Header Ads

10 Masjid Paling Cantik Dan Indah Di Dunia

10 Masjid Paling Cantik Dan Indah Di Dunia. Tahukah anda?Masjid merupakan tempat yang paling penting bagi umat Islam untuk menunaikan solat secara berjemaah.Selain itu,sekitar kawasan masjid juga boleh dijadikan tempat untuk berniaga dan mengadakan ceramah. Anda nak tahu masjid tercantik di dunia? Berikut antara 10 masjid yang paling cantik dan indah di dunia:

10 Masjid Paling Cantik Dan Indah Di Dunia


1)Masjid Faisal,Pakistan



Masjid Faisal di Islamabad,Pakistan adalah salah satu masjid yang terbesar di dunia.Ia diisytiharkan sebagai Masjid Negara Pakistan.Masjid ini terkenal dengan saiznya yang mengagumkan dan seni binanya yang indah.

Ilham untuk membina masjid ini bermula pada 1966 ketika Raja Faisal bin Abdul Aziz dari Arab Saudi hendak membuat lawatan di Islamabad.

2)Masjid Sultan Omar Ali Saifudin,Brunei Darussalam



Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin ialah salah satu masjid di Brunei yang terletak di Baandar Seri Begawan,ibu negara Brunei.Masjid ini diiktiraf sebagai masjid yang terunik Asia Pasifik dan menjadi tarikan pelancong.Masjid ini diiktiraf oleh penduduk Brunei sebagai salah satu mercu tanda Brunei.


3)Masjid Kristal,Malaysia



Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Mak Wan,Terengganu.Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli yang merupakan masjid pintar pertama di Malaysia.Msjid ini juga dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan Wi-Fi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.


4)Masjid Sultan Ahmed,Turki



Masjid Sultan Ahmed adalah masjid bersejarah di Istanbul,bandaraya terbesar di Turki dan ibu negara Empayar Uthmaniyyah(dari 1453 hingga 1923).Masjid ini adalah salah satu dari beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya.Reka bentuk Masjid Sultan Ahmed adalah puncak pembangunan dua abad masjid Uthmaniyyah dan dan Gereja Bryzatine.


5)Masjid Qolsharif,Kazan,Rusia



Masjid Qolsharif adalah sebuah masjid yang terletak di Kazan,Republik Tatarstan ialah masjid terbesar di Rusia dan Eropah.Diketahui bahawa bangunan itu memiliki menara dalam bentuk Kupola dan Tenda.Hari ini fungsi utama masjid ini menjadi muzium Islam.Kompleks Qolsharif dianggap menjadi titik landskap seni bina Kazan trepenting.Selain bangunan masjid utama,terdapat juga perpustakaan,rumah penerbitan dan pejabat para Imam.


6)Masjid Raya Baiturrahman,Aceh,Indonesia



Masjid Raya Baiturrahman adalah sebuah masjid besar yang terletak di tengah-tengah kota Banda Aceh,Province Aceh,Indonesia.Masjid ini merupakan satu tanda penting agama dan kebudayaan orang Aceh,terutamanya kerana masjid ini terlepas daripada kemusnahan besar yang berlaku di Aceh semasa tsunami pada 2004.Seni reka masjid menggabungkan pengaruh kolonial dan Mughal India.Mahupun masjid ini menjadi tanda Banda Aceh dan keunikannya,ia menggabungkan hanya sedikit ciri Aceh tradisional.


7)Masjid An-Nabawi,Madinah,Arab Saudi



Masjid al-Nabawi ialah masjid yang kedua paling suci bagi umat Islam.Di sini juga terdapat makam Rasullulah SAW.Masjid ini asalnya dibina oleh Rasullulah sendiri,bersebelahan dengan rumah baginda diami selepas peristiwa hijrah.


8)Masjid Al-Aqsa,Palestin



Masjid Al-Aqsa atau juga dikenali sebagai Al-Aqsa merupakan salah satu tempat suci agama Islam yang menjadi sebahagian daripada kompleks bangunan keagamaan di Kota Lama Baitulmaqqadis.Kompleks bangunan tersebut bersama dengan bangunan Kubah Batu dikenali oleh umat Islam sebagai Al-Haram Al-Sharif dan oleh orang Yahudi dan Kristian sebagai Kuil Suci.


9)Masjid Al-Haram,Mekah,Arab Saudi



Masjid Al-Haram atau Masjidil Haram ialah masjid paling suci mengikut kepercayaan umat Islam.Masjid ini terletak di Kota Makkah Al-Mukarramah yang dibina mengelilingi Kaabah,iaitu kiblat umat Islam mengerjakan solat.Ia merupakan masjid paling terpenting bagi umat Islam kerana disitulah terdapat Kaabah untuk umat Islam melakukan tawaf bagi ibadat Haji atau Umrah.


10)Masjid Sultan,Singapura



Masjid Sultan ialah sebuah masjid di Singapura dan terletak di Muscat Street dan North Bridge Road dalam daerah Kampung Glam Rachor.Ia merupakan masjid terpenting di Singapura dan paling menjadi tumpuan kerana masjid ini rekabentuknya tidak pernah berubah sejak ia dibina semula pada 1924.Masjid ini telah diisytiharkan oleh kerajaan Singapura sebagai sebuah monumen kebangsaan pada 14 Mac 1975.Kini,Masjid Sultan milik Majlis Ugama Islam Singapura(MUIS).

No comments

Powered by Blogger.