akan berjaya mencapai Box-office.


8)Poltergeist


Poltergeistposter.jpg


Poltergeist merupakan sebuah filem supernatural horror Amerika pada tahun 1982 yang diarahkan oleh Tobe Hooper dan dituliskan oleh Steven Spielberg.Ia kali pertama dan paling berjaya dalam filem Poltergeist series.Set pengambaran di California,dengan menceritakan tentang sebuah keluarga berada di rumah diserang oleh hantu malevolent yang menculik anak perempuan keluarga itu.


9)Paranormal Activity

 Paranormal Activity poster.jpg


Paranormal Activity merupakan sebuah filem horror Amerika yang paling popular dan seram.Filem ini merupakan filem pertama Paranormal Activity pada tahun 2007 sehingga sampai Paranormal Activity 5.Filem ini mengisahkan tentang mengenai pasangan muda yang dihantui oleh kekuatan supranatural di rumah mereka.


10)Insidious


Insidious poster.jpg


Filem Insidious adalah filem supernatural horror Amerika yang diarahkan oleh James Wan yang menceritakan tentang sebuah keluarga iaitu Renai dan Josh Lambert baru saja pindah ke rumah baru dengan tiga anak mereka.Seorang anak mereka yang kerasukan roh iblis berwajah merah.Berkat bantuan seorang paranormal,sang ayah harus menggunakan kemampuannya untuk menyelami alam bawah sedarnya untuk menyelamatkan keluarganya dari gangguan makhluk supernatural itu.Banyak kejadian aneh yang berlaku di dalam rumah itu.Filem ini berjaya sehingga filem itu disambungkan  pada Insidious II.

No comments

Powered by Blogger.