Header Ads

Semakan PLKN 2017 - Pelatih Terpilih & Penempatan

Semakan PLKN 2017 - Pelatih Terpilih & Penempatan . Bila tarikh semakan PLKN 2017 untuk pelatih erpilih dan penempatan? Untuk makluman, di sini dikongsikan cara membuat semakan PLKN 2017 pelatih terpilih dan penempatan bagi PLKN Siri 14/2017. Anda boleh buat semakan sama ada terpilih atau tidak untuk menyertai program PLKN.

Semakan PLKN 2017 - Pelatih Terpilih & Penempatan


Jika anda terpilih boleh menyemak di kem manakah anda akan ditempatkan dan bila tarikh untuk anda melapor diri untuk latihan. Di sini dikongsikan bagaimana membuat semakan penempatan PLKN 2017 yang boleh dibuat secara Online, melalui SMS atau dengan panggilan telefon.

SEMAKAN PELATIH TERPILIH PLKN 2017


✩Secara online:

Untuk menyemak sama ada anda terpilih atau tidak , sila layari laman di portal Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) pada halaman Semakan Pelatih Terpilih, di alamat berikut :

http://www.khidmatnegara.gov.my/ispkn/index.php/pelatihOnlineServices/statusPenempatanPelatih

✩Melalui SMS:

1. Taip: PLKN<jarak>SEMAK<jarak>[No K/P]
Contoh : PLKN SEMAK 960718075678
2. Hantarkan SMS ke 15888

✩Melalui telefon:

Anda juga boleh menghubungi talian hotline call center JKLN iaitu 03-40274747 pada waktu pejabat dari 8 pagi hingga 5 petang untuk menyemak status anda.

SEMAKAN PENEMPATAN PLKN 2017


✩Secara Online :

Semakan Penempatan Pelatih secara online boleh dibuat di alamat berikut:

KLIK SINI :👉http://www.khidmatnegara.gov.my/ispkn/index.php/pelatihOnlineServices/statusPenempatanPelatih

✩Menerusi SMS :

1. Taip: PLKN<jarak>KEM<jarak>[No K/P]
Contoh : PLKN KEM 960718075678
2. Hantarkan SMS ke 15888

✩Melalui telefon :

Untuk semakan melalui telefon, anda boleh hubungi nombor yang sama 03-40274747.

Semoga dengan adanya maklumat mengenai semakan kemasukan dan penempatan PLKN 2017 dapat membantu anda membuat persiapan lebih awal sebelum memasuki ke kem PLKN tersebut.

1 comment:

  1. dulu tringin sgt nk msuk plkn, hampeh xdpt pun..huhu..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.