Cara Nak Dapatkan Voucher Diskaun Lazada Malaysia

Cara Nak Dapatkan Voucher Diskaun Lazada Malaysia |Adakah korang ni kaki shopping barang online di Lazada? Bagi yang masih terfikir-fikir nak beli barang online di Lazada, pastikan korang baca. Untuk artikel kali ini, saya ingin kongsikan tips atau cara nak dapatkan voucher diskaun Lazada. Saya pasti masih ada yang tidak tahu mengenai cara dapatkan voucher atau kupon Lazada Malaysia ini.


Cara Nak Dapatkan Voucher Diskaun Lazada Malaysia

Kenapa anda datang baca di sini? Anda mungkin ;

● Tidak pernah tahu akan kewujudan voucher diskaun Lazada
● Tidak tahu cara dapatkan voucher diskuan Lazada Malaysia

Sebenarnya pembelian barang online di Lazada menggunakan voucher dapatkan menjimatkan wang anda juga. Tapi, bagaimana cara untuk dapatkan kupon diskaun Lazada ini? Ada banyak cara yang boleh anda gunakan?



Tips Nak Dapatkan Voucher Diskaun Lazada Malaysia


1. Muat turun dan Guna Aplikasi Lazada di Google Play


Untuk pengetahuan, korang boleh muat turun aplikasi Lazada ini di Google Playstore atau Apps Store. Ada sesetengah baucer diskaun khas kepada pelanggan yang mengunakan aplikasi ini secara online.


Dengan adanya apps ini, ia memudahkan anda tanpa perlu online dengan menggunakan browser. Malah, korang juga boleh buat pembelian dan bayaran hanya menggunakan apps Lazada ini sahaja.



Cara Nak Dapatkan Voucher Diskaun Lazada Malaysia

2. Langgan Email Dari Lazada


Ini cara paling mudah, korang hanya daftar dan isikan email anda di laman web Lazada di bahagian bawah. Jika ada offer dari Lazada, biasanya akan kirimkan voucher atau kupon Lazada untuk pembelian barang-barang.


3. Daftar Akaun Baru di Lazada


Bagi yang masih belum mempunyai akaun Lazada, anda perlu mendaftar akaun baru Lazada secara percuma. Dengan adanya akaun ini, anda akan perolehi diskaun khas kepada pengunjung yang mempunyai akaun online ini.


Malah anda juga boleh dapatkan diskaun tambahan sehingga 15% (maksimum diskaun RM25) jika anda membuat pembelian pertama kali produk atau barangan dari Lazada.


4. Like Page Facebook Lazada


Jika anda mahu dapatkan maklumat terkini mengenai promosi atau voucher Lazada, pastikan anda like page Facebook Lazada. Jadi, anda akan tahu kemaskini terbaru tentang promosi dan voucher yang korang boleh follow.


Mudahkan tips ini! Bagi yang suka membeli barang dari Lazada pastikan dengan adanya tawaran voucher ini, anda perlu ambil peluang untuk dapatkan dengan cara yang mudah. Semoga dengan perkongsian tips ini dapat membantu anda untuk dapatkan tawaran voucher Lazada Malaysia.


Terima kasih anda membaca informasi ini. Jika anda sudi, share kepada rakan kenalan anda yang masih tidak tahu mengenai voucher ini di Facebook. Sekiranya ada cara lain anda boleh kongsikan di ruangan komen.

3 comments.. read them below or add one

husna zahidi husna zahidi January 11, 2017
memang syok kalau subscribe email diorang tp tu laa, internet tak cukup kuat pulak bila nak view semua tu.. huhuhu..
emalin mohd emalin mohd January 11, 2017
Bahaya kalau ter"subscribe" tu..Nanti pasti ingin membeli..huhu
Hani Fadhlina Abdul Rahman Hani Fadhlina Abdul Rahman January 12, 2017
Tak pernah lagi shopping kat Lazada...