Panduan Mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah Buat Golongan Surirumah

Anda mahu buat bisnes di rumah? Apakah perniagaan yang mudah dibuat tapi hasil pendapatan mencecah 4 angka sebulan? Bagi golongan suri rumah atau isteri yang ingin menambah pendapatan sampingan secara part time saya syorkan anda baca artikel ini! Mari saya tunjukkan anda bagaimana memulakan bisnes bakeri dari rumah.

Panduan Mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah Buat Golongan Surirumah

Persoalannya, adakah anda berminat buat bisnes bakeri di rumah? Apa yang paling penting sebelum anda mulakan sesuatu bisnes adalah perlu adanya minat yang mendalam dan ingin mencuba. Jika anda berminat dengan bisnes bakeri sudah pasti anda akan menceburinya. Bagaimana cara memulakan bisnes bakeri di rumah?

Dalam bidang bisnes bakeri ni kunci utama adalah pemasaran. Kalau korang perhatikan, bidang bakeri ini dimonopoli oleh bangsa Cina. Ya kan? Apa membuatkan kita jauh ketinggalan daripada mereka. Persoalannya berbalik kepada cara yang hendak anda mulakan sesuatu perniagaan? Jika anda mahu mulakan bisnes bakeri dengan lebih mudah rasanya cara terbaik adalah bermula dari rumah.

Jana Pendapatan Sampingan Dengan Bisnes Bakeri Dari Rumah


Mengapa bisnes dari rumah?

1. Kos permulaan kecil

Jika buat bisnes di rumah, apa kebaikkannya adalah anda tak perlu membayar sewa kedai yang tinggi dan juga dapat menjimatkan wang daripada membayar gaji pekerja di kaunter. Malah, turut menjimatkan wang anda daripada membeli peralatan-peralatan yang besar seperti peti ais, rak simpanan dan mesin kaunter. Duit dari peralatan tersebut korang boleh dijadikan modal untuk memulakan bisnes.

2. Hanya buat hasil daripada tempahan pelanggan

Apa menarik buat bisnes di rumah adalah anda hanya perlu membuat kek, pastri atau roti jika mendapat tempahan dari pelanggan. Jadi, kuranglah risiko produk bisnes anda tidak habis dijual atau sudah rosak sepertimana terjadi di kedai-kedai bakeri.

3. Tidak terlalu menjual

Untuk menjual produk bakeri tidak perlu bersusah payah menerangkan tentang produk anda secara terperinci, anda hanya perlu celik IT dengan teknik berniaga sekadar menunjukkan gambar dan harga. Anda hanya perlu promosi di laman sosial seperti Instagram dan Facebook. Jika mereka minat, sudah pasti anda akan dapat tempahan!

Kenapa anda memilih bisnes bakeri?

Kebiasaanya jika anda memilih bisnes bakeri, anda boleh pelbagaikan beberapa jenis tidak kiralah sama ada kek, coklat homemade, cupcake mahupun muffin. Kenapa makanan tersebut jadi pilihan atau dicari-cari orang ramai, kerana ia dapat dijadikan juadah ketika minum petang, majlis-majlis keraian atau pun hari keluarga.

Malah bila tibanya hari perayaan rasanya bisnes ini akan memberi pulangan terbaik kepada anda. So, rezeki korang akan limpah ruah. Itu sebabnya saya boleh katakan bisnes bakeri ni sangat menguntungkan jika kena dengan caranya. Kan!

Panduan Mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah Buat Golongan Surirumah

Persoalannya bagaimana anda hendak mulakan bisnes bakeri ini?

Antara soalan yang pasti di fikiran anda adalah ...

1. Nak buat bisnes bakeri? Apa makanan jadi pilihan dan tinggi permintaan? Kek coklat? Muffin cake ke? Cupcake?

2. Berapa harga yang hendak diletakkan?

3. Bagaimana hendak kira kos produk?

4. Apa peralatan yang diperlukan?

5. Paling penting, bagaimana nak buat promosi? Macam mana nak buat marketing?

Banyak persoalan yang anda fikirkan? Tapi, jangan risau, semua persoalan itu dapat dirungkaikan anda hanya dapatkan ebook mengenai panduan memulakan bisnes bakeri dari rumah. Dengan adanya rahsia panduan ini anda dapat memulakan pendapatan sampingan dengan bisnes bakeri hanya berniaga dari rumah.

[+] Baca juga : Panduan Mulakan Bisnes Burger Dengan Jana 5 Angka!

So, tunggu apa lagi, jika anda berminat untuk mendapatkan ebook ini! Boleh klik butang "Dapatkan Sekarang" di bawah. Jadi inilah panduan terbaik untuk anda mulakan bisnes bakeri. Selamat berjaya!

 
DAPATKAN EBOOK 'KLIK SINI'!

2 comments.. read them below or add one

Jie Susanos Jie Susanos January 18, 2017
untungnya buat bisnes bakeri dari rumah..
Renown Gift Renown Gift January 23, 2017
Jika mendirikan bisnes dengan usaha bersungguh-sungguh, memang boleh jadikannya satu bisnes yang besar dan beruntung biarpun buat bakeri dari rumah bermula secara kecil.